Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara majlis sambutan hari raya ppki 2015

Masa
9.45

Perkara
Ketibaan
pengetua +
pengerusi bakeb

9.50

Ucapan aluan
pengerusi majlis

Teks
Mengumumkan Ketibaan bersama Pn Hjh Siti Liah Binti
Che Muda, Pengetua Smk Seri Tasik dan En Yaakob Bin
Jantan, Pengerusi Bakeb 2015,2016. Para Hadirin diminta
berdiri.
Para hadirin di persilakan duduk.
SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

YANG BERUSAHA
PUAN HAJAH SITI LIAH BT CHE MUDA
PENGETUA SMK SERI TASIK
YANG DIHORMATI

En Yaakob Bin Jantan


PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN PPKI (BAKEB)

YANG DIHORMATI
ENCIK ROSLI BIN OMAR
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BARISAN GURU .PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
PARA IBU BAPA..
Serta anak-anak pelajar yang dikasihi SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SELAMAT SEJAHTERA salam
lebaran DAN SALAM SATU MALAYSIA.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Para hadirin,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya, maka kita masih diberikan kesempatan untuk
menghirup udara Syawal setelah sebulan kita berpuasa.
Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di bilik
hujrah tasik 2 yang ceria ini untuk meraikan majlis
Sambutan hari raya Aidilfitri PPKI pada tahun ini.
9.55

Ucapan aluan
pengerusi bakeb

Bukan keris tanpa hulunya,


Bukan majlis tanpa ucapannya.
Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya
menjemput En Yaakop Bin Jantan selaku pengerusi Bakeb
untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan...
Terima kasih diucapkan kepada En. Yaakob ..

10.00

Ucapan pengetua
Menjemput PUAN untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada PUAN ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang
BERUSAHA PUAN HAJAH SITI LIAH BT CHE MUDA
PENGETUA SMK SERI TASIK bagi menyampaikan ucapan dan
seterusnya menyempurnakan dan merasmikan majlis sambutan
hari raya aidilfitri ppki pada tahun ini..
Dengan segala hormatnya, dipersilakan...

Dengan Bismillah kita mulai tadi,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan


pengetua di atas ucapan dan penyempurnaan perasmian itu
tadi.

10.15

Penyampaian
duit raya

Datang ke sekolah seawal pagi


Berbaju raya berseri seri
Anak-anak sudah menanti
Bila duit raya hendak diberi
Dan sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan
pelajar..iaitu slot penyampaian duit raya. Dengan itu majlis
mempersilakan Pn Hjh Siti Liah Binti Che Muda diiringi En
Rosli Bin Omar untuk upacara penyampaian duit raya
kepada para pelajar..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan


pengetua dan encik rosli di atas penyampaian duit raya
sebentar tadi.
10.45

Jamuan bermula

Dengan sempurnanya penyampaian duit raya itu tadi maka


majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili
ahli jawatan kuasa majlis sambutan hari raya aidilfitri ppki
2015 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis pada hari ini. Yang baik itu
datangnya dari Allah dan yang kurang itu kami ingin
menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Semoga kita
berjumpa lagi dalam majlis sambutan hari raya pada tahun
hadapan.
Para hadirin dipersilakan untuk menikmati juadah hari raya
yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai