Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS RANTAU ABANG


23050 DUNGUN TERENGGANU.
No. Tel : 09-8490068 No. Fax : 09-8490069
email : skkompleksdungun@yahoo.com
Ruj. Kami : SK.KOMPRA 100/08/05 Jld. V ( 1 )
Bertarikh : 21 Februari 2017

Yang Berusaha,
En. Mohd Asri bin Mohamad,
Ketua Pemuda UMNO Dungun,
23000 Dungun, Terengganu.

Tuan,

Memohon Sumbangan Membeli Peralatan Hoki Untuk Pasukan Hoki Sekolah

Salam sejahtera. Adalah dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Hoki SK Kompleks
Rantau Abang memerlukan sumbangan kelengkapan hoki untuk latihan dan kejohanan yang bakal
disertai oleh pasukan sekolah.

2. Ini adalah kerana peralatan yang sedia ada telah uzur dan sesetengah peralatan sudah tidak
dapat digunakan lagi. Pihak sekolah tidak mampu membeli peralatan tersebut kerana bilangan murid
sekolah ini tidak ramai dan peruntukan daripada pihak kerajaan adalah terhad.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberikan
sumbangan bagi memenuhi keperluan pasukan hoki sekolah ini.

4. Segala butiran mengenai peralatan yang diperlukan telah dilampirkan bersama dengan surat
ini.

5. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Kerjasama
dan perhatian dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MAT JENOM BIN ABDUL GHANI)


Yang Dipertua PIBG,
SK Kompleks Rantau Abang,
Dungun Terengganu.

s.k : Fail Sekolah


Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai