Anda di halaman 1dari 3

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,


Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,salam sejahtera ,salam takzim
buat warga Adilian sekalian

Yang berusaha,

Puan Masenu Noor Asikin bt Abdullah

Pen Kanan Pentadbiran smk Buyong Adil

Yang dihormati,

Puan Haryati bt Hashim

Pen Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Suhaina Risal bt Mohd Kahiri,

Pen Kanan Ko kurikulum

Barisan guru-guru kanan,

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Majlis mengalu-alukan selamat datang ke Majlis Pelancaran NILAM peringkat


Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil bagi tahun 2023. Marilah sama-
sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya dapat kita bersatu pada pagi yang penuh barakah. Semoga
penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi kedamaian dan
keamanan yang berpanjangan.

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara, 

Tradisi Melayu turun temurun,

Pantun diatur pembuka bicara.


Para guru dan murid yang dihormati,

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat kita berhimpun
dalam majlis Majlis Pelancaran Program NILAM bagi tahun 2023 . Majlis
Pelancaran Program NILAM ini merupakan majlis yang julung kali diadakan di
sekolah kita. Untuk pengetahuan semua, majlis ini diadakan sebagai plat
form permulaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan
pelajar di sekolah yang baru mula mengenal ‘apa itu NILAM’

Guru-guru dan para pelajar sekalian, bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis
mempersilakan saudari Nur Ain Nabilah bt Azuan dari kelas 3KAA untuk
menyampaikan sebuah pidato NILAM .Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur Ain Nabilah bt Azuan di atas pidato
itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan, 

Jalan berlapan di malam kelam,

Sudilah puan beri ucapan,

Kata aluan pemanis kalam

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang berusaha Pn. Masenu


Noor Asikin bt Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran
Program Nilam Peringkat SMK Buyong Adil.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn. Masenu Noor Asikin bt
Abdullah di atas ucapan serta perasmian Program Nilam.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan kotak buku NILAM kepada ketua-ketua
kelas.Di mulakan dengan kelas

1KAA…1B…1U.. 1Y..1O

2KAA…2B…2U..2Y…2O

3KAA…3B..3U…3Y….3O
4B….4U…4Y…4O….4N

5B….5U..5Y….5O…5N

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Budaya Membaca.Hadirin diminta untuk


berdiri dan menyanyikan bersama-sama.

 
 
 

Anda mungkin juga menyukai