Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Geng Buku PTS adalah kumpulan yang menggerakkan program pembudayaan pembacaan dan
penulisan di sekolah-sekolah. Geng buku PTS ini dianggotai oleh pegawai-pegawai Kumpulan Syarikat
PTS yang berpengalaman luas dalam dunia penerbitan dan pembacaan di Malaysia.

Melihat kepada suasana pembacaan dan penulisan di sekolah yang kebanyakannya berteraskan
peperiksaan, Kumpulan syarikat PTS melihat yang perlunya program berbentuk kesedaran dan galakan
budaya pembacaan yang merentas kurikulum akademik semata-mata tetapi didasarkan kepada
dorongan minat membaca yang tinggi. Untuk itu, program seumpamanya dirangka untuk mendokong
hasrat ini.

Program kembara ke sekolah Geng Buku PTS ini membawa aktiviti-aktiviti menarik kepada pelajar-
pelajar sekolah antaranya:

1) Pameran dan jualan buku-buku berkualiti melalui book truck Geng Buku PTS
2) Aktiviti-aktiviti seperti:
a. Penulisan Cilik
b. Seni Kraf
c. Seni Reka Cipta
d. Jigsaw Puzzle
e. Pertandingan Mewarna

DI AKHIR PROGRAM INI, PELAJAR AKAN:


 Diberikan ilmu, maklumat dan kemahiran penting bersesuaian dengan tema aktiviti yang
dijalankan oleh pegawai-pegawai PTS.
 Diberikan peluang untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti melalui pameran yang dijalankan.
 Dapat merasa pengalaman membeli dan melihat buku melalui Book Truck yang dibawa masuk ke
sekolah.
 Dapat mengeluarkan daya imaginasi tersendiri dan pemikiran ke arah yang lebih kreatif serta
inovatif.
 Mempelajari dan memahami institusi dalam bidang penerbitan buku.
 Kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain.
PAKEJ AKTIVITI & PAMERAN
Program Kembara ke Sekolah Geng Buku PTS ini menawarkan beberapa pakej program dan pameran
yang boleh dipilih sendiri oleh pihak sekolah. Berikut adalah perinciannya:

PAKEJ AKTIVITI-AKTIVITI PAMERAN


PAKEJ A  Penulisan Cilik 2 hari pameran
(sekolah dengan  Seni Kraf dengan book truck
kapasiti pelajar  Seni Reka Cipta bermula jam 8.00
300 – 1000 orang)  Jigsaw Puzzle pagi hingga 4.30
 Pertandingan Mewarna petang

***Sekolah hanya boleh memilih 2 aktiviti sahaja

PAKEJ B  Penulisan Cilik 2 hari pameran


(sekolah dengan  Seni Kraf dengan book truck
kapasiti pelajar  Seni Reka Cipta bermula jam 8.00
lebih dari 1000  Jigsaw Puzzle pagi hingga 4.30
orang)  Pertandingan Mewarna petang

***Sekolah hanya boleh memilih 3 aktiviti sahaja.

Pakej ini adalah gabungan aktiviti dan pameran. Kami tidak akan menjalankan aktiviti ini sekiranya
pihak sekolah tidak memberikan ruang untuk pameran buku dijalankan.

Perincian setiap bngkel yang ditawarkan ini disediakan secara lengkap di bahagian akhir kertas
cadangan ini.

METODOLOGI LATIHAN BENGKEL


Secara amnya, konsep yang akan digunakan sepanjang perlaksanaan aktiviti ini adalah berbentuk aktif.
Antara pendekatan dan teknik yang digunakan adalah:

a) Pembentangan perunding
b) Aktiviti dan latihan secara beramai-ramai
c) Aktiviti individual khususnya dalam menghasilkan bahan penulisan
d) Dinamika kumpulan, perbincangan dan persembahan
e) Penilaian diri pra dan pasca latihan
f) Pelan tindakan, pemantauan dan penilaian

Soal-selidik sebelum bermula sesi latihan akan memastikan tahap kesediaan peserta (Trainee
Readiness), supaya impak program dapat dimaksimumkan.
Kami menerapkan dua prinsip asas dalam bengkel iaitu;
1) Belajar daripada pengalaman (experiental learning)
2) Belajar dengan hati gembira (learn with fun)

SASARAN PESERTA
Bengkel ini sesuai dijalankan kepada pelajar tahun 1 hingga 6 dalam format terbuka. Jumlah
maksimum pelajar yang sesuai terlibat adalah 100 - 200 orang.

PERALATAN
Bagi memastikan keberkesanan aktiviti ini, pihak sekolah dan pelajar diminta untuk menyediakan
peralatan seperti berikut:

1. Pihak Sekolah
a. Slide projector
b. Mic & speaker
c. Audio cable
d. Kertas A4, satu ream
2. Pelajar
a. Alatulis
b. Pensel warna
c. Buku nota kosong untuk aktiviti

IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada bayaran yang dikenakan kepada pihak sekolah. Program ini adalah timbal balas kepada kesudian
pihak sekolah bagi memberikan kebenaran kepada PTS untuk menjalankan aktiviti pameran di sekolah.

MANFAAT KEPADA PIHAK SEKOLAH


Bagi penglibatan pihak sekolah dalam program jelajah sekolah Geng Buku PTS ini, pihak sekolah akan
mendapat manfaat seperti berikut:
1. Penganjuran pemeran buku menggunakan book truck secara percuma
2. Penganjuran aktiviti seperti yang disenaraikan secara percuma
3. Buku sumbangan oleh PTS bernilai RM150.00
4. Kehadiran Maskot “Rimau, Cikmok, Froggy, Si Coklat & Bambam” yang akan dibawa
untuk beramah mesra dengan pelajar.***

***a) Maskot “Rimau, Cikmok, Froggy, Si Coklat & Bambam” ini perlu dipakai oleh pihak sekolah
***b) Sekolah tidak dibenarkan memilih maskot kerana setiap lori akan ada maskotnya sendiri
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
Sekiranya pihak sekolah berminat untuk menjalankan program jelajah sekolah Geng Buku PTS ini,
bolehlah menghubungi:
i. Puan Nahddatun Nisaak Othman (016-6611 754)
ii. Puan Nur Shabirah Yahya (016-2482 936)
iii. Tuan Bahruddin Bekri (016-6611 754)
iv. Cik Norfahmila Turmizi (016-6615 251)
v. Cik Nur Syafiqah Selaiman (013-2684 092)

SYOR
Pihak Geng Buku PTS menawarkan program ini kepada pihak pengurusan sekolah dengan pakej-pakej
yang ditawarkan untuk penilaian dan pertimbangan. Kami menunggu keputusan positif daripada pihak
pengurusan untuk cadangan kami ini.

PERINCIAN BENGKEL YANG DITAWARKAN


Berikut adalah perincian kandungan bengkel yang ditawarkan:

PENULISAN CILIK
Sasaran Peserta Pelajar berusia 10 – 12 tahun (Tahap 2)

Tarikh Tarikh bergantung kepada kesesuaian jadual sekolah

Nama Jurulatih 1. Puan Nisaak Othman (Pengurus Jualan)


2. Tuan Bahruddin Bekri (Penulis & Editor PTS)
3. Puan Shabirah Yahya (Eksekutif Jualan)
4. Norfahmila Turmizi (Eksekutif Jualan)
5. Nursyafiqah Selaiman (Eksekutif Jualan)
Seandainya salah seorang dari mereka tidak dapat hadir, pegawai PTS
yang lain akan menggantikan mereka.

Maksimum Peserta 100 - 150 orang


- Pelajar yang betul-betul berminat dalam penulisan sahaja

Jangka Masa Program 1 jam - 2 jam (Bergantung kepada kesesuaian waktu pihak sekolah)

Pengenalan Program Penulisan Cilik (Penulisan Asas Cerpen)


Peserta akan didedahkan dengan teknik penulisan yang lebih ringkas dan
padat. Berikut adalah perincian yang akan diberikan:
1. Mind setting seorang penulis
2. Kaedah membina cita-cita sebagai penulis
3. Syarat penting menjadi penulis
4. Menetapkan gol dalam penulisan
5. Contoh-contoh pelajar sekolah rendah yang menulis dan
menerbitkan buku
6. Teknik dan kemahiran penulisan

Faedah Program Program ini disasarkan dapat:


1. Memberikan motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu
2. Meningkatkan motivasi dalam mengasah idea penulisan
3. Memberikan kemahiran dan pengetahuan mengenai cara
penulisan buku

Keperluan Peralatan 1. Projektor


(Jika ada) 2. Sistem Bunyi (Speaker)
3. Alat tulis (setiap pelajar)
4. Buku Nota (setiap pelajar)
5. Tempat yang sesuai

SENI KRAF
Sasaran Peserta Pelajar berusia 8 - 9 tahun (Tahap 1)
Pelajar berusia 10 - 12 tahun (Tahap 2)

Tarikh Tarikh bergantung kepada kesesuaian jadual sekolah

Nama Jurulatih 1. Puan Nisaak Othman (Pengurus Jualan)


2. Tuan Bahruddin Bekri (Penulis & Editor PTS)
3. Puan Shabirah Yahya (Eksekutif Jualan)
4. Norfahmila Turmizi (Eksekutif Jualan)
5. Nursyafiqah Selaiman (Eksekutif Jualan)
Seandainya salah seorang dari mereka tidak dapat hadir, pegawai PTS
yang lain akan menggantikan mereka.

Maksimum Peserta 100 - 150 orang

Jangka Masa Program 1 Jam (Bergantung kepada kesesuaian waktu pihak sekolah)

Pengenalan Program Aktiviti Origami.


Peserta akan diberikan pendedahan mengenai maksud, kepentingan dan
teori dalam menghasilkan reka bentuk menggunakan kertas:
1. Jenis dan bentuk – meningkatkan kemampuan berfikir
2. Teori dan teknik mudah menghasilkan origami
3. Kreativiti dan prestasi berfikir
4. Hobi baru bagi mengisi masa lapang

Faedah Program Program ini disasarkan dapat:


1. Memberikan ilmu dan kemahiran mereka bentuk kertas.
2. Membentuk perkembangan pelajar dengan lebih kreatif dan
meningkatkan daya ingatan
3. Meningkatkan kreativiti dan prestasi berfikir pelajar

Keperluan Peralatan 1. Kertas A4, 2 helai setiap seorang. (pihak sekolah)


(Jika ada) 2. Sistem Bunyi (Speaker)
3. Alat tulis dan peralatan mewarna (setiap pelajar)
4. Tempat yang sesuai

SENI REKA CIPTA


Sasaran Peserta Pelajar berusia 10 – 12 tahun (tahap 2)

Tarikh Tarikh bergantung kepada kesesuaian jadual sekolah

Nama Jurulatih 1. Puan Nisaak Othman (Pengurus Jualan)


2. Tuan Bahruddin Bekri (Penulis & Editor PTS)
3. Puan Shabirah Yahya (Eksekutif Jualan)
4. Norfahmila Turmizi (Eksekutif Jualan)
5. Nursyafiqah Selaiman (Eksekutif Jualan)
Seandainya salah seorang dari mereka tidak dapat hadir, pegawai PTS
yang lain akan menggantikan mereka.

Maksimum Peserta 100 orang

Jangka Masa Program 1 Jam (Bergantung kepada kesesuaian waktu pihak sekolah)

Pengenalan Program Mencipta Replika Lori Mini Truck


1. Mewarna dan menghias replika mengikut cita rasa tersendiri.
2. Mencipta slogan yang berkaitan dengan membaca pada replika
lori.

Faedah Program Program ini disasarkan dapat:


1. Melahirkan idea dalam membina slogan.
2. Kreativiti dan prestasi berfikir.

Keperluan Peralatan 1. Sistem Bunyi (Speaker)


(Jika ada) 2. Alat tulis (setiap pelajar)
3. Pensel Warna
4. Gam
5. Gunting
6. Tempat yang sesuai

JIGSAW PUZZLE
Sasaran Peserta Pelajar berusia 7 – 9 tahun (Tahap 1)
Pelajar berusia 10 – 12 tahun (Tahap 2)

Tarikh Tarikh bergantung kepada kesesuaian jadual sekolah

Nama Jurulatih 1. Puan Nisaak Othman (Pengurus Jualan)


2. Tuan Bahruddin Bekri (Penulis & Editor PTS)
3. Puan Shabirah Yahya (Eksekutif Jualan)
4. Norfahmila Turmizi (Eksekutif Jualan)
5. Nursyafiqah Selaiman (Eksekutif Jualan)
Seandainya salah seorang dari mereka tidak dapat hadir, pegawai PTS
yang lain akan menggantikan mereka.

Maksimum Peserta 100 - 150 orang

Jangka Masa Program 1 jam (Bergantung kepada kesesuaian waktu pihak sekolah)

Pengenalan Program Peserta akan dipecahkan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan
diagihkan kepada 10 – 15 orang.

Faedah Program Program ini disasarkan dapat:


1. Membentuk minda yang tajam.
2. Mencabar ketangkasan dan logik fikiran.
3. Saling berinteraksi dengan sihat dan memupuk nilai bekerjasama
dalam menyelesaikan tugasan.
4. Melatih supaya bersabar.
5. Mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah.
6. Meningkatkan daya fokus.
Keperluan Peralatan 1. Sistem Bunyi (Speaker)
(Jika ada) 2. Tempat yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

PERTANDINGAN MEWARNA
Sasaran Peserta Pelajar berusia 6 - 9 tahun

Tarikh Tarikh bergantung kepada kesesuaian jadual sekolah

Nama Jurulatih 1. Puan Nisaak Othman (Pengurus Jualan)


2. Tuan Bahruddin Bekri (Penulis & Editor PTS)
3. Puan Shabirah Yahya (Eksekutif Jualan)
4. Norfahmila Turmizi (Eksekutif Jualan)
5. Nursyafiqah Selaiman (Eksekutif Jualan)

Seandainya salah seorang dari mereka tidak dapat hadir, pegawai PTS
yang lain akan menggantikan mereka.

Maksimum Peserta 200 orang (Jika mahu lebih peserta, mohon berbincang dengan mana-
mana jurulatih)

Jangka Masa Program 1 jam (Bergantung kepada kesesuaian waktu pihak sekolah)

Keperluan Peralatan 1. Sistem Bunyi (Speaker)


(Jika ada) 2. Tempat yang sesuai untuk aktiviti.

MASKOT-MASKOT GENG BUKU PTS


PENGLIBATAN GENG BUKU PTS

Anda mungkin juga menyukai