Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK Sungai Korok Lama Kod Sekolah: KBA2040

1. Nama Guru MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ


3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul PANDAI JAWI
PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini sesuai untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam penggunaan ejaan dan tulisan jawi. Sesuai dengan konsep membimbing , buku
ini disertakan dengan contoh dan huraian terperinci supaya lebih mesra kepada pengguna. Ianya
amat sesuai untuk kegunaan kesemua guru Pendidikan Islam amnya. Antara perkara menarik
yang dibincangkan ialah ; Padanan jati dan gabungan, Rumah huruf, gabungan dua suku kata,
ejaan lampau, cara menulis kata berimbuhan atau kata terbitan , perbezaan antara beberapa
huruf serta hukum ejaan lampau hukum.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Guru dapat mengetahui teknik berkesan untuk membantu murid menguasai tulisan jawi di
sekolah amnya.
2. Perumusan kembali segala kaedah pembelajaran dan pengajaran penulis sebelum ini.
3. Menjadikan ejaan jawi lebih sistematik dan sainstifik serta mudah difahami kerana
penulisannya teratur dan tersusun.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru dikongsikan cara dan panduan untuk dikongsikan bersama murid cara atau kaedah
menulis jawi.
2. Guru dapat membantu murid memperkenalkan huruf jawi dan padanan huruf jawi.
3. Guru dapat mempertingkatkan pemahaman kaedah penulisan dan ejaan jawi dengan lebih
praktikal.
Buku ini juga dapat dimanfaatkan secara bersama para ibu bapa untuk sama-sama membantu
anak mereka belajar megenal huruf jawi dan mempraktikkannya di sekolah dan dirumah amnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK Sungai Korok Lama Kod Sekolah: KBA2040

1. Nama Guru MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ


7 RAHSIA KECEMERLANGAN 3. Bidang: KEMAHIRAN
2. Judul
AKADEMIK PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan kaedah dan strategi yang perlu diketahui oleh setiap murid. Penulis
telah melaksanakan kajian ke atas 54 orang pelajar yag berjaya dalam akademik dengan prestasi
cemerlang. Tujuh rahsia kecemerlangan akademik yang dimaksudan penulis ialah 1. Pemantapan
kerohanian. 2. Penggunaan perpustakaan, 3. Pembaca berkesan, 4. Nota lengkap, 5. Persiapan
peperiksaan, 6. Kumpulan Berkesan, dan 7. Motivasi. Guru selaku ibubapa murid amat penting
untuk membantu para pelajar dalam mencapai matlamat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Guru dapat mengetahui teknik berkesan untuk membantu murid untuk megurus masa belajar.
2. Guru didedahkan penggunaan plbagai sumber samada perpustakaan dan juga bilik khas untuk
membimbing murid cemerlang dalam akademik secara berkumpulan. Selain itu, dapat
dikongsikan di sini bahawa komitmen secara keseluruhan perlu diberikan bagi mengisi setiap
strategi dan teknik yang dilakukan. Persediaan kerohanian merupakan antara perkara peting yang
patut diberikan perhatian.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru dikongsikan cara dan panduan untuk dikongsikan bersama murid cara mengambil nota.
(menghasilka nota yang lengkap dan berkesan merupakan salah satu rahisa dan kaedah untuk
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan).
2. Guru dapat membantu murid untuk mewujudkan kaedah belajar berbincang dalam
berkumpulan dengan menggunakan teknik yang dikongsikan dalam buku ini. ( Murid dapat
mengadakan aktiviti ini ditempat yang sesuai seperti perpustakaan., bilik bacaan , wakaf bacaan
dan bilik kelas ).
Buku ini juga dapat dimanfaatkan secara bersama para ibu bapa untuk sama-sama membantu
anak mereka belajar cara belajar. Banyak ulasan dan kata nasihat dari buku ini dapat dijadikan
semangat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK Sungai Korok Lama Kod Sekolah: KBA2040

1. Nama Guru MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ


3. Bidang: KEMAHIRAN
2. Judul MENGURUS KERJA BERPASUKAN
PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pengarang mengemukakan beberapa tentang kemahiran bekerja secara berpasukan dalam


organisasi.
Antaranya:
i. Kemahiran berkomunikasi dalam pasukan
ii. Kemahiran membuat keputusan beramai- ramai
iii.Mengendalikan konflik
iv.Membina kreativiti secara berpasukan
v.Memotivasikan rakan-rakan
vi.Perbincangan dan mesyuarat

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

i. Kemahiran berkomunikasi yang berkesan sama penting dengan tugasan


ii.Guru perlu berfikiran terbuka dalam menjana kreativiti dalam panitia dan juga dikalangan pelajar
di dalam kelas.
iii. Pengagihan tugas dalam menjayakan program sekolah
iv.Sikap positif, ilmu pengetahuan yang luas, kemahiran berfikir,berkomunikasi,interpersonal dan
kemahiran personaliti adalah utama untuk menjadi pemimpinyang baik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

i. Memastikan kemahiran komunikasi berkesan diamalkan dalam pasukan .


ii. Mengamalkan sikap positif seperti berfikiran terbuka dan kesanggupan untukmemotivasikan
rakan-rakan sepasukan adalah satu kewajipan dalam melaksananakantugas dengan cemerlang.
iii. Sentiasa menjana kreativiti dalam pasukan dengan dorongan seperti ganjaran dari pelbagai
bentuk.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK Sungai Korok Lama Kod Sekolah: KBA2040

1. Nama Guru MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ

2. Judul GURU DAN CABARAN SEMASA 3. Bidang: ILMU PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi tajuk-tajuk mengenai isu dan cabaran pendidikan semasa antaranya ialah
integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam
pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan TMK dan gejala sosial. Dalam topik
integrasi nasional menekankan tentang halangan integrasi serta keperluannya,tumpuan dan
faktor penting dalam pendemokrasian pendidikan, 4 tonggak yang terdapat dalam pendidikan
UNESCO. Trend globalisasi dalam pendidikan dengan kepelbagaian budaya menuntut keadilan
untuk semua dan juga pengaruh perkembangan TMK dengan kepelbagaian media.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh cabaran dan saingan, para pendidik
hendaklah mampu membantu dalam menyediakan generasi muda yang mampu menghadapi
sebarang kemungkinan, mampu bersaing menggunakan kebanjiran teknologi terkini dan boleh
menggunakan komputer sebagai keperluan urusan harian. Para pendidik juga perlu melahirkan
generasi yang berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini dapat diaplikasikan dalam P&P yang mana dapat memenuhi keperluan tenaga manusia
yang yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan
kepercayaan kepada tuhan, para pendidik adalah wahana yang boleh membantu mencorakkan
manusia yang mampu menghadapi cabaran mendatang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK Sungai Korok Lama Kod Sekolah: KBA2040

1. Nama Guru MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ


3. Bidang: AMALAN DAN NILAI
2. Judul GURU SEBAGAI MENTOR PROFESIONALISME
PERGURUAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru pelatih
dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan antaranya aplikasi teori psikologi
dalam pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program. Mentor
tidak semestinya dari kalangan guru. Namun jika guru berperanan sebagai mentor yang efektif,
sudah tentu ia dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, mentor, kaunselor,
penasihat dan jurulatih. Garapan idea bagi memupuk nilai-nilai murni juga dikupas untuk rujukan
mentor. Buku ini juga dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan sekadar
mengajar menulis, membaca dan mengira (3M), malah ditambah dengan nilai akhlak dan moral.
Buku ini membawa pendekatan tradisonal dan humanistik bagi menarik perhatian guru pada
pementoran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Hasil pembacaan, guru dapat mengembangkan peranan selain sebagai tenaga pengajar malah
guru juga boleh mendidik nilai murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berilmu dan
berkualiti. Guru juga dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin
hidup yang lebih bermakna.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini dapat diaplikasikan dalam P&P dimana guru boleh menggunakan teknik dari teori
psikologi untuk menarik minat murid. Guru memainkan peranan penting mengajar, mendidik dan
seterusnya membimbing dan menerapkan nilai dan ilmu kepada pelajar dalam P&P.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MURDZIAH BINTI ABDUL AZIZ ) ( )

Anda mungkin juga menyukai