Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Merdeka 2015 SMKSL

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum wrh...... dan selamat sejahtera.
Selamat datang ke majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
Negara yang ke-58, SMKSL pada tahun 2015.
Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua guru dan
pelajar berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh
semangat dan serentak.
...............................
Terima Kasih atas nyanyian yang penuh semangat itu tadi.
Semua pelajar dan guru dipersilakan duduk.
...............................
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Seterusnya dijemput Ustaz Mohd Nasir b Abdul Rahman untuk
mengetuai upacara pembacaan doa bagi memberkati majlis kita pada
hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.............................
Amin2 ya Rabbal alamin.
.............................
Hadirin-hadirat yang dihormati,
Setiap tahun, negara kita akan menyambut bulan kemerdekaan. Pada
tahun ini, genaplah 58 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Tema
hari kemerdekaan negara kita pada tahun ini ialah #sehati sejiwa
dengan harapan semua rakyat Malaysia dapat mengekalkan perpaduan
yang setelah kian lama terjalin tidak mengira kaum dan bangsa.

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Merdeka 2015 SMKSL

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah merencana


variasi program khas untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan
Kemerdekaan negara yang ke-58. Untuk itu, majlis menjemput Encik
Ahmad Fakhrurazi b Suhaimi bagi memberikan makluman lanjut
mengenai aktiviti bulan kemerdekaan. Majlis dgn segala hormatnya
mempersilakan.
..........................
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Fakhrurazi b Suhaimi atas
makluman sebentar tadi. Diharap dengan makluman itu tadi, semua
warga sekolah dapat memberi kerjasama yang baik terhadap semua
aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan pada tahun ini.
..............................
Baiklah, hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Kini marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan montaj
kemerdekaan yang disediakan oleh Encik Nor Azman Shah b Mohamed.
Mari kita saksikan.
............................
Terima kasih atas tayangan montaj sebentar tadi.
............................
Kini, majlis mempersilakan Tuan Pengetua SMKSL, Encik Hamzah b K.
Mohamed untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-58 peringkat
SMKSL bagi tahun 2015.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.............................
Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.
Dengan berakhirnya ucapan sebentar tadi, maka lengkaplah majlis
Pelancaran Sambutan Bulan kemerdekaan negara yang ke-58, SMKSL.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan pelajar
atas kerjasama anda.
Sekian, terima kasih. #sehati sejiwa

Anda mungkin juga menyukai