Anda di halaman 1dari 2

AS-SYIFA' : DOA HALAU TIKUS BANYAK

Masalah binatang yang bernama tikus yang kadangkala terlalu banyak menghuni di rumah kita menjadi satu masalah yang amat sukar dihadapi. Selain daripada bau najisnya serta memusnahkan barangan terutamanya makanan sungguh menyesakkan hati dan perasaan surirumah. Terdapat pelbagai petua orang tua seperti menyuruh kita meletakkan daun durian belanda di tempat laluan tikus, menutup lubang kemasukan tikus, memasang perangkap dan yang lainnya adalah merupakan usaha untuk menyekat aktiviti si tikus. Namun begitu kita juga boleh menambah satu lagi ikhtiar untuk menghalau si tikus ini berdasarkan ilmu yang diturunkan oleh Tuan Guru. Semoga ikhtiar dan usaha ini boleh menjadi panduan kepada semua.

KAEDAH RAWATAN
1. Sediakan 4 keping atap genting (jika ada lebihan atap genting yang lama-lama) 2. Tuliskan dengan paku di atas 4 atap genting tersebut ayat 78 Surah Al-Maidah. (Jika paparan tidak jelas, sila rujuk kitab AlQuran anda)

3. Hendaklah menulis menggunakan paku supaya terdapat sedikit kesan tulisan 4. Letakkan di atas 4 penjuru rumah anda. 5. Rujuklah kepada yang tahu. Semoga ikhtiar ini dapat membantu menghalau tikus yang berada dalam rumah kita. Amalan ini bukan untuk diperdebatkan bidaah atau sebagainya,jika nak ikhtiar dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai