Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KLEDANG Kod Sekolah: JBA3046

1. Nama Guru NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN


Petua Mendidik Anak menjadi Insan
2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Positif
4. Tarikh Pembentangan 9 Jun 2023 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini memerihalkan tentang dua bahagian utama dalam proses menjadikan anak itu seorang
insan yang positif. Karakter positif yang dianjurkan mengikut kerangka Islam, iaitu bersinar di
dunia dan akhirat.

Buku ini juga mencadangkan dua perihal utama dalam proses mendidik anak menjadi insan yang
aktif iaitu latihan luaran termasuklah latihan kognitif, psikomotor dan rohani. Ia juga dipanggil
sebagai melatih kemahiran peribadi. Aspek seterusnya ialah aplikasi sosiologi, yang dipanggil
melatih kemahiran sosial.

Selain itu, buku ini juga memuatkan kisah-kisah inspirasi, petikan al-Quran dan hadis yang boleh
kita jadikan sebagai hujah untuk mengajar anak-anak bersikap positif.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembaca bagaimana caranya untuk membesarkan anak-anak menjadi orang
yang positif. Nilai-nilai positif ialah nilai-nilai murni yang baik yang ada pada seseorang tanpa
mengira agama, bangsa dan asal usul. Atas sebab inilah, kecemerlangan yang luar biasa dapat
digapai oleh para individu yang telah dapat menguasai diri yang kualiti positif. Cita-cita manusia
mampu direalisasikan dengan adanya pemikiran yang positif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini menyampaikan banyak ilmu tentang kaedah dan aplikasi yang betul untuk mengubah
tabiat manusia yang kebanyakannya negatif kepada positif. Selaku guru kelas yang banyak
menghabiskan masa dengan murid di dalam kelas, saya boleh mengikut contoh pendekatan
Luqman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Anak-anak perlu diajar untuk takut dan taat
kepada Allah S.W.T., mengikuti segala ajaran Rasulullah S.A.W. dan menghormati ibu bapa. Ini
adalah kunci kepada jiwa yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KLEDANG Kod Sekolah: JBA3046

1. Nama Guru NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN


Pendidikan Anak di Rumah:
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Penglibatan Ibu Bapa
4. Tarikh Pembentangan 12 Jun 2023 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Sebagai pendidik utama dalam keluarga, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
mengasuh dan mendidik anak mereka. Oleh itu, penglibatan ibu bapa secara berterusan dalam
proses pembelajaran anak amat perlu bagi menjamin sokongan dan keperluan pendidikan anak
di alam persekolahan, Dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa sumbangan ibu bapa tidak kuran
pentingnya dalam menjamin perkembangan, kemajuan dan kejayaan pendidikan anak-anak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Secara keseluruhan, penerangan dan gambaran terhadap kepentingan penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan anak-anak terutamanya di rumah sangat jelas dan terperinci. Penulis juga
menggunakan laras bahasa yang senang dan mudah untuk difahami dalam menjelaskan
kepentingan dalam mendidik anak-anak di rumah dan implikasinya bagi kejayaan anak-anak
pada masa kelak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dapat menyokong perkembangan kognitif,
seterusnya menggilapkan potensi dan memberikan impak positif terhadap pencapaian akademik
di sekolah. Guru sebagai penggerak dalam perubahan ini perlu bertindak sebagai orang tengah
dan mentor terhadap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran dan pengajaran murid di rumah
bersesuaian dengan suasana pandemik Covid19 yang masih lagi tidak reda demi meneruskan
kelangsungan pembelajaran anak-anak di rumah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KLEDANG Kod Sekolah: JBA3046

1. Nama Guru NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN


Panduan Mempelajari Bahasa
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Inggeris
4. Tarikh Pembentangan 13 Jun 2023 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Terdapat 124 cara pengajaran yang bersesuai yang telah dikongsi oleh penulis mengenai
penggunaan Bahasa Inggeris mengikut cara yang benar bagi tujuan dalam penulisan dan juga
komunikasi secara dua hala.

Antara kaedah yang telah dikongsi adalah Writing for Beginners dan Small Talks can Go a Long
Way.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Secara keseluruhan, pembaca boleh memperbaharui kosakata dalam Bahasa Inggeris yang
sudah semestinya perihal yang wajib pembaca maklum. Selain itu juga, pembaca juga boleh
mempelajari cara-cara untuk membuat ayat aktif, pasif dengan menggunakan kata kerja yang
betul mengikut masa yang bersesuaian.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru dapat menggunakan bahan-bahan dan input yang telah dikongsikan oleh penulis bagi
mentafsir ilmu kepada murid serta berkongsi maklumat bersama tenaga pengajar yang lain.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KLEDANG Kod Sekolah: JBA3046

1. Nama Guru NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN

2. Judul Bersama Susah Ada Kesenangan 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 16 Jun 2023 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan mengenai ujian yang kita hadapi akan bersilih ganti. Keredhaan dalam
diri kita amat penting agar kita sentiasa berlapang dada, berfikiran positif dan menerima segala
kesusahan yang dihadapi kerana kita yakin Allah SWT tidak akan menguji hamba-hambaNya
yang tidak kuat.

Disamping itu juga, buku ini memerihalkan cara-cara agar kita mendapat rahmat dan kasih
sayang Allah SWT.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembaca supaya kita sentiasa redha dalam setiap ujian yang dihadapi kerana
bagi setiap ujian itu, merupakan tanda Allah sayang dan ingin menguji hambaNya yang kuat dan
tabah. Ujian itu sudah semestinya hadir untuk mendidik kita menjadi sesorang hamba yang taat
dan sentiasa meminta kepadaNya. Di setiap kesusahan yang Allah hadirkan kepada seseorang
itu, sudah semestinya akan datang juga kesenangan di kemudian hari.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak memberi idea-idea bagaimana cara yang sesuai untuk mengubah sifat manusia
yang sering berfikiran negatif apabila ditimpa musibah kepada sesuatu yang positif dan
menenangkan. Selain itu, buku ini juga memberikan kita cara untuk sentiasa disayangi dan
disenangi oleh orang-orang disekeliling kita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR SABRINA ZULAIKHA BINTI ABD RAHMAN) ( )

Anda mungkin juga menyukai