Anda di halaman 1dari 4

Bendera Perak

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Lagu Perak
Rencana utama: Allah Lanjutkan Usia Sultan Dilanjutkan Allah usianya Sultan

Adil dan murah memerintah watan Dita'ati rakyat kiri dan kanan Iman yang solleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Lagu Rasmi Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mah yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah yang telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, telah memperkenalkan lagu yang diberi nama Trang Bulan sekembalinya semula baginda ke negeri Perak.

Raja Muda Raja Abdullah telah dikenakan tindakan buang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak. Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan. Baginda telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" yang disesuaikan dengan irama lagu Trang Bulan dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Lagu Negaraku.

Sejarah Negeri Perak Zaman Kesultanan Melayu

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi. Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di Perak barat laut. penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah. Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka. Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera. [sunting] Zaman Penaklukan British Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Alangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja. Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu

diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897. Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdulazziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan. Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

Anda mungkin juga menyukai