Anda di halaman 1dari 1

Ikan emas

IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium
untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.
IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium
untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.

Bagaimanapun terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop,
Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin yang sering menjadi pilihan pemilik akuarium.

Ikan emas mendapat permintaan baik daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering
mendapat perhatian ramai.

Ternakan ikan emas boleh dilakukan dengan memilih ikan induk (jantan) yang boleh dikenal pasti dengan melihat sifat luarannya
yang lebih kecil berbanding ikan betina yang berperut buncit serta berbadan pendek manakala sirip ikan jantan memiliki biji mutiara
kecil yang lebih jelas.

Pemeliharaan ikan jantan dan betina dapat menggalakkan pembiakan spesies itu dan kemungkinan itu boleh menjadi kenyataan
dengan mengikut beberapa syarat asas yang betul untuk menggalakkan proses pembiakan.

Sebagai permulaan, campuran metilena diperlukan untuk mencegah jangkitan kulat pada telur yang dihasilkan nanti dan
penggunaan pokok hiasan seperti kiambang (Eichornia crassipes) hendaklah dimasukkan ke dalam akuarium sebagai penggalak
pembiakan.

Perlu diingatkan, pemeliharaan ikan ini juga boleh dilakukan bagi tujuan pembiakan untuk menghasilkan lebih banyak ikan dan
mendapat pelbagai warna atau bentuk berlainan untuk mencantikkan lagi akuarium anda.

Sebelum dilepaskan, induk matang jantan dan betina perlu diasingkan sekurang-kurangnya dua minggu pada waktu malam atau
awal pagi bagi membantu menggalakkan proses pembiakan ikan dalam masa yang lebih singkat.

Telur ikan yang sudah keluar akan melekat pada akar kiambang dan ia akan menetas dalam tempoh 30 hingga 35 jam manakala
akar kiambang perlu dibuang selepas proses penetasan telur berlaku.

Makan hidup seperti rotifer dan miona perlu diberikan pada hari keempat penetasan bagi membantu ikan mendapat zat yang
diperlukan untuk terus hidup.
Bagaimanapun, anda disarankan untuk memisahkan ikan yang baru menetas dengan ikan dewasa bagi mengurangkan risiko ia
terhapus akibat serangan ikan yang lebih besar dan elakkan mencampurkan ikan spesies ini dengan ikan ganas seperti toman atau
flowehorn.

Jika anda memiliki pengalaman ataupun tips yang ingin dikongsi bersama, emailkan kepada joran@nstp.com.my.
Emel Artikel Cetak Artikel

Oleh Helmi Hamzah
joran@nstp.com.my
http://www1.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20081014150111/
Article/index_html

Anda mungkin juga menyukai