Anda di halaman 1dari 29

1 ) TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Masa/ Atur cara Teks

Pembaca

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


Hariff Ketibaan tetamu

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran

tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari

Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah

SK Kota Setia bagi tahun 2013.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin

sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya

mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

8.30 am

Syuhada

Ketibaan Perasmi
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat,

Isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga ahli BAKTI

dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif

jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

8.35 am

Syuhada

Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para

hadirin diminta berdiri.

...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

8.45 am

Hariff
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia,

salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Kuntum melati tumbuh melata

Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,

Bunga cengkih di atas jerami;

Terima kasih banyak-banyak,

Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,

Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI

Yang Berusaha En Abdul Karim b. Munok

Guru Besar SK Kota Setia

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari

Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas

Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki

Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan,

Guru-Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah

sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Kota Setia tahun

2013.

Saya Harif Fadzilah b. Othman


Dan saya Norsyuhada bt. Humari

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah

dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk

meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin

sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang

Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat kerana sudi meluangkan masa

menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu

bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan

pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama

kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil

Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Syuhada

Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil

Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,

Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 membuat

persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat persebahan

sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Ida rohayu bt.

Husin dan Cik Norsalmi bt. Shaari.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd

Nor, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari

b. Hj Mohd Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah

Kebangsaan Kota Setia atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b. Munok, Guru

Besar SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul

Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ahli BAKTI
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah

Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi 2013 SK Kota Setia. Majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Datin, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan

kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal

insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah ‘Bulat air

kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Hadirin yang dihormati,

Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Datin

Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, majlis menjemput Tuan Guru Besar En. Abdul

Karim b. Munok, diiringi Cik Noorsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat untuk

naik ke pentas bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan

persembahan daripada murid-murid Tahap 1. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Hariff

Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah

Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat persembahan

sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norsyuhada bt. Humari

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.

Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan

kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.

Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar

ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,

Tempat burung selalu bertemu;


Sekali hidup biarlah bererti,

Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul

Samatdengan diiringi oleh Cik Noorsalmi bt. Shaari untuk menyampaikan sijil

graduasi kepada murid-murid Prasekolah.

Dipersilakan.

………………. (Penyampaian hadiah)

1. Sijil tamat Prasekolah 2013

Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan penyampaian

sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang

Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertu PIBG SK Kota Setia

dengan diiringi oleh En. Kamarulnizam b. Marzuki, PK Kokurikulum.

Dipersilakan.

1. Anugerah Tunjang terbaik

2. Anugerah Kehadiran tertinggi

3. Anugerah Penabung terbanyak

4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah


Syuhada

Penyampaian hadiah akademik

Terima kasih En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah menyempurnakan

penyampaian hadiah untuk murid-murid prasekolah.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada murid-murid.

Untuk itu majlis menjemput …………………………………………………….. diiringi oleh

…………………………………………………………………… ke atas pentas untuk menyempurnakan acara.

Dipersilakan.

……………………… (Penyampaian hadiah)

1. Hadiah akademik terbaik

2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi

3. Hadiah matapelajaran terbaik

Hariff

Persembahan prasekolah

Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan

hadiah.
Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi menikmati

satu persembahan iaitu Persembahan murid-murid Prasekolah. Dipersilakan.

………………………………….. (Persembahan)

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan

sebentar tadi. Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti

Hajar bt. Timar, dibantu oleh ibu Zaleha dan ibu Rumiyati.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian

sijil kepada murid-murid.

Untuk itu dijemput ........................................................................ untuk menyampaikan

sijil kepada murid-murid yang banyak membantu pihak sekolah. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)

1. Sijil Pengawas sekolah

2. Sijil Pengawas Pusat Sumber

3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas

4. Sijil Pengawas kedai buku

5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013

Syuhada

Anugerah Khas
Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan

hadiah.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian

Anugerah Khas.

Dijemput .............................................................................. untuk menyampaikan Anugerah

tersebut. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)

1. Tokoh Akademik

2. Tokoh Kokurikulum

3. Anugerah Sahsiah Terpuji

4. Tokoh Nilam

Terima Kasih ............................................................. kerana sudi menyampaikan Anugerah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu persembahan khas yang

akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Dipersilakan....

…………………………………. (Persembahan)

Hariff

Penutup

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan

sebentar tadi. Persembahan tersebut mungkin merupakan persembahan terakhir


mereka di sekolah ini kerana mulai tahun hadapan mereka akan melangkah ke

sekolah menengah. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norafilah bt. Yahya.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia

pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan

kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa;

Ajaran guru hendaklah dicari,

Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada

terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.

Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu

adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....

assalammualaikum

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN

AKADEMIK & KONVOKESYEN PRASEKOLAH SK BINDU 2016.

Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG SK BINDU ______________________________.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput
duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T


Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan
Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.Perlis
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S).
Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Guru-guru SKPBS, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010.


Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar,


akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan
anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan
Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi
meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak
urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih
juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada
anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul
Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Hakimi
B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B.
Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang
Besar (S) atas ucapan tersebut.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar
(S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan
tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan JPN )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-
Rama”. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid
yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat
untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar
terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim.
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;
Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang,
sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik
dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Tempat pertama: Hanis Idayu binti. Hashar


Tempat kedua : Nur Anis Shahida binti Harizan
Tempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi

Kelas 1 ARIF
Tempat pertama: Intan Syazwani binti. Nordin
Tempat kedua : Amisha binti. Japperi
Tempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan

Kelas 1 BESTARI
Tempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.Rosly
Tempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. Aznan
Tempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan

Kelas 2 ARIF
Tempat pertama: Aisyah Humaira binti. Syahar
Tempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.Arif
Tempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi

Kelas 2 BESTARI
Tempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. Aziz
Tempat kedua : Muhd. Aqil b. Herwandi
Tempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman
Kelas 3 ARIF
Tempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. Tarmizi
Tempat kedua : Fathin Nadia binti. Jamil
Tempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid

Kelas 3 BESTARI
Tempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. Jafri
Tempat kedua : Ana Natsha binti. Amir Hamzah
Tempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:
Murid Tahun 1:
NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)
Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama Islam)
Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)
Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)
Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)
Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)
Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)
Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)
Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab)
Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)
Suraya Mohd Fazli (PJK)

Tahun 2
Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)
Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)
Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.
Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)
Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)
Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)
Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)
Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)

Tahun 3
Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)
Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)
Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)
Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)
NurAqilah binti. Azman (PJK)
Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai
penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hassan B Hashim
kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali
ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji Hassan B Hashim
diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu
selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk
semula pada ...................................................

**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang
bertajuk “Damai Yang Hilang” Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah
bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam
dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah
KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga
dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah
seterusnya.
Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk
menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu “Mini Konvokesyen”. Untuk
menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.
Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal
persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6
di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan
dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,


Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif
untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang
pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi
tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis
menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan
majlis.
(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5
Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Kelas 4 Arif
Tempat pertama: Intan Suraya bt. Johari
Tempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. Rodzi
Tempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol

Kelas 4 Bestari
Tempat pertama: Hanesya Hezanea bt. Hafifi
Tempat kedua : Muhd. Faizal B. Abdullah
Tempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi

Kelas 5 Arif
Tempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri
Tempat kedua : Nursyazwani bt. Shahidan
Tempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi

Kelas 5 Bestari
Tempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
Tempat kedua : Nur Hidayah bt. Yusnizal
Tempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:
Tahun 4:

Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)


Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)
Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)
Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)
Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)
Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)
Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)
Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)
Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :
Tahun 5:

NurSyazwani bt. Shahidan


( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)

Nurul Nasuha bt. Nazri


(B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)

Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)


Nur Shahirah bt. Halim (PJK)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin
Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para
pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas
dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis
menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu
bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis
diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua)


Tahun 6.
Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Kelas 6 Arif
Tempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis
Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
Tempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri
Kelas 6 Bestari
Tempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri
Tempat kedua : Nurul Shafika bt. Norhan
Tempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:


Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)
Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)
Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)
Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)
NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)
Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)

Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:

Nur Farhana bt. Rahimi


Junaidah Juliza Farahana bt. Jantan
Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
Ain Nur Iman bt. Shurizan
Nur Affika bt. Zabree
Nur Awatif bt. Azizan
Siti Haida Amira bt. Mazri
Nur Aiyani bt. Sidik
Nur Zetty Farhanim bt. Zambri
Nur Shahira Sharif
Nur Hidayah bt. Nordin
Hanif b. Abd. Wahab
Izman Arif b. Azizan
Rafiziamirun b. Sazali
Muhd. Farif Aiman b.Yusof
Mohd Saiful Nizam B. Rosli.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah
dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan
dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji Mohd
Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil
penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk “Keluarga
Bahagia”. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis
mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian,


Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus
teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih
berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa
akan datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah,
mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah
khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar
hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi
acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).


Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas – Muhd. Alif Ajwad b. azis


Pen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan – Hanif b. abd. Wahab


Pen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 – Farah Adibah bt. Mohd. Tarmizi


Tahap 2 – Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis


Hadirin sekalian,
Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya
mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan
nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek.
Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas.
Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang
sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi
di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak
takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri
manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi
bagi peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang
konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.


Prasekolah – Hanis Idayu bt. Hashar
2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi
2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz
4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan
- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi
5 Arif - Hazwani bt. Halim
- Nur Husnina bt. Hassan
5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof
- Nur Awatif bt. Azizan
- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
- Nor Shafira bt. Idris
6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani
- Farah Nur Fakhira bt. Rozali

Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung
Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik, taat
kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya
beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.

Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah
kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz
agama,…………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang
wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau telah
berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga
menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai
tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis.
Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk
menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang
lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan
hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati
untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010.
Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan
penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi
dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan
kecemerlangan SKPBS.

*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis
untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai