Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2012 21 SEPTEMBER 2012
- Mengumumkan ketibaan Pn Che Norizam Bt Abdullah diiringi oleh pihak pentadbir masuk ke dewan. Ulik Mayang nyanyian asli Dilagu Si gadis merdu sekali; Terima Kasih sekalung budi, Sudi datang ke majlis ini. - Dari Dewan Bestari SK Bangsar , kita akan saksikan persembahan pembukaan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah iaitu tarian 1Malaysia. - Persembahan tarian 1 Malaysia itu tadi dibawah bimbingan Pn Norlaili, Cik Nurul Hayati dan Cik Nur Hafizah. - Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. - Yang Berusaha Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar, Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum, , Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia Petang, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Hati-hati membuka peti, Peti pusaka zaman berzaman; 55 tahun janji ditepati, Malaysia merdeka penuh keamanan. Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik. Bacaan doa: Anugerah dikecap si anak watan, Mengangkat senjata bidalan suara;

Menadah tangan memohon keberkatan, Mendapat restu hidup sejahtera. -Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Ikwan Najib Bin Badar untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan. -Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.

Tuah tersenyum pada Si Teja, Duduk bersimpuh sambil bersila; Kain ditenun bersama Reja, Ucapan penyelaras program dipersila, -Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Nor Shafina Binti Yasak selaku Guru Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. -Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, Musuh datang habis dibasmi; Tuan sudah diberi kuasa, Sudilah kira, pohon merasmi. -Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Puan Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat . Dipersilakan. - Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi. Persembahan murid : Bendera berkibar di rumah Pak Agos, Di halaman rumah pasang pelita; Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos, Tarikh kemerdekaan negara kita. -Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid prasekolah nyanyian dan gerakan lagu Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos -Begitu menarik persembahan murid prasekolah itu tadi di bawah bimbingan Cik Amie dan Siti Nurfazlina Guru Prasekolah. Terbang tinggi si burung helang, Berkicau kenari sambil berterbangan; Insan cemerlang negara terbilang, Bakat diserlah tanda kecemerlangan. -Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian tradisional oleh murid-murid prasekolah dan Tahun 4.- Begitulah tadi persembahan pakaian tradisional yang melambangkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Persembahan tadi dibawah bimbingan Pn Nafisah, Pn Zalina dan Cik Amie.

Penyampaian hadiah murid Tahap 1 Bersyukur menjadi rakyat Malaysia, Bumi bertuah indah permai; Lima puluh lima tahun kita merdeka, Rakyat hidup aman damai. Hadirin sekalian, -Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi Tahap 1. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah. -Oleh itu majlis mempersilakan Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Tanma a/p Rajasegaran penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomin dan koir patriotik - Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang bertajuk Leftenan Adnan Wira Bangsa. - Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah. - Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas 4 Dinamik yang bertajuk Joget Malaysia. - Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah bimbingan Cik Norhafizah Azman Penyampaian hadiah Tahap 2 Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat, Bersama kita menyambut merdeka; Bersatu berazam penuh semangat, Mari pertahankan kemerdekaan kita. -Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang dinantinantikan majlis penyampaian hadiah. - Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - Majlis mengucapkan terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah di atas penyampaian hadiah kepada para pemenang. Penutup acara: Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini. Tenang-tenang air di kali, Tempat mandian putra puteri; Sempurna sudah majlis dirai, Salah dan silap harap dimaafi. -Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu

1.1 Malaysia 2.Tanggal 31 3. Negaraku Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai