Anda di halaman 1dari 10

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

Semua orang pernah melangkahkan kaki ke sekolah dan pernah mengenali insan bernama cikgu. Tak kiralah sama ada sempat menghabiskan persekolahan mahupun hanya sempat berada dua atau tiga tahun di sekolah, masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri bersama insan yang bernama cikgu. Begitu juga aku, Nour Shila bt Mohd. Ali. Good Morning, Sir. Good Morning, Please be sitted. Begitulah setiap pagi apabila Sir Ratnam, guru kelas masuk. Kelas 6 Kamil. Masih segar kenangan sewaktu darjah enam dahulu. Aku merupakan seorang pelajar baru berpindah ke sekolah baru kerana mengikut ayah yang bertukar kerja ke tempat baru. Tak pernah terlintas dalam fikiranku akan mengalami situasi ini. Berada di tempat baru, kawan-kawan baru, guru-guru baru, semuanya baru. Tapi ada satu peristiwa yang mencuit hatiku ialah, pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah ini, aku telah memakai baju pengawas walhal aku adalah pelajar baru. Ini kerana aku merupakan pengawas sekolah di sekolah lama. Nak dijadikan cerita, pada hari pertama lagi, guru pengawas mengadakan perjumpaan bersama pengawas-pengawasnya. Seorang

pengawas lelaki datang ke kelas untuk memanggilku ke perjumpaan itu. Cikgu, nak jumpa pengawas tu. Minta pelajar itu sambil menunjuk jari ke arah ku. Shila, keluar. Arah Cikgu Azlina. Aku pun segan-segan nak keluar. Awak, saya bukan pengawas. Saya baru pindah sini, tak sempat nak beli baju putih. Kataku. Ini semua gara-gara kesibukan mama sehingga tak sempat shopping baju baru. Em, awak pergi dulu. Di kantin. Tegas pengawas lelaki tu sambil berlalu ke kelas berikutnya. Saiful namanya,

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

kubaca dari tanda namanya. Aku pun minta izin Cikgu Azlina untuk ke kantin. Di kantin, aku malu kerana semua pengawas yang ada masih aku tak kenali. Aku duduk diam mendegar perbincangan mereka. Setelah tamat, aku beranikan diri berjumpa guru pengawas di hadapan, Cikgu Rozita namanya. Cikgu, saya bukan pengawas. Saya pelajar baru. Tak apalah, kamu jadi pengawas. Mudah arahan Cikgu Rozita. Aku tak terkata apa setelah mendengar kata-kata itu. Mesti semua rakan-rakanku pelik apabila pelajar baru terus dilantik menjadi pengawas. Aku tak tahu bagaimana nak jelaskan kepada mereka. Pulang ke rumah, aku beritahu kepada mama hal itu, lantas mama tersenyum. Baguslah, tak payah la mama beli baju baru, lagipun ni tahun akhir Shila sekolah kan. Tahun depan dah nak sekolah menengah. Kata mama. Aku hanya terdiam. Betul juga kata mamaku itu. Lagipun bajuku itu masih elok lagi. Keesokan harinya aku ke sekolah seperti biasa dengan memakai pakaian biru itu. Ramai yang menegur tapi kuhanya tersenyum kerana malas nak mengulas lanjut. Dalam kelas 6 Kamil, aku dapat ramai kawan-kawan baru. Kelas ini adalah kelas keempat daripada lima buah kelas di sekolah ini. Aku agak sedih juga kerana di sekolah lama aku sentiasa berada di kelas yang pertama. Cuma, pada peperiksaan akhir darjah lima, keputusanku agak menghampakan dan terus turun ke kelas yang ketiga daripada tujuh buah kelas di sekolah lama. Tetapi, bila sampai di sekolah ini, aku hanya ditempatkan dalam kelas kedua akhir. Tapi, aku tak kisah. Bagiku, manamana tempat pun sama kalau betul-betul kita nak belajar. Aku gembira belajar di kelas ini kerana guru-guruku tekun mengajar aku dan kawan-kawanku walaupun kami kelas corot. Rakan-rakanku pula, berbilang kaum, Rajesh,

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

Siew Lee, Kamarina, Shuhada, Fatini, Azlan, Zulhemi dan ramai lagi. Kami sentiasa bergelak ketawa bersama. Terima kasih, cikgu. Kuat suara pelajar-pelajar 6 Kamil sebelum Cikgu Azlina keluar dari kelas kami. Waktu rehat adalah waktu yang disukai olehku. Tipu kalau pelajar sekolah tak suka waktu rehat. Beratur membeli air minuman dan makanan. Makan bersama-bersama. Dan seperti biasa sebagai pengawas mempunyai tugas mengawal rakan-rakan supaya beratur dengan betu dan tak melanggar peraturan sekolah pada waktu rehat iaitu duduk di dalam kelas. Itulah kenangan yang paling seronok di sekolah. Waktu inilah, aku boleh berjumpa kawan-kawan yang bukan sekelas denganku. Kawankawan yang berada di kelas hadapan. Pelajar-pelajar yang berada di kelas hadapan agak sombong. Aku senyum padanya tak dibalas pun. Nak dijadikan cerita, dalam peperiksaan pertengahan tahun, aku mendapat keputusan terbaik dalam kelasku. Sir Ratnam beritahu aku dipindahkan ke kelas pertama. Aku agak terkejut. Kawan-kawanku sedih. Perasaanku bercampurbaur antara sedih dan gembira. Tapi aku juga bangga, aku menjadi perhatian di sekolah. Pelajar yang berada di kelas kedua akhir masuk ke kelas pertama. Dalam kelas 6 Taqwa, aku ditempatkan di barisan hadapan sekali. Saya Hidayah. Saya Sakinah. Saya Adilah. Saya Fairuz. Ramah sahaja rakan-rakan di kelas baruku. Aku hanya mampu menjawab, Saya Shila. Mana tidaknya, kusangka mereka ini semua sombong, rupa-rupanya tak kenal maka tak cinta. Mereka semua baik hati dan ramah-ramah belaka. Manakala pelajar lelaki pula masih malu-malu menegurku. Aku pun sama. Pada waktu rehat, aku berjumpa dengan rakan kelasku yang lama. Aku tak mahu menjadi kawan yang lupa pada kawan. Banyak kenanganku di sini

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

walaupun tak sampai setahun. Guru-gurunya yang sangat bekerja keras dan tekun bagi memastikan kejayaan anak-anak didiknya dan kawan-kawan yang banyak membantu bagi mecapai kejayaan bersama juga berkat usaha dan doaku untuk memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR, aku berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan penting peringkat sekolah rendah ini. Sekolah ini banyak memberi pengalaman indah dalam hidupku. Begitu juga di sekolah lamaku. Terima kasih cikgu kerana sudi mengajarku. Cuti sekolah kali ni kurasakan agak panjang. Mama dan papa membawa aku bercuti ke Pulau Langkawi sebagai hadiah di atas kejayaanku mendapat 5A dalam UPSR. Terima kasih mama, papa. Pulang daripada percutian itu, aku berjumpa kawan-kawanku semasa di kelas 6 Kamil. Mereka asyik berborak. Mak saya cakap saya masuk ke SMK Binjai nanti. Shuhada, awak masuk sekolah mana? kata Kamarina. Samalah, saya pun di situ juga. Mereka saling bertanya ke sekolah menengah mana mereka akan ditempatkan nanti. Apabila mereka bertanya padaku, aku menjawab, Mama saya cakap nak hantar saya ke sekolah asrama nanti. Ye lah, awak kan dapat 5A hari tu. Kata Siew Lee. Aku takkan lupa pada kawan-kawanku ini. Walaupun mereka kurang menyerlah dalam pelajaran tetapi mereka mempunyai sikap dan perangai yang baik dalam persahabatan. Sesi persekolahan baruku bermula. Sehari sebelum persekolahan, mamaku telahpun menghantarku ke asrama. Seminggu mama membuat persiapan, membeli barang-barang keperluanku di asrama nanti. Dan yang penting, mama menulis setiap peralatan dengan namaku. Daripada buku, baldi, tuala sehingga ke selipar pun ditulis namaku. Aku hanya memandang. Shila jangan pelik pula, mama dulu pun sekolah asrama tau. Semua barang

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

kena tulis nama. Nanti ada orang mengaku yang dia punya pula. Di asrama nanti, Shila jaga barang-barang Shila. Dan macam-macam lagi pesan mama. Aku sedih nak berpisah dengan mama. Tapi aku tak tunjukkan padanya. Minggu orientasi sangat memenatkan. Suasana sekolah yang baru. Bangunan-bangunan yang lebih besar berbanding di sekolah rendah dulu. Ramai kawan-kawan seangkatan denganku. Ada juga kakak-kakak dan abang-abang yan jauh lebih besar daripada kami yang masih di Tingkatan 1. Oh, Tingkatan 1...istilah baru dalam hidupku. Guru-guru juga kulihat jauh berbeza daripada dulu. Kehidupanku kini hanyalah belajar dan waktu senggang bersama-sama kawan di asrama. Maklumlah, sekolah berasrama penuh, hanya pelajar-pelajar terpilih sahaja di sini. Di sini aku sedar, aku adalah insan terpilih dan aku mesti mensyukuri nikmat ini. Kehidupan baru di asrama, juga banyak mengajarku erti berdikari, jauh daripada mama papaku yang jarang-jarang datang melawatku. Guru-guru dan rakan-rakan di sini pula banyak membantuku. Terima kasih banyak-banyak CIKGU. Banyak pengalaman kutimba bersama rakan-rakan dan banyak ilmuilmu kukutip di sini. Dalam kelas Pendidikan Islam Ustazah Noorma. Aku dididik menjadi insan yang percaya adanya Tuhan yang mencipta manusia ini supaya akur dan taat padaNya. Geografi pula aku sedar ilmu itu banyak membuka mindaku mencintai alam semulajadi. Dan pelbagai subjek lain yang tak terdapat di sekolah rendah dulu. Di sekolah ini juga, banyak aktiviti dan program yang dijalankan oleh guru-guru bagi memastikan kami di sini mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam akademik mahupun

kokurikulum. Program Semua A, Motivasi Kendiri, Seminar Teknik menjawab dan pelbagai aktiviti lain untukku dan teman-temanku. Sukan dan aktiviti

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

kokurikulum pula untuk mencergaskan otak kami setelah penat menelaah pelajaran. Waktu petangku diiisi dengan bermain bola jaring bersama kawankawanku. Cikgu Samsiah. Itulah guru yang paling rapat denganku ketika di sini kerana beliau merupakan warden asrama juga guru kelasku. Kebetulan pula, beliau belum berkahwin dan sentiasa meluangkan masa bersama aku dan teman-temanku. Itulah yang membuatkan kami begitu rapat. Cikgu Samsiah merupakan pakar rujukku. Segala permasalahan akan ku ajukan padanya. Masalah peribadi mahupun pelajaran. Cikgu Samsiahlah yang sentiasa membantuku dan selalu mengingatkanku supaya menjadi seorang yang berjaya dan bertanggungjawab. Kamu semua dah telefon mak tak hari ini? Soal Cikgu samsiah petang Ahad itu sewaktu aku asyik bersembang dengan kawan-kawanku. Kami semua tersipu-sipu. Belum cikgu. Berapa lama dah tak tanya khabar ibu bapa awak. Tak baik. Waktu cuti macam ni lah nak tanya khabar ibu bapa awak. Takkan mereka kena selalu datang sini untuk tengok awak semua. Anak-anak yang baik kenalah selalu tanya khabar ibu bapa mereka. Pesan Cikgu Samsiah lembut. Kami hanya mendengar nasihatnya itu. Memang sudah sebulan mama dan papku tidak datang menjengukku. Begitu juga ibu bapa teman-temanku kerana lokasi sekolah ini yang jauh dari tempat tinggal kami dan juga aktiviti-aktiviti yang kami lalui di sini. Dua minggu lepas kami menyertai perkhemahan bersepadu 4 hari 3 malam. Akibat keseronokan itu, sampai lupa untuk menelefon mama dan papaku. Saya dah telefon semalam cikgu. Tiba-tiba Shahida bersuara. Kami hanya memandangnya dengan pelik kerana memecahkan kebisuan itu

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

Baguslah begitu. Yang lain ni bila pula? tanya Cikgu Samsiah. Sekarang Cikgu. lantas kujawab dengan senyuman. Jom kawan-kawan. Shahida dah telefon, tak payah ikut. Aku mempermainkan Shahida dan mengajak kawankawanku mengambil syiling dan beratur untuk menggunakan telefon awam yang ada di asrama. Dalam hatiku sangat berterima kasih pada Cikgu Samsiah yang menyedarkanku dan sentiasa mengingatkanku supaya tak lupa pada mama dan papaku. Malam itu, kawan baikku, Solehah tiba-tiba diserang asma. Aku terkejut mendengar rintihannya pada jam 11.30 malam. Cepat-cepatku bangunkan Fatihah untuk menemaniku ke bilik Cikgu Samsiah. Tok, tok, tok. Cikgu, Solehah sakit. Cikgu Samsiah terus mengenakan tudungnya dan bergegas ke bilik asramaku. Beliau pantas memberi arahan padaku untuk menolongnya memapah Solehah untuk dibawa ke klinik. Aku berasa lega melihat Solehah beransur pulih setelah berjumpa doktor. Setelah beberapa jam di klinik, kami membawa Solehah kembali ke asrama. Lebih kurang jam 4 pagi baru kudapat lelapkan mata. Aku terlewat ke kelas keesokan paginya. Nasib baiklah ada Cikgu Samsiah. Terima Kasih Cikgu. Melihatku dalam kelas pagi itu, cikgu bertanya tentang Solehah. Di dah ok cikgu. Nasib baik ada cikgu semalam. Terima kasih cikgu. Terima kasih pada awak juga. Kalau awak tak panggil saya semalam, saya tak boleh tolong juga kan. Kata Cikgu Samsiah. Tak tau kenapa aku senang sangat dengan cikgu yang satu ini. Baiklah kelas, kutip semua sampah yang ada di atas lantai. Macam mana nak belajar kalau kelas kotor? arah Cikgu Samsiah. Rakan-rakan lelaki kelasku memang agak nakal sebab itulah sentiasa ada sampah di atas lantai. Cikgu Samsiah memang sukakan kebersihan dan

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

kecantikan. Sejak awal tahun, memang kami disuruh membersihkan kelas jika kotor pada waktunya. Beliau juga la banyak menyarankan kami supaya mencantikkan kelas supaya dapat belajar dengan baik. Sebab itulah kelas kami sentiasa berada dalam TOP 3 kelas terbersih setiap bulan. Aku sebagai ketua kelas bangga menerima sijil penghargaan daripada pengetua setiap kali diumumkan kelas yang terbersih. Ini semua adalah hasil kerja keras cikgu kelas kami, Cikgu Samsiah. Tahun akhir kuberada di situ, aku dan kawan-kawanku membuat persembahan khas buat guru kesayangan kami itu dalam majlis sambutan Hari Guru. Kami berpakat untuk menyampaikan nyanyian khas untuk Cikgu Samsiah dan mengumpul duit bersama untuk membeli pen berharga RM250 sebagai hadiah kenangan untuk Cikgu Samsiah. Aku dapat melihat kegirangan dan kepuasan dalam mata Cikgu Samsiah. Hanya ucapan jutaan terima kasih dapat aku dan rakan-rakan ucapkan pada Cikgu Samsiah yang telah banyak membantu sepanjang persekolahan di sini. Beliaulah cikgu, mengajarku pada waktu persekolahan dan membantuku pada waktu malam sewaktu aku mengulangkaji. Beliaulah ku ibaratkan sebagi ibu yang menatangkuu ibarat minyak yang penuh. Cikgu Samsiah juga, pendengar yang setia, menadah telinga, meneliti bait-bait permasalahn yang aku utarakan padanya. Tamat menduduki SPM, aku berehat panjang di rumah, membantu ibu di rumah. Suatu petang, ketika kubersiar-siar di taman, aku terserempak Kamarina, sahabatku sewaktu di sekolah rendah dulu. Kami terlalu gembira setelah sekian lama tidak berhubung dan bertanya khabar. Aku mengajaknya ke kedai dan kami berborak panjang. Rupa-rupanya Kamarina tidak sempat menamatkan pelajarannya. Dia hanya sempat belajar

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

hingga ke Tingkatan 3 sahaja kerana masalah keluarga yang dihadapinya. Sebelum berpisah, kami bertukar-tukar nombor telefon supaya dapat berhubung lagi selepas ini. Keputusan SPM bakal diumumkan. Aku berdebar. Takutlah tu. Mama pun tak sabar nak tunggu besok. Mama

mempermainkanku setelah melihatku terkulat-kulat keresahan. Aku tidak dapat lena semalaman. Sampai di sekolah, kulihat sudah ramai kawankawanku menanti keptusan SPM kami. Aku berpura-pura gembira berjumpa mereka walhal dalam hatiku hanya Tuhan yang tahu. Dari jauh kulihat Cikgu Samsiah. Aku mengajak mama untuk berjumpa dengannya. Mama, nilah Cikgu Samsiah. Terima kasih, cikgu banyak tolong anak saya ni masa dia kat sini. Banyak dia cerita pasal cikgu. Ramah sahaja mamaku ini. Apa awak cerita Shila. Tak apa-apalah kak, dah tanggungjawab saya jaga dia di sini. Cikgu Samsiah merendah diri. Aku biarkan mereka berdua berbual sementara aku berjumpa teman-temanku yang lain melepaskan kerinduan. Waktu yang ditunggu tiba. Pengetua memberi ucapan aluannya. Aku dan kawan-kawanku masih bersabar dan berdebar. Tahniah pada semua pelajarpelajar dan guru-guru yang komitmen mencurahkan ilmu bagi memastikan kejayaan anak-anak kita. Alhamdulillah, sekolah kita menjadi sekolah kedua terbaik di daerah ini dengan 86 daripada 156 orang pelajar mendapat semua A..... banyak juga ucapannya dan...Pelajar terbaik tahun ini ialah Nour Shila binti Mohd. Ali.... Aku terkejut dan masih terpinga-pinga. Dan tiba-tiba air mataku bercucuran ketika naik ke pentas menerima slip keputusanku daripada Tuan Pengetua. Aku memeluk mamaku dan Cikgu Samsiah yang berda berhampiranku. Kawan-kawanku mengucapkan tahniah kepadaku. Aku

Aku & Cikgu

Rosazelina Abdullah

Aku & Cikgu

juga mengucapkan tahniah pada mereka kerana mendapat keputusan yang juga bagus. Inilah pengalaman paling gembira dalam hidupku kerana SPM merupakan sijil yang paling berharga. Aku sangat berterima kasih buat semua cikgu-cikgu yang telah banyak membantuku dalam mencapai kejayaan yang kukecapi ini. Dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Insan yang bernama cikgulah yang telah menyumbang bakti menjadikan aku dan rakan-rakan menjadi insan berjaya. Sesungguhnya cikgu, ilmu, kasih sayang dan pengorbananmu tiada tandingannya. Semoga berkat ilmu dan pengorbananmu cikgu, kami akan menjadi insan yang lebih berjaya di masa hadapan. Jasamu, mendidik kami menjadi insan cemerlang sentiasa mekar mewangi dan diingati. Kini, ku di menara gading bagi meneruskan pengajianku untuk menyambung

perjuanganmu cikgu. Terima kasih, cikgu.

(2327 patah perkataan)

Aku & Cikgu

10

Anda mungkin juga menyukai