Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS JASAMU DIKENANG.

Tarikh : 24 mei 2017


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Rajawali SK Pulau Serai

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan NIDA
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn.hj Jamal bin


Salleh dan isteri Pn. Roslina bt.Musa dengan diiringi dif-dif
jemputan masuk ke dalam dewan.Hadirin dipersilakan
mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Jasamu Dikenang
sempena persaraan Tn.Hj Jamal bin Salleh GB SK Pulau
Serai.

Semua hadirin dijemput duduk.

Ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam


Alu-aluan sejahtera. ZUE

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati En.Wan Zoulkifli b.Wan Gati, Penyelaras


DUN Rantau Abang

Yang Dihormati En.Abd.Mubin bin Ismail


Timbalan Pegawai Pedidikan Daerah Dungun,

Yang Diraikan
Tn.Hj Jamal bin Salleh
Guru Besar SK Pulau Serai

Yang Berusaha En.Saidi Bin Abdullah


Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Serai

1
Yang Berusaha En.Che Mohd Zaibidi b.Che Ngah
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Mohd Aripen B.Muda


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha En. Baharuddin B.Ismail


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang Dihormati En. Mohd Rafiz b.Abd.Rahim


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Pulau
Serai

Yang Dihormati En.Zubir bin Harun


YDP Majlis Guru Besar, Daerah Dungun

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Dungun

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Yang
Diraikan Tn.Hj Jamal bin Salleh, Guru Besar SK Pulau
Serai.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan Tn.Hj Jamal bin Salleh dalam Majlis Jasamu
Dikenang

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tn.Hj Jamal
bin Salleh sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang akan berakhir sebagai Guru Besar di SK
Pulau Serai pada hari yang bersejarah ini.

Bacaan Doa NIDA


Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

2
Hadirin yang dimuliakan, NIDA

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Mohd Sukri b.Abd Wahab. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima NIDA
kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd.Sukri b.Abd Wahab atas
bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian NIDA


Ucapan Ketua
Murid Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Hannah Aqilah bt.Mat Razali, Ketua


Murid Perempuan SK Pulau Serai bagi mewakili murid-murid
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Hannah Aqilah bt.Mat


Razalinatas ucapan sebentar tadi.

Ucapan PKHEM Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha NIDA
En.Che Mohd Zaibidi b.Che Ngah, Guru Penolong Kanan
HEM, SK Pulau Serai. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En.Che Mohd


Zaibidi b.Che Ngah, Guru Penolong Kanan HEM atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan YDP Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


PPD & En.Wan Dihormati En. Mohd Rafiz b. Abd.Rahim, selaku Yang ZUE
Zul Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Pulau Serai
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Rafiz b. Abd


Rahim atas ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati En.Abd Mubin b.Ismail Timbalan Pegawai
Pedidikan Daerah Dungun untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

3
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.Abd ZUE
Mubin b.Ismail atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.

****Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan En.Wan Zoulkifli b.Wan Gati, Penyelaras
DUN Rantau Abang untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.Wan


Zoulkifli b.Wan Gati atas ucapan yang telah disampaikan itu
tadi.

Ucapan yang Emas tempawan buatmu puteri,


dirai GB Bersama indah buat rupawan, ZUE
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Tn.Hj Jamal bin Salleh.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Tn.Hj Jamal bin Salleh atas ucapan itu tadi.

Persembahan Hadirin dan hadirat sekalian, ZUE


Multimedia
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Aturcara majlis yang bersejarah pada hari ini diteruskan


lagi dengan persembahan multimedia.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai Tn.Hj Jamal


bin Salleh dan isteri Pn. Roslina bt.Musa untuk bersama-
sama hadirin dihadapan pentas . Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia

4
Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn.Hj Jamal
bin Salleh.Terima kasih kepada AJK Multimedia yang
menjayakan persembahan itu tadi.

Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat


kita semua.

Persmebahan Dari Kedah ke Kuala Perlis


murid Singgah bersantai di tepi jeti NIDA
Persembahan tarian memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur dihati

Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan daripada murid-
murid Tahap 1 yang merupakan sebuah tarian Bollywood.
Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga hadirin terhibur hendaknya dengan persembahan


sebentar tadi. Terima kasih diucapkan dan untuk makluman
hadirin sekalian kumpulan tarian itu tadi dibimbing oleh Pn.
Noorakmal bt Abd Rahman.

Potong pulut Hadirin yang dimuliakan,


kuning Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok merupakan NIDA
hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Sebentar lagi, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
Allah Selamatkan Kamu untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru


Besar bersama isteri diiringi dif2 jemputan tampil
ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai
simbolik menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Ayuh sama-sama kita nyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu
buat Tn.Hj Jamal.
Nyanyian

Terima kasih diucapkan kepada Tn.Hj Jamal bin Salleh yang


sudi menyempurnakan majlis memotong pulut kuning
sebentar tadi. Terima kasih kepada semua hadirin.

Mohon Yang Berbahagia Tuan Guru Besar berada di atas


pentas bagi meneruskan acara.

5
Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ZUE
Hadiah &
cenderamata Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamatnya

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan upacara


penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini .

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan En.Saidi b.Abdullah, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Pulau Serai mengiringi Yang
Diraikan Tn.Hj Jamal b.Salleh untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Penyampaian cenderamata dimulai dengan penyampaian ZUE


daripada:

En.Abd.Mubin b.Ismail ,Timbalan Pegawai Penddkn Daerah


Dungun mewakili PPD Dungun.
Seterusnya _________

1. PIBG En.Mohd Rafiz b.Abd Rahim (YDP)


2. Kelab Keluarga Ustaz Ahmad Rozali b.Wahab
3. Panitia Sains Pn Noraida bt.Ismail
4. Panitia Matematik Pn.Che Wan Noraini bt.C.Wan
Da
5. Unit Bimbingan dan Kaunseling En.Abd Salam b.
Yakob
6. Pengurusan dan Staf En.Saidi b.Abdullah (PKP)
7. PPKI Pn.Nohaslina bt Hashim & adik Nurin Sofiya
bt.mohd shahril
8. Unit UPSR Pn Roshamiza (penyelaras UPSR)
9. Tahap 1 Muhammad Hafiy b.Asmadi
10. Tahap 2 Muhammad Zakwan b.Mohd Shah &
Muhammad Fthi Aqil b.Mazlan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Tn.Hj Jamal b.Salleh atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En.Saidi
b.Abdullah mengiringi Yang Diraikan Tn.Hj Jamal b.Salleh
sebentar tadi.

Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
6
Mohon Tuan Guru Besar mengambil semula tempat diatas
pentas. Dipersilakan.

Penutup Umpama memanjat dah sampai ke puncak NIDA


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Untuk cikgu Jamal.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kini..kita telah pun tiba di hujung acara.


Penutup Hadirin sekalian, NIDA

Sebentar lagi, Tn.Hj Jamal b.Salleh bersama isteri serta


dif2 jemputan akan melaksanakan upacara perasmian surau
AL-ABRAR yang telah siap dibaikpulih pada penghujung
Disember 2016 yang lalu dan kini Alhamdulillah telah dapat
digunakan sepenuhnya.

Sebaik sahaja selesai majlis perasmian Surau Al-Abrar,


Tn.Hj Jamal akan melaksanakan gimik persaraan, khas
daripada warga SKPS,dan seterusnya menyempurnakan
punch card terakhir pada hari ini, setelah 36 tahun
menabur bakti dalam dunia pendidikan.

Setelah selesai upacara punch card tersebut,


Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan
Yang Diraikan Tn.Hj Jamal b.Salleh dan isteri serta semua
tetamu jemputan, hadirin dan hadirat untuk menjamu
selera di tempat yang disediakan.

Hadirin sekalian,
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Tn.Hj Jamal b.Salleh kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar cikgu bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.

7
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama- ZUE
sama memeriahkan Majlis Jasamu Dikenang ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai