Anda di halaman 1dari 1

Cara Buat Jadual Belajar:

Lihat kemampuan anda sekarang, maksud saya pencapaian anda dalam peperiksaan bulanan atau peperiksaan awal tahun, kaji apa kelemahan anda, BUAT MATLAMAT SENDIRI Subjek lemah perlu tumpuan dalam jadual nanti Mata pelajaran teras seperti BM, BI, Matematik, Sains, kena beri perhatian, Misalnya Matematik sangat penting untuk syarat kemasukan universiti Selepas sekolah, makan, solat dan rehat 30 minit Waktu petang mulai 2.45 petang hingga 5.00 ptg buat kerja sekolah, jika tiada kerja sekolah buat latihan subjek matematik, atau subjek pengiraan, atau ulangkaji matematik atau Fizik. Subjek yang perlu kiraan, formula dan latihan perlu di buat petang agar tak mudah mengantuk. Sebelah malam ulangkaji dan latihan menjawap soalan tahun lepas bagi subjek relak, seperti Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Agama dan sebagainya. Waktu main petang dalam 45 minit atau 1 jam. ambil masa misalnya pukul 6 petang ke atas, atau waktu yang sesuai. Lepas solat magrib, baca quran surah yasin, atau alwaqiah, mohon doa pada Allah agar score A tahun ini. Lepas solat Insya baru mula belajar hingga 11.30 malam, setengah pelajar tidur awal pukul 11 malam dan bangun awal 4.30 pagi, belajar dan hafal fakta atau baca nota ulangkaji.

Anda mungkin juga menyukai