Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pembuka majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor,
Lagu Sekolah dan Lagu Negaraku.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan _________________________
untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.
Guru-guru dipersilakan duduk.
Murid-murid dipersilakan duduk.
**************************************

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam muafakat Johor dan salam


Negaraku Sehati Sejiwa. Bismillahirahmanirahim

Ceria wajah terserlah manis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang berusaha,
Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Yang dihormati,
Puan Norhaliza binti Taha,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Puan NorAiani binti Ghazali,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Encik Zaharel bin Atan,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sekolah


Kebangsaan Kota Masai.

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.


:
Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran


Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Marilah sama-sama
kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
dapat kita bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan
anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi
warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘Negaraku Sehati Sejiwa’

secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-60


sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam
keadaan harmoni dan muhibbah. Semuanya berada di bawah satu lembayung
kepimpinan tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.

Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan, Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

- Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

*PERSEMBAHAN GIMIK

Yang baru sahaja kita saksikan bersama merupakan gimik persembahan yang cukup
menarik sebagai simbolik pelancaran bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah
Kebangsaan Kota Masai bagi tahun 2017. Terima kasih diucapkan.

Para guru dan murid yang dikasihi,

Majlis kita semakin tiba di persadanya. Majlis seterusnya mempersilakan Encik


Amizam bin Mohamed selaku Penyelaras Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis berbesar
:
Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis berbesar
hati menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
majlis pelancaran bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi tahun
2017. Majlis mempersilakan.

- Begitulah tadi ucapan perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah


Kebangsaan Kota Masai 2017. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan
Guru Besar atas kesudian merasmikan majlis.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Jalur Gemilang’ dan ‘Tanggal 31’.
Hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang penuh
semangat daripada para guru dan murid. Hadirin dipersilakan duduk.

Para guru dan murid yang dikasihi,

Majlis kita takkan berseri tanpa persembahan yang dinanti. Untuk menyampaikan
persembahan deklamasi sajak yang bertajuk, “Tanahair’ hasil karya Datuk Usman
Awang, majlis menjemput dan mempersilakan Nur Nadia Husna binti Mohd Shukri dari
kelas 4 Bestari untuk menyampaikannya. Dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Muhammad Alif Nazmi bin Midon dari kelas 4
Bestari untuk mendeklamasikan sajak bertajuk, Pahlawan Kemerdekaan. Majlis
mempersilakan.

Tidak lengkap majlis kita tanpa persembahan daripada guru. Untuk


menyampaikan deklamasi sajak berjudul, Jiwa Hamba, majlis berbesar hati menjemput
dan mempersilakan Ustaz Mohd Dawawi bin Mohd Daud untuk menyampaikannya.
Dipersilakan.

Usai persembahan deklamasi sajak, majlis kita beralih ke persembahan nyanyian


lagu patriotik. Majlis mempersilakan Nur Najwa Adharina dan Muhammad Nor Haziq
Syazwan untuk menyampaikan persembahan nyanyian lagu patriotik. Majlis
mempersilakan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sepanjang bulan kemerdekaan ini, telah diadakan pelbagai program dan
pertandingan. Bagi menyampaikan hadiah pertandingan mewarna jalur gemilang
prasekolah, mencipta kad ucapan hari kebangsaan, kuiz kemerdekaan dan pertandingan
nyanyian lagu patriotik, majlis menjemput dan mempersilakan,
_____________________________________________________________
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
:
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
Mewarna jalur gemilang – Pra sekolah

Mencipta kad ucapan hari kebangsaan

TEKS PENGACARAAN PELANC…

Kuiz kemerdekaan
1. Nadirah bt Yuslan – 4 Amanah
2. Muhammad Danish Aiman – 4 Setia
3. Shafiq Aiman bin Mohd Shahabullah – 5 Bijak
4. Noramira Syuhada – 5 Mulia
5. Putera Idham – 6 Amanah
6. Alia Amirah bt Bhari – 6 Bestari
Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik
Tahun 4
Johan – Muhammad Faris bin Mohd Kamel – 4 Budiman
Naib Johan – Izuan Shafuan bin Ameruddin – 4 Amanah
Ketiga – Syukri bin Zainuddin – 4 Budiman
Tahun 5
Johan – Nur Najwa Adharina – 5 Gigih
Naib Johan – Muhammad Nor Haziq Syazwan - 5
Ketiga – Nur Farhana bt Romelindo – 5 Jujur

Seterusnya, bagi pemenang pakaian bertema warna bendera jalur gemilang guru sesi
pagi, dipersilakan
Guru lelaki :
Guru perempuan :
Tahniah diucapkan.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam merealisasikan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan Sekolah
Kebangsaan Kota Masai edisi tahun 2017 ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah
wassalammualaikum w.b.t.
:

Anda mungkin juga menyukai