Anda di halaman 1dari 7

Tajuk: Impian

AKU merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Menjadi anak kedua di
dalam setiap keluarga bukanlah perkara yang mudah . Bukan sahaja anak sulung
yang menjadi harapan keluarga malah anak kedua juga menjadi sebahagian dari
perkara tersebut . Aku mempunyai seorang abang yang cukup pintar dan cekap
dalam bab belajar . Malah , dia juga aktif dalam bersukan . Bukan seperti aku yang
selalu bermain dengan gajet yang langsung tidak membawa faedah kepada diri.
UPSR sudah mahu menjelma. Berbaki lagi seminggu untuk peperiksaan besar yang
menentukan sekolah mana yang bakalku ditempatkan nanti akan berlangsung . Aku
berasa amat gementar dan juga detik-detik inilah yang paling aku tunggu-tunggukan
selama aku hidup 12 tahun ini.

Namun semuanya terhenti seketika .

Aku terlalu fokus kepada belajar sampai tidak tidur selama 2 hari sehinggakan
kesihatanku sendiri aku pinggirkan . Aku risau akan suatu hari nanti aku akan
mengalami ' insomnia ' iaitu suatu penyakit yang susah untuk tidur . Aku cuba untuk
tidur namun mataku masih tidak membenarkan aku untuk melelapkan diriku dan aku
hanya terus belajar. Ibu bapaku mula risau akan keadaanku . Mereka jugalah yang
menaruh harapan yang tinggi terhadapku setelah abangku mendapat keputusan
cemerlang dalam UPSR dan sekarang dia juga telah menduduki PT3 . Dia
mendapat keputusan yang amat cemerlang dan ibu bapaku mengharapkan aku
untuk memberi perkara yang sama kepada mereka . Aku tak mahu mereka kecewa
dengan keputusan aku nanti .

Di sekolah....

" Hannah , kau okey atau tidak ? Kenapa muka kau pucat semacam ?? ". Tanya
kawan baikku , Humairah . Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya dan
keluarganya juga menaruh harapan yang tinggi terhadapnya . Namun , mengapa
aku melihatnya seperti tenang , tiada apa yang berlaku . Aku ingin menanyakan
perkara tersebut kepadanya namun.....ahh , biarlah . "Aku ok lah . Kenapa ? Muka
aku pucat sangat ke ?? ". Tanyaku kepadanya dan dia hanya mengangguk kecil dan
menandakan yang muka ku kelihatan amat pucat dengan bibir yang amatlah kering .
Lalu kusentuh bibirku dan ternyata ia merekah akibat kering . Aku dengan segera ke
tandas untuk membetulkan dan membersihkan diriku agar tidak terlihat amat lesu
namun tiada perubahan pada diriku . Dapat aku lihat di bawah kelopak mataku
terlihat amatlah gelap dan sembap .

Lantas aku mencari Cikgu Amirah yang merupakan guru yang selalu menjadi tempat
untuk aku mengadu masalah . Namun diriku tidak terdaya untuk berlari , berjalan
dan naik turun tangga kerana keadaan tubuhku yang amatlah lesu . Akhirnya , aku
terjatuh pengsan dihadapan kelas ketika sedang berjalan kearah meja dimana aku
duduk . Mengikut cerita dari sahabatku , Humairah , aku dibawa ke bilik kesihatan
untuk rehat . Lalu , ibu bapaku datang mengambil aku di sekolah dan terus menuju
ke Hospital Kuala Lumpur atau HKL . Ibuku menyatakan kepadaku bahawa aku
mengalami tekanan darah tinggi akibat dari terlampau stress dengan belajar .
Terpapar dimuka mereka wajah-wajah yang kelihatan menyesal kerana terlalu
menekanku untuk terus belajar , belajar dan belajar .

" Maafkan ibu ya ? Ibu terlampau memaksa kamu untuk belajar supaya menjadi
seorang yang berguna pada masa akan datang sehingga lupa akan kesihatan
kamu ." Aku yang masih terlantar diatas katil melihat kearah wajah ibuku yang
matanya sudah mengalir cecair jernih melihatku kaku di atas katil wad . Begitu juga
dengan wajah ayahku . Sungguh aku menyesal belajar sehingga lewat pagi dan
menyusahkan orang disekelilingku . " Ibu tak salah , Hannah yang salah . Hannah
yang belajar sehingga lewat pagi sebab mahu target UPSR Hannah tercapai .
Maafkan Hannah ." Kata-kataku membuatkan ibuku lantas menyeka air matanya dan
kedua ibu bapaku mencium dahiku . Aku berasa lebih tenang dan yakin untuk
menghadapi hari-hari berikutnya . Dua hari selepas kejadian tersebut , aku telah
dibenarkan untuk pulang kerumah dan berehat untuk beberapa hari .Sejak daripada
itu , aku juga telah nekad untuk tidak belajar sehingga lewat pagi dan mengambil
kisah tentang perihal kesihatanku ini.

Masih ku ingat , ketika rakan-rakan sekelasku tidak henti mengejek tubuh badanku
yang berisi ini . Namun , aku sedikit pun tidak ambil kisah tentang perkara tersebut .
Mereka hanya menjadi pembakar semangat dalam hidupku untuk sentiasa yakin
dengan diri sendiri dan terus menjalankan gaya hidup seperti biasa . Ada pada
sesetengah ejekan mereka membuat hatiku terguris akibat terasa . Namun , aku
sentiasa berpegang kepada pesanan guruku untuk tidak mengambil perkara negatif
yang akan memudaratkan diri sendiri . Sebaliknya , jadikan ia sebagai satu
pengajaran hidup untuk ubah sesuatu dalam diri sendiri . Yakin dengan diri sendiri .

Hari demi hari , tanpa disedari , Hari penting yang akan melakar sejarah dalam
hidupku bakal menjelma dua hari lagi . Sungguhku berasa amat gementar dan
sedikit tidak sabar akan hari bersejarah itu . Kebetulan pula , meja peperiksaan aku
nanti bersebelahan dengan Humairah . Bolehlah aku meniru sedikit sebanyak
jawapannya . Tidaklah , aku hanya bergurau . Dengan adanya Humairah bersamaku
akan membuatkanku lebih yakin untuk menempuh hari peperiksaan yang seterusnya
. Dia jugalah yang menjadi pembakar semangat dan tulang belakangku dalam bab
pembelajaran ini .

Esok merupakan harinya . Hari peperiksaan dilaksanakan . Bahasa Melayu


merupakan mata pelajaran pertama yang bakal kami duduki . Bagiku , Bahasa
Melayu , Bahasa Inggeris dan Sains merupakan matapelajaran yang paling mudah
dan senang untuk dijawab namun bagaimanapun , aku amatlah lemah dalam subjek
Matematik . Setiap kali percubaan diadakan , aku sentiasa gagal dan tidak pernah
mendapat keputusan yang bagus lagikan peluangku untuk lulus amatlah tipis . Aku
berharap agar tuhan dapat memberikan kemudahan untukku menjawab segala
soalan nanti . Selama seminggu sebelum hari peperiksaan berlangsung , aku juga
membuat solat tahajjud supaya segala urusanku nanti dipermudahkan . Restu dari
ibu bapa tidakku lupakan .

Hari ini . Hari yang bakal mencipta sejarah dalam diriku . UPSR bakal dilaksanakan
pada hari ini . Sebelum kesekolah , aku mencium tangan kedua ibu bapaku dan
memohon mereka mendoakanku sepanjang peperiksaan berlangsung. Pada pagi itu
, entahlah siapa yang memotong bawang , aku dan ibuku menangis . Tanpa sebab .
" Ibu sentiasa doakan kejayaan Hannah . Usah risau . Ibu yakin Hannah boleh
lakukannya ." Jawab ibuku sambil memeluk erat badanku .
Sesampai ku disekolah , ayahku berpesan agar menjawab segala soalan diiringi
dengan zikir dan doa supaya segalanya dipermudahkan . Aku menurut kata ayahku
itu . Lalu aku melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dengan ' Bismillah '.
Humairah yang ternampakku berlari terkedek-kedek terus mengejarku .

" Hannah , aku gementar . Aku takut aku akan hampakan ibu bapa aku ." Katanya
kepadaku dengan riak wajah seperti ingin menangis ." Tidak mengapa , aku ada
bersama kau . Bukan ke aku berada di sebelah kau di dewan peperiksaan nanti ? .
Usahlah risau , ya ?" Ucapku menenangkan hati sahabatku yang sedang meronta
ketakutan tadi terus berasa tenang ." Terima kasih Hannah kerana selalu bersama
dengan aku susah dan senang ." Aku hanya tersenyum ketika dia sibuk
menyampaikan ucapan kearahku .

Sudah 4 hari UPSR berlangsung . Semua kertas soalan sudah kujawab . Soalannya
boleh tahan mencabar juga . Lebih-lebih lagi Matematik . Hampir rintih hatiku melihat
soalannya yang boleh membuat aku jadi gila . Tidak mengapa , aku menjawabnya
dengan begitu tenang kerana cara menjawabnya sudah kuhafal . Lainlah Sufian , dia
tidak habis-habis menggaru kepalanya yang tidak gatal itu akibat runsing akan
soalan Matematik . Haih , Sufian , Sufian .

"Senang soalan tadi , Hannah ??" Tanya abangku, Harris . Aku ingin menghiraukan
soalannya tetapi nampak seperti tidak beradab pula , aku jawab sahajalah
soalannya itu ." Boleh tahanlah . Tak lah susah sangat ." Jawabku . Dia hanya
memandang dan menggeleng kepala kearahku . Mengapa dengan abangku ini ....

Setelah 3 bulan berehat dari menjawab soalan-soalan yang serba mencabar itu ,
hari keputusan bakal diumumkan hari ini . Pagi-pagi lagi aku dan ibu bapaku bersiap
untuk mengambil keputusanku . Aku sudah mula takut akan keputusan yang bakal
kuterima nanti . Sesampai di sekolah , sudah aku melihat tubuh kecil Humairah yang
sedang menunjukkan aksi mengigit kuku tapi dia sebenarnya tidak mengigit kukunya
pun . Hanya aksi .

Makin dekat....
Makin dekat namaku untuk dipanggil . Nama Humairah adalah selepas nama Harraz
, seorang lelaki yang cukup pandai , pintar lagikan cekap dalam setiap kerja yang
dilakukan . Hampir setiap gadis disekolah ini tergilakannya . Namun dihiraukan
olehnya kerana Harraz tidak pernah mengambil tahu tentang perkara-perkara yang
tidak berfaedah seperti itu.

" Hannah Umairah Binti Mohd Faizal." Nampaknya namaku telah diseru oleh guru
kelasku , Puan Sakinah . Terpapar diwajahku riak muka yang gementar . " Tahniah ,
Hannah ." Hanya dua patah perkataan itu yang diucap oleh Puan Sakinah kepadaku
sambil tersenyum dan dihulur olehnya sehelai kertas dan plastik dokumen yang
mengandungi pelbagai dokumenku dari darjah satu . Rindunya ingin kembali kepada
zaman itu. Kertas dan plastik dokumen diambil oleh ibu bapaku dan aku telah berlari
mencari tempat untuk bernafas .

" Tahniah , anak ibu . Kamu mendapat 6A . Straight A+ pula tu . Ibu berbangga
dengan kamu ." Kata-kata yang diungkapkan oleh ibuku itu membuatkan aku
menangis terduduk sambil memegang kertas keputusan . Hannah , akhirnya kau
berjaya mengejar mimpi kau . Lantas aku mencari dimanakah Humairah . Sudah
kulihat rakanku itu sedang menangis teresak-esak kerana dia tidak lulus satu mata
pelajaran . " Humairah , tidak mengapa . Kau dah cuba yang terbaik . Bukan salah
kau ." Ungkapku sambil mengusap-usap belakang tubuhnya . Dia ingin memelukku
lalu ku beri pelukan untuk menenangkannya .

Dua hari selepas keputusan keluar , Hari Graduasi murid tahun 6 pula yang
berlangsung. Pada tahun ini , Hari Graduasi diadakan di Dewan Angkatan Tentera
yang berada di Kuala Lumpur . Kami semua menaiki bas yang disediakan . Seluruh
keluargaku turut sama hadir ke majlis tersebut . Ketika namaku diseru untuk menaiki
pentas , aku sedikit gugup . Namun setelah melihat keluargaku , perasaan gugup itu
lantas hilang entah ke mana . " Pelajar yang mendapat Straight A+ dalam semua
mata pelajaran , dipersilakan Hannah Umairah Binti Mohd Faizal ." Ketika aku
menaiki , sudah kulihat wajah Humairah yang menangis kegembiraan untukku . Laju
kuambil sijil dan turun dari pentas tersebut . Kaki aku hampir tersadung akibat
gementar .
Setelah hari-hari tersebut , aku mula menjalankan hidup ku seperti biasa menjadi
seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara atau MRSM . Aku berjaya memasuki
sekolah elit seperti itu atas keputusanku yang cemerlang dan beberapa sijil yang ku
terima dari pelbagai acara yang aku sertai ketika di sekolah rendah .

Perkara tersebut telah menjadi sejarah dalam hidup ku dan kutanam dalam supaya
menjadi pedoman hidup . Sekarang aku memegang ijazah sarjana muda dalam
bidang perubatan . Aku mendapat tawaran dalam bidang akauntan namun aku lebih
tertarik pada bidang perubatan berbanding bidang tersebut . Kata-kata ibu bapaku ,
guru yang penat lelah mengajarku takkan sekali ku lupakan. Aku juga telah bergelar
doktor perubatan di Hospital Putrajaya . Pelbagai penyakit yang ku jumpa ketika itu .
Covid-19 pada ketika itu semakin berleluasa sejak tahun lalu iaitu tahun 2020 .
Perkara tersebut telah merisaukan ribuan pihak sehinggakan pelbagai premis dan
pasaraya terpaksa ditutup atas faktor-faktor tertentu .

Aku sebagai seorang doktor tidak akan berdiam diri . Aku bertindak sebagai doktor
yang merawat pesakit Covid-19 ketika ini . Seperti yang kita lihat , ramai pesakit
yang diakibatkan oleh Covid-19 ini mati . Setakat ini , pesakit yang kurawat
semuanya telah sihat semula kerana jikalau aku melakukan sesuatu kerja dan ia
tidak membuahkan hasil malah seperti membunuh orang , aku tidak akan
memaafkan diri aku sendiri .

Dalam keadaan pandemik sudah mula menurun , aku juga telah bergelar seorang
isteri kepada rakan sekolah sendiri , Harraz . Siapa sangka , lelaki yang dingin dan
seperti tiada hati itu menyimpan perasaan terhadap ku. Suami ku itu juga
merupakan seorang doktor di hospital yang sama seperti tempat yang aku bekerja
sekarang . Kami telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Haura Safya yang
tahun ini telah mencapai umur setahun .

Humairah pula sudah bekerja sebagai guru di sekolah yang kami menyimpan seribu
satu kenangan itu . Begitu jugalah dengan manusia bernama Sufian yang sempat
bergelar guru dan suami kepada Humairah. Pelik pula aku tengok . Semua
berjodohan dengan rakan sekolah .
•••

Sesebuah usaha akan membuahkan hasil jika kita tidak putus asa untuk
mendapatkannya . Itu adalah moto hidup yang sehingga hari ini kupegang menjadi
sesuatu yang paling kuingati .

"Kakak nak adik-adik kakak ni lebih berjaya dari akak . Ingat , jangan hampakan ibu
ayah . Jaga mereka . Kakak sudah tiada untuk menjaga mereka selalu kerana kakak
sudah mulakan hidup baharu dengan keluarga baharu . Kakak selalu mendoakan
kebahagiaan dan kesejahteraan sekeluarga . Semoga dengan ini kamu semua lebih
bersemangat untuk meneruskan hidup dengan ketiadaan kakak disisi kamu semua ."

Kakakmu ,
Hannah Umairah

-T A M A T-

Anda mungkin juga menyukai