Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

DAN
KEPIMPINAN PELAJAR 2010
23 Oktober 2010

1. Ketibaan Pengetua
Mengumumkan ketibaan Puan Pengetua dengan diiringi oleh barisan Pentadbir masuk ke
Anjung Perdana.

2. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku yang akan dipimpin oleh Puan Leong
Ngan Ping ……hadirin diminta berdiri….
Mohon para hadirin mengambil tempat…

3. Ucapan aluan pengacara majlis

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka acara,
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmannirrahim…

Yang berusaha Pn. Norlia Binti A’shaari Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Damai Perdana,

Yang Berusaha En. Manian a/l Ramasamy Penolong Kanan Akademik,

Yang Berbahagia Datin Hajah Norliza Binti Shamsudin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha En. Md. Yusup bin Hamid Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Berusaha Pn. Wardah Binti Hamzah Penolong Kanan Petang

Ketua – ketua bidang,

Barisan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana,

Dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Satu Malaysia

1
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat
berkumpul di pagi yang indah ini untuk sama – sama memeriahkan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar 2010 SMK Bandar Damai Perdana.

Guru – guru dan pelajar – pelajar yang dihormati sekalian ,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon majlis diberkat.

Dengan ini, dijemput dengan segala hormatnya Yang Berbahagia Ustaz Abdul Aziz Bin
Muhammad untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Ya rabbal alamin..

Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz. Semoga dengan doa yang dipanjatkan
tadi, majlis kita pada hari ini akan sentiasa di bawah lindungan payung rahmatNya.

Hadirin sekalian,

4. Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah yang


melibatkan penyertaan semua pelajar. Aktiviti kokurikulum merupakan lanjutan daripada
kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah dan bertujuan mengukuhkan lagi apa yang telah
dipelajari terutama yang berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah.

Justeru, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar yang diadakan
setiap tahun adalah khusus untuk menghargai sumbangan dan jasa para pelajar SMK Bandar
Damai Perdana yang telah membantu menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri
malah ada juga di peringkat kebangsaan dengan pencapaian – pencapaian cemerlang yang telah
diraih.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah dengan memberikan pengiktirafan melalui Majlis
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum ini, para pelajar yang lain akan juga turut bersemangat
untuk mengenal potensi diri dan cuba menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri
mereka pada masa akan datang, seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan
dalam aktiviti – aktiviti luar bilik darjah yang positif dan berfaedah.

2
Para hadirin yang dihormati,

Buah selasih di dalam puan,


Dibawa gadis ke Tanjung Jati,
Takkan hilang jasamu tuan,
Telah tersemat di dalam hati.

5. Tidak lengkap rasanya majlis kita pada hari ini tanpa mendengar kata – kata aluan daripada
orang kuat Unit Kokurikulum SMK Bandar Damai Perdana yang sangat komited dalam
memantapkan prestasi kokurikulum sekolah.

Dengan ini dijemput Yang Berusaha En. Md. Yusup Bin Hamid untuk memberikan kata – kata
aluan. Dipersilakan….

Terima kasih diucapkan kepada En. Md. Yusup atas ucapan beliau tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

6. Majlis pada hari ini boleh dianggap istimewa kerana pada pagi ini semua warga SMK
Bandar Damai Perdana khususnya guru – guru dan para pelajar dari sesi petang dapat
menyaksikan Pengetua baru yang dinanti - nantikan dalam beberapa bulan ini.

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon berikan ucapan.

Untuk itu, tanpa melengahkan masa lagi, dengan penuh takzim dijemput Yang Berusaha
Puan Norlia Binti A’shaari Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana
untuk memberikan ucapan dan seterusya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar 2010 SMK Bandar Damai Perdana. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Puan Norlia atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 1
Guru – guru dan para pelajar yang dihormati sekalian,
Beralih kita sebentar ke persembahan yang pertama untuk pagi ini. Marilah kita bersama –
sama mendengar alunan koir oleh pelajar – pelajar Tingkatan 3 yang akan memperdengarkan
2 buah lagu yang bertajuk “THANK YOU FOR THE MUSIC” dan “AMIGOS PARA
SIEMPRE” ( LAGU TEMA OLIMPIK BARCELONA ) Sama – samalah kita perdengarkan…

Terima kasih pasukan koir. Untuk makluman para hadirin, persembahan koir itu tadi adalah di
bawah bimbingan guru muzik berpengalaman Pn. Leong Ngan Ping. Syabas diucapkan.
3
PENYAMPAIAN ANUGERAH

8. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kepimpinan Hal ehwal Murid. Untuk
itu, dijemput Yang Berbahagia Datin Hajah Norliza Binti Shamsudin Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid dengan diiringi oleh Ketua Bidang Bahasa Pn. Zaimah Binti Alias untuk
menyempurnakan acara penyampaian sijil. Dipersilakan….

8.1 Anugerah Kepimpinan HEM dimulakan dengan memberikan sijil penghargaan kepada
Ketua Tingkatan. Dimulakan dengan menjemput…..
( nama – nama penerima anugerah )

8.2 Sijil penghargaan yang berikutnya adalah Penghargaan Kehadiran Penuh diberikan kepada
pelajar – pelajar yang berjaya hadir ke sekolah sepanjang tahun.
Penghargaan dimulakan dengan menjemput…..
( nama – nama penerima sijil )

8.3Anugerah yang berikutnya akan diberikan kepada kelas – kelas terbersih sepanjang tahun.
Bagi kelas terbersih tingkatan satu anugerah diberikan kepada………
( nama – nama kelas )

Terima kasih diucapkan kepada Ynag Berbahagia Datin Hajah Norliza kerana sudi
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 2

7. Majlis diteruskan dengan menyaksikan persembahan nasyid oleh pelajar – pelajar dari sesi
petang. Kumpulan nasyid yang dianggotai seramai 13 orang ini akan menyanyikan 2 buah
lagu bertajuk Inspirasi dan medley Ajaran Islam serta Sakaratul maut. Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman para hadirin persembahan nasyid itu
tadi adalah di bawah bimbingan Ustazah Noor Asiah.

Teruskan berhibur dengan bakat seterusnya yang telah dicungkil dari pertandingan bakat BDP
Got Talent 2010 yang merupakan salah satu daripada program yang telah diadakan sempena
Program Selepas PMR. Gadis manis ini bukan sahaja bersuara lunak tetapi berkebolehan
bermain gitar. Beliau akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk “Yang Sebenarnya” sambil
bermain gitar….bakat yang dimaksudkan ialah saudari Syahirah __________________
dari tingkatan 3 Fitrah . Majlis dengan sukacitanya mempersilakan….

Terima kasih diucapkan kepada saudari Syahirah, kalau terus digilap bakatnya tidak mustahil
satu hari nanti kita akan melihat nama bakat muda ini terpampang di akbar – akbar sebagai
penyanyi tersohor negara….siapa tahu.
4
PENYAMPAIAN ANUGERAH KOKURIKULUM

9 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum.


Bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah, dengan sukacitanya dijemput Yang
Berusaha En. Md. Yusup Bin Hamid dengan diiringi oleh Pn. Cheng Shock Meng, Ketua
Bidang Teknik dan Vokasinal naik ke pentas. Dipersilakan…….

9.1 Penyampaian Anugerah Kokurikulum dimulakan dengan _________________________


( nama – nama anugerah, nama- nama pelajar )

Buah selasih di dalam puan,


Dibawa gadis ketengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Md. Yusup atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 3

Bersarang merbah di Kuala Langat,


Manis madunya pabila dimakan,
Suasana meriah bertambah hangat,
Pelbagai persembahan kami persembahkan.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, sama- samalah kita menyaksikan persembahan
yang seterusnya iaitu persembahan nyanyian secara duet yang akan dipersembahkan oleh
Saudara Leong Tian Jun dan Saudara Beh Wen Ley. Mereka akan menyanyikan lagu dalam
bahasa Cina yang bermaksud “ BOYS NOT SMART” Dipersilakan ……

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Seterusnya kita hayati pula persembahan nyanyian secara solo yang akan dipersembahkan oleh
Saudara Teh Wei Loon yang akan mendendangkan sebuah lagu syahdu juga dalam bahasa
Cina yang bermaksud “ CINTA BAGAI AIRMATA BINTANG UTARA” Ayuh kita
dengarkan…….

Begitulah tadi antara bakat – bakat yang mungkin akan mewarnai dunia seni suara tanahair kita
satu hari nanti. Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

5
PENYAMPAIAN ANUGERAH UTAMA

10 Majlis diteruskan lagi ke acara kemuncak Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan


Kepimpinan Pelajar 2010 dengan penyampaian anugerah – anugerah utama.
Dengan majlis segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn. Norlia Binti A’shaari dengan
diiringi oleh Yang Berusaha En. Md Yusup bin Hamid bagi menyempurnakan acara
penyampaian anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

10.1 Anugerah pertama yang akan disampaikan ialah Anugerah NILAM.


( Untuk makluman NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca , anugerah diberikan
kepada pembaca tertinggi mengikut tingkatan.)

Dimulakan dengan penerima Anugerah Aktiviti Galakkan Pembaca 2010


Penerima anugerah NILAM tingkatan 2 ialah….
( sebut nama ikut senarai )
Setiap Tahun mana – mana pelajar yang mencapai tahap tertinggi dalam program NILAM
akan dipilih menjadi Tokoh NILAM. Pada tahun ini seorang pelajar telah layak dinobatkan
sebagai Tokoh NILAM SMK Bandar Damai Perdana 2010.
( baca perincian tokoh – ikut lampiran )
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.

10.2 Anugerah Kebaktian 2010


Anugerah yang seterusnya ialah Anugerah Kebaktian 2010 yang dahulunya dikenali sebagai
“Anugerah Budi Pekerti”. Untuk makluman penerima Anugerah ini dikategorikan sebagai
pelajar yang ringan tulang, bersopan – santun dan sentiasa bersedia membantu apabila
diperlukan. Anugerah Tokoh Kebaktian 2010 diberikan kepada…
( rujuk lampiran )

Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah semoga ini dapat dijadikan sumber inspirasi
kepada pelajar lain untuk tidak lokek berbakti kepada sekolah.

10.3 Tokoh kokurikulum


Tibalah kita ke penyampaian anugerah yang terakhir pada majlis ini iaitu Anugerah Tokoh
Kokurikulum 2010. Tokoh anugerah dipilih berdasarkan penglibatan aktif dalam kegiatan
kokurikulum sepanjang tahun dan membantu mengharumkan nama sekolah di pelbagai
peringkat.Sebelum diumumkan nama tokoh ini, ingin saya berkongsi sedikit kisah tentang
tokoh yang akan diumumkan….( baca lampiran )

Tahniah diucapkan kepada Saudari Siti Najwa Binti Mohd. Sawawi dan Saudara Muhammad
Dzulfiqar Bin Ismail .Semoga mereka akan terus maju dalam bidang kokurikulum dan
akademik di masa akan datang.
Syabas.

6
Tenang – tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi puan rasa nak junjung.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha


Puan Norlia kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 4

Bunga mawar cantik menawan,


Dipetik juragan dibawa ke pekan,
Persembahan seterusnya tarian berkumpulan,
Mari bersam kita saksikan.

Dengan itu terimalah persembahan tarian yang penuh bertenaga dan menghiburkan oleh
pelajar – pelajar yang menggelarkan kumpulan mereka “3C United” bersama kita saksikan….

Sangat mantap dan penuh bertenaga, itulah yang dapat digambarkan bagi persembahan yang
anda saksikan sebentar tadi. Terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang di kasihi sekalian,


Menyanyi sudah , menari pun sudah. Persembahan yang berikutnya adalah eksklusif sempena
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2010. Dengan petikkan gitar
“ BLUES A MINOR” ala – ala Jimmy Hendrix… majlis dengan sukacitanya mempersilakan
saudara Helmi Kamal dari tingkatan 5 Amanah…saksikan.

Moga hadirin semua telah terhibur dengan persembahan – persembahan itu tadi.

Dengan berakhirnya persembahan tadi, maka tibalah kita ke penghujung majlis.

Sebelum tirai dilabuhkan, dengan penuh rasa merendah diri, kami memohon maaf atas segala
kepincangan dan kesilapan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.Dengan ini, berakhirlah
sudah majlis kita pada hari ini.

Assalamualaikum

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai