Anda di halaman 1dari 2

MAKANAN TRADISIONAL PULAU PINANG

Assalamualikum dan salam sejahtera............

Hari ini saya akan memperkenalkan makanan yang berasal dari utara Malaysia pula. Hari ini saya
akan mulakan dari negeri yang saya berada sekarang iaitu negeri PULAU PINANG. Pulau Pinang
sangat terkenal dengan sejarahnya dan tempat tempat yang menarik untuk dilawati seperti Bulit
Bendera, Taman Rama-rama dan banyak lagi. Namun bukan itu yang saya nak kongsikan hari ini.
Saya nak memperkenalkan makanan tradisional yang saya rasa melambangkan nereri Pulau
Pinang iaitu NASI KANDAR, LAKSA PENANG,dan PASEMBOR

NASI KANDAR

Image result for nasi kandar pulau pinang

Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia
satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan
kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti
ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu
biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini
dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.Mengikut
tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan.
Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan.
Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.

LAKSA PENANG

Related image

Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam
manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam
laksa.. Laksa Pulau Pinang adalah satu-satunya makanan Malaysia yang berada dalam senarai 50
makanan paling lazat di dunia.Tidak banyak perbezaan antara Laksa Pulau Pinang dengan laksa
negeri lain, namun terdapat beberapa keistimewaan yang menjadikan laksa Pulau Pinang kini
terkenal di seluruh Malaysia. pada tahun 50an orang Cina telah mengambil laksa Pulau Pinang
sebagai makanan mereka. Mereka telah menambah nenas dan otak udang dalam laksa yang
menjadikan laksa Pulau Pinang lain dari yang lain. Di sebelah Seberang Perai pula terkenal
dengan laksa campur. laksa campur terdiri daripada telur, cucur udang, dan sambal tumis sotong.

PASEMBOR

Image result for keistimewaan pasembur pulau pinang

Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang,
bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb.
dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado
ataupun kuah sate.Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak
dicampur potongan makanan laut.

souses: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasembu

:http://mte3012-nurulhusnacheomar.blogspot.my/

Anda mungkin juga menyukai