Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Doa Guru

Jam tanganku telah menunjukkan tujuh pagi. Aku bersiap sedia ke kelas untuk sesi akademik.
Tahun akhir di sekolah menengah dan aku bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama
lagi. Tiba sahaja di kelas, aku mengeluarkan buku teks Biologi untuk mengulangkaji
pelajaran sebelum sesi akadmik bermula.

“Assalamualaikum, cikgu.” aku dan rakan sekelasku serentak memberi salam kepada cikgu
Fauzi yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Beliau memulakan sesi pembelajaran dengan
doa serta pujian kepada Allah yang Esa. Sepanjang minggu ini, kami dan guru – guru
membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan SPM pada bulan hadapan.
Debaran semakin terasa, namun, aku dan rakan-rakan masih tenang membuat persiapan bagi
menghadapi peperiksaan nanti.

“Amir,cikgu yakin kamu boleh buat yang terbaik sewaktu peperiksaan nanti.” kata Cikgu
Asfa, guru Homeroomku. Beliau seorang guru yang sangat baik dan prihatin. Tidak lupa
juga, watak beliau sebagai guru Homeroom atau lebih mudah sebagai ibu bapaku yang kedua
ketika aku berada di sekolah. Besar pengorbanannya dalm mendidik dan membimbing kami
menjadi seorang pelajar.

Jujur aku katakan bahawa sudah bergenang air mata di bawah kelopak mataku. Sedar tak
sedar, aku bakal menjawab peperiksaan SPM beberapa minit lagi. Aku dan rakan-rakan
melangkah masuk ke dewan dengan penuh rasa bersedia bagi menghadapi peperiksaan.

“Semoga berjaya,Amir.”ucap Danish melangkah masuk ke dalam dewan sebelum menjawab


kertas terakhir peperiksaan SPM. Tanpa kusedar, peperiksaan SPM telah pon berakhir. Kini,
aku percaya aku hanya perlu banyakkan berdoa dan tawakkal. Sementara menunggu
keputusan peperiksaan SPM, aku bekerja di warung Pak Mail. Bagi aku, aku lebih suka
bekerja berbanding berada di rumah.
Kakiku lantas melangkah masuk ke dalam dewan sekolah bagi mendapatkan keputusan
peperiksaan SPM. Ibu dan ayah juga datang ke sekolah untuk memberi semangat dan
dorongan buatku. “Amir, cikgu tahu susah untuk kamu terima keputusan ini, tapi kamu sudah
buat yang terbaik dan redalah atas ketentuannya, setiap sesuatu pasti ada hikmah
disebaliknya.” kata Cikgu Farhan yang cuba menenangkan aku. Keputusan aku tidak seperti
yang aku sangkakan, mungkin betul kata Cikgu Farhan. Aku percaya rezeki aku ada di
tempat lain.

Seminggu sudah berlalu, tawaran untuk ke universiti sudah dibuka. Tanpa melengahkan
masa, aku mengisi tawaran ke universiti dengan segera. Aku bercita-cita untuk menjadi
seorang akauntan yang berjaya, sudah pasti aku memohon jurusan akauntan untuk
menyambung pelajaran ke universiti nanti. Aku sempat menghubungi Cikgu Farhan tentang
hasratku menyambung pelajaran ke universiti. “Cikgu, doakan saya dapat tawaran ke
universiti ini.” kata aku kepada Cikgu Farhan. “Kamu tahu Amir, cikgu tak pernah terlepas
untuk doakan anak-anak murid cikgu berjaya dalam pelajaran.” kata Cikgu Farhan. “Terima
kasih cikgu atas doa, insya allah nanti saya beritahu keputusan permohonan saya.”kataku.

Aku masih lagi bekerja di warung Pak Mail sementara menunggu surat tawaran ke universiti.
Pagi itu, ketika aku sedang bekerja, tiba-tiba Sarah, adikku memanggil aku untuk pulang ke
rumah. Lantas, aku bersiap-siap dan bergegas ke rumah. Hatiku agak bimbang pada masa itu.
Namun, setelah tiba ke rumah, ibu dan ayah memelukku dengan erat sambil memegang
sekeping surat. “Tahniah Amir, kamu dapat tawaran menyambung pelajaran ke universiti!”
ucap ibu. Saat itu, ungkapan alhamdulillah sahaja yang mampu membasahi bibirku.

Sebelum terlupa, aku sempat menghubungi Cikgu Farhan untuk memberitahunya tentang
berita gembira tersebut. Beliau sempat mengucapkan tahniah kepadaku dan memberi pesanan
buatku sebelum masuk ke universiti. Aku teringat ibu pernah berpesan bahawa, keberkatan
doa daripada seorang guru juga penting dalam kita mendapat kejayaan. Aku bersyukur aku
mempunyai seorang guru yang sangat baik kepadaku. Aku takkan lupa akan jasa dan
pengorbanan yang beliau lakukan demi kejayaan seorang murid.
Sebelum berangkat ke universiti, aku sempat berjumpa dengan Cikgu Farhan bagi memberi
sedikit cenderahati bagi menghargai usaha dan pengorbanannya. Aku berjanji dengan
ayah,ibu dan Cikgu Farhan, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita
yang aku impikan selama ini.

“Ingat Amir, cikgu sangat bangga dengan awak, cikgu doakan semoga awak sentiasa berjaya
dan dimudahkan urusan dalam mencapai kejayaan” kata Cikgu Farhan. Lantas aku memeluk
cikgu dan mengucapkan terima kasih kepadanya, “Terima kasih, cikgu. Saya sayang,cikgu”.

Anda mungkin juga menyukai