Anda di halaman 1dari 4

TERIMA KASIH

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Dihujung kampung terletak sebuah


rumah usang yang masih teguh berdiri. Rumah usang tersebut didiami oleh
sebuah keluarga yang sederhana, keluarga Encik Kamal iaitu ayahku. Disinilah
tempat aku bermain, berteduh dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Ayah berkerja sebagai seorang nelayan dan ibu merupakan suri rumah
sepenuhnya. Walaupun hidup kami sederhana kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang aku tetap bahagia dapat tinggal bersama dengan keluarga aku.

Setiap pagi ayah akan bangun awal pagi untuk bersiap ke laut selepas
selesai menunaikan solat subuh. Sesudah ayah bertolak ke laut kami pula akan
berangkat ke sekolah yang tidak jauh dari rumah dengan berjalan kaki.
Tinggallah ibu seorang dirumah menguruskan rumah. Aku sekarang sedang
menduduki Sijil Peperiksaan Menengah (SPM) dan adik pula baru menjejakkan
kaki di alam persekolahan menengah. Kos perbelanjaaan di tingkatan lima ini
agak tinggi kerana guru-guru ingin membeli beberapa buku latihan, nota dan
buku rujukan. Kadang-kadang aku berasa kasihan melihat ayah mati-matian
mencari wang untuk membiayai kos persekolahan kami.

Sambil termenung aku mememikirkan masalah itu tiba-tiba aku mendapat


buah akal untuk bekerja di warung Pak Mail yang ingin mencari pekerja ganti
untuk menggantikan pekerjanya yang cuti bersalin .Walaupun gaji yang di
tawarkan tidakah lumanyan dengan kerja yang diberikan sekurang-kurangnya
aku mungkin dapat meringankan beban ayah bak kata pepatah ringan sama
dijinjing , berat sama dipikul .Aku cuba meminta izin dari ayah tetapi
malangnya ayah tidak mengizinkan aku untuk bekerja .Ayah menyuruh aku
untuk fokus dalam pembelajaran dan bukan memikirkan cara ayah dan ibu
untuk membayar kos persekolahan kami.

1
Pada suatu pagi Cikgu Lili memanggil aku untuk berjumpanya .Tanpa
melenggahkan masa dan membuat cikgu menunggu aku segera pergi ke bilik
guru untuk berjumpa Cikgu Lili. Setiba di sana aku diberikan sepucuk surat
yang menyatakan borang permohonan biasiswa aku diluluskan .“Alhamdulilah
wang ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ayah’’bisik hati kecilku
yang sedang menunjukkan rasa bersyukur dan gembira.

Sepulangnya aku dari sekolah aku menceritakan kepada ibu tentang


kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada aku. Ibu juga berpesan
agar aku menggunakan wang itu dengan cara yang betul. Selesai menunaikan
solat maghrib aku teruskan dengan membaca beberapa doa, zikir dan mengaji
beberapa helaian al-quran untuk mendapat redho Allah yang tidak kita tahu akan
diberi dari amalan apa yang dilakukan. Ibu juga ada berpesan kepadaku kejarlah
akhirat yang kekal dan abadi, bukan dunia yang hanya tipu daya semata- mata
kerana jika mengejar akhirat insyaallah urusan dunia pun turut dipermudahkan.
Aku sentiasa menyematkan kata-kata ibu dihati menjadikan peringatan ketika
aku leka dengan pekerjaan dunia.

Hari bersilih ganti hanya tinggal beberapa hari lagi ujian peperiksaan SPM
akan dibuat. Semua guru bertungkus-lumus melakukan kelas tambah untuk
megulangkaji pembelajaran lepas. Tibalah hari yang di nanti-nanti, peperiksaan
akan berlangsung selama dua minggu. Setiba di dewan peperiksaan aku duduk
dengan perasaan yang masih berdebar dan takut. Kertas peperiksaan diedarkan
dan masa menjawap sudah bermula, dengan membaca bismillahirahmanirrahim
aku mula membuka helaian kertas peperiksaan. Aku menjawap dan membaca
soalan dengan penuh berhati-hati supaya tidak ada soalan yang tercicir atau yang
tidak difahami. Masa terus berjalan pantas. Waktu menunjukkan masa
menjawap kertas peperiksaan hampir tamat. Aku telah menggunakan semua
ilmu yang diberikan cikgu untuk memahami semua jenis kehendak soalan dan

2
menjawapnya, aku berharap keputasan markah untuk ujian kertas peperiksaan
ini akan cemerlang.

Pejam celik–pejam celik masa berjalan dengan pantas tidak terasa sudah
hari terakhir aku akan menjawap kertas peperiksaan dan harapan aku masih
sama supaya mendapatkan nilai yang cemerlang. Selesai menjawap kertas
peperiksaan aku pergi ke surau sekolah untuk berdoa dan melakukan solat dhuha
dua rakaat supaya di murahkan rezeki ,begitulah pekerjaaan aku setiap kali
selesai menjawap kertas peperiksaan. Keputusan SPM akan diumumkan pada
awal bulan Januari tahun depan .Sementara menunggu keputusan peperiksaan
keluar aku cuba memujuk ayah untuk memberi aku bekerja. Dengan beberapa
kali permohonan ayah mengizinkan aku untuk bekerja .Aku bekerja di warung
Mak Leha untuk mencuci piring kotor. Gaji yang aku dapat akan dibahagi dua
iaitu dengan diberikan kepada ibu untuk membeli barang dapur dan separuh lagi
aku simpan untuk membayar yuran sekolah yang tertunggak.Walaupun aku
mendapat biasiswa aku masih mempunyai beberapa bayaran yang masih
tertunggak. Sekiranya tidak dibayar keputusan peperiksaan akan ditunda untuk
diberikan kepada aku.

Sedar tidak sedar masa berjalan dengan pantas tanpa di sedari aku sudah
tiga bulan bekerja dengan Mak Leha. Wang yang aku kumpul sudah cukup
untuk membayar yuran persekolahan aku. Hari keputusan SPM keluar telah
diumumkan oleh pihak sekolah semua pelajar yang menduduki SPM pada tahun
2018 diminta hadir untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Setiba di
sekolah mulut aku tak henti-henti berdoa dan berzikir. Sampailah giliran nama
aku dipanggil dan disertai keputusan peperiksaan yang aku dapatkan aku
menangis kegembiraan nampaknya usaha tak mengkhianati aku. Aku mendapat
10A. Seturunnya aku dari anak tangga pentas ibu dan ayah menghampiri aku
dan memberi pelukan hangat mereka bangga dengan keputusan peperiksaan
aku. Aku pergi ke surau sekolah dan membuat sujud syukur. Aku juga mendapat

3
tawaran masuk ke universiti untuk melanjutkan pelajaran. Tidak aku lepaskan
tawaran untuk masuk ke universiti.

Aku mengambil bidang yang aku sukai iaitu menjadi seorang pendidik.
Aku mempunyai sikap suka mengajar orang jadi aku rasa aku sesuai menjadi
seorang pensyarah. Untuk memenuhi keperluan harian aku di universiti aku
bekerja sambil belajar sedikit sebanyak merigankan beban ayah dikampung
untuk mengirim wang belanja. Tuntutan pelajaran terpaksa membuatkan aku
perlu belajar selama tiga tahun untuk enam semester.

Tiga tahun berlalu dengan pantas tanpa aku sedari aku telah menamatkan
pelajaran di universti dan aku sekarang sedang mencari kerja kosong untuk
mendapatkan pengalaman bekerja. Selepas mempunyai pengalaman bekerja
sebagai kerani di sebuah syarikat aku cuba memohon dibeberapa universiti
untuk menjadi pensyarah. Dengan izin Allah aku dapat menjadi pensyarah di
universiti yang pernah dulu aku menjadi salah seorang mahasiswi disini .
Alhamdulillah selepas mendapat pekerjaan ini aku dapat membantu bapa untuk
membiaya kos pembelajaran adik di Jordon dan membuat beberapa
penambahbaikan di rumah. Walaupun aku seorang budak miskin aku juga
mampu berjaya seperti orang lain. Sesudah adik pulang ke Malaysia kami
sekeluarga pergi ke Mekkah untuk menunaikan tuntutan agama yang dibiaya
sepenuhnya dengan wang simpanan gaji pensyarah aku. Terima kasih ibu dan
ayah.

Anda mungkin juga menyukai