Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN KOSAS Kod Sekolah: BEA4609

1. Nama Guru
ZURAIRAH BINTI IBRAHIM
2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
PEMIKIRAN DALAM PENDIDIKAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Pemikiran Dalam Pendidikan merupakan sebuah buku yang telah ditulis oleh Dr. Robiah Sidin.
Buku ini membincangkan perkembangan semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan negara
secara menyeluruh dan merentasi tahap pendidikan di sekolah hinggalah ke tahap pendidikan
tinggi.
Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian yang membincangkan aspek-aspek berkaitan dengan
dunia pendidikan. Pada Bahagian I, memberikan fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan
sistem pendidikan secara keseluruhan. Antaranya menyentuh tentang pendidikan sebagai proses
pembentukan diri individu dan juga pembangunan negara. Bahagian II menyentuh pula pemikiran
dan saranan mengenai sumber manusia pendidikan terutama guru yang dianggap sebagai tulang
belakang pelaksanaan dasar pendidikan. Bahagian III memberikan fokus kepada aliran
perkembangan pendidikan di peringkat tinggi khususnya di peringkat universiti dengan
menitikberatkan peranan institusi pengajian tinggi sebagai penggerak masyarakat berteknologi.
Seterusnya Bahagian IV pula memberikan tumpuan terhadap urusan pentadbiran dan hubungan
pendidikan itu dengan kerjaya. Penulis menjelaskan kepentingan pendidikan untuk
perkembangan diri seseorang murid agar dapat melatih murid atau pelajar untuk sesuatu bidang
pekerjaan. akhir sekali Bahagian V yang mengandungi perkara – perkara lain yang berkaitan
dengan pendidikan yang harus diberi perhatian dan pemikiran semula. Antaranya, guru dan ibu
bapa sebagai agen perpaduan dan rasional keperluan ibu bapa serta guru untuk bekerjasama
dalam perkembangan pendidikan anak – anak mereka.
Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar, pendidik, prentadbir dan mereka yang berminat mengikuti
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Melalui pembacaan buku ini, kita dapat memahami erti pendidikan, skop dan orientasi pendidikan
khususnya di Malaysia. Di sini, pembaca dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta
perubahan – perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia agar kita dapat mencetuskan
pemikiran yang kritikal dan berupaya mencadangkan langkah – langkah yang konstruktif untuk
kebaikan sistem pendidikan di masa akan datang.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu membina kekuatan murid – murid agar mereka dapat mengenalpasti potensi diri
masing – masing bagi membantu mereka membentuk kecenderungan akademik supaya ini dapat
digunakan untuk mereka memilih kerjaya kelak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ZURAIRAH BINTI IBRAHIM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai