Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR

NAMA PENULIS: IMAN FAHRIN NAJMI BIN NOR HADI


NAMA SEKOLAH: SK MELAKA PINDAH, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA

JOHAN PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF


SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI MELAKA
2019

Malam itu sungguh hening. Aku sedang membelek bukuku sambal fikiranku jauh
menerawang memikirkan persiapanku untuk menghadapi UPSR. Aku berasa
takut, cemas dan gelisah. Aku merupakan anak tunggal dan satu-satunya
harapan kepada kedua orang tuaku. Aku ingin membuat mereka bangga tapi
apakan daya, aku tidak pandai. Dengan tiba-tiba, aku teringat kata-kata guruku,
“Jika kamu rasa gelisah, takut atau cemas angkatlah wudhu dan bacalah
Al-Quran. Sesungguhnya hati kamu akan terasa tenang.” Aku terus menuju ke
arah bilik airku dan mengangkat wudhu. Usai mengangkat wudhu, aku
meringankan tanganku untuk mencapai Al-Quran yang terletak di atas mejaku.
Selepas itu, aku kembali tenang dan dapat berfikir dengan lebih baik. Aku
dengan segera membuat jadual belajar untuk diriku. Selesai membuat jadual,
tiada apa yang kufikirkan selain ingin lena dibuai mimpi. Aku segera ke katilku
dan memejamkan mata.

Keesokkan harinya, aku berasa bersemangat seolah-olah


semua perancanganku semalam akan menjadi kenyataan. Sesudah aku
menunaikan kewajibanku sebagai seorang muslim, aku menuju ke sekolah
dengan wajah yang ceria. Sebelum aku menjejakkan kakiku ke dalam kawasan
sekolah, aku bersalaman dengan kedua orang tuaku. Aku berkata, “Ibu, Ayah,
doakan Amin tau,” Ibuku tersenyum seolah-olah sedang memberitahu diriku
untuk terus berusaha. Semasa di dalam kelas, aku menggunakan masa yang
terluang untuk mengulangkaji pelajaranku. Syukur ke hadrat Ilahi, aku dapat
menumpukan sepenuh perhatianku semasa belajar. Leceng kedengaran
menandakan waktu untukku pulang. Aku berlari ke arah kereta yang sedang
menungguku. Aku bagaikan disambar petir yang amat dahsyat setelah
diberitahu bahawa ibuku terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dalam perjalanan ke hospital, mulutku tidak henti-henti


mendoakan ibuku. Setelah tiba di hospital, aku menatap wajah seorang insan
yang banyak membantuku. Aku berkata kepada diriku bahawa aku mesti
mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Dengan air mata yang berlinangan aku
berkata, “Ibu, Amin janji Amin akan dapatkan enam A. Itulah janjiku. Setiap
kali bersolat tidak lain dan tidak bukan hanyalah ibuku yang aku doakan. Aku
tidak akan membazirkan masaku untuk bermain sebaliknya aku membuat
ulangkaji untuk setiap mata pelajaran.

Kini, tibalah masa aku menentukan segalanya. Sudah enam


tahun aku belajar di sekolah ini, inilah masanya untukku menjawab soalan UPSR.
Aku tidak lagi berasa takut sebaliknya aku berasa tenang dan yakin. Akhirnya,
semuanya sudah pun berakhir. Aku sudah pun menjawab keenam-enam kertas
peperiksaan itu. Aku masih berdoa untuk kecemerlanganku dan kesihatan ibuku.

Hari ini ialah harinya keputusan UPSR akan diumumkan. Aku


berasa takut tapi aku cuba meyakinkan diriku dengan berselawat ke atas
Nabi Muhammad S.A.W. “Muhammad Amin,” Namaku dipanggil. Aku segera
mengambil keputusanku. Alhamdulillah aku berjaya mendapat enam A. Aku
dengan segera menuju ke hospital. Ibuku memberikanku sebuah pelukan. Aku
menangis teresak-esak sambal memeluk ibuku. Tamatlah sudah misiku selama
enam tahun berada di sekolah rendah.

(433 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai