Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

E
SEKOLAH KEBANGSAAN MERITAM,
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIMBANG,
TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN MUHIBBAH,
98707 LIMBANG,
SARAWAK. E-MAIL: sk_meritam@yahoo.com

Ruj.Kami : SKMM.100-13/1/4
Tarikh : 14 OKTOBER 2022

Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan
Timbalan Premier Sarawak
Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (II)
Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan
Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar,
Tingkat 16, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium,
93050 Petra jaya, Kuching

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN DAN PEMBAIKAN KEMUDAHAN ASAS SEKOLAH

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Meritam memohon jasa baik Yang
Berhormat agar dapat memberikan sumbangan peralatan dan kemudahan asas yang telah daif di Sekolah Kebangsaan Meritam. Pihak PIBG
ingin memohon bantuan penyediaan kemudahan seperti kerusi dan meja murid di dalam kelas yang daif . Hal ini kerana, pihak PIBG telah
mendapati keadaan kerusi dan meja murid di dalam kelas yang telah uzur bahkan tidak mencukupi serta memerlukan penggantian dengan
kadar segera demi memastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak kami belajar di dalam kelas.
3. Di samping itu, pihak PIBG juga ingin memohon jasa baik YB agar dapat memberikan bantuan untuk menyumbangkan bangku
panjang dewan dan kerusi plastik dewan yang diperlukan agar anak-anak kami dapat makan di ruang terbuka semasa waktu rehat. Hal ini
kerana, untuk makluman YB, anak-anak kami terpaksa makan di dalam kelas semasa waktu rehat kerana bangku kerusi dewan yang uzur dan
tidak mencukupi bagi kegunaan anak-anak kami semasa waktu rehat.
4. Akhir sekali, pihak PIBG juga ingin memohon sumbangan YB untuk penyediaan peralatan PA Sistem sekolah yang hanya bergantung
kepada pembesar suara milik surau yang pada masa kini pun turut mengalami beberapa kerosakan kecil . Sesungguhnya, penyediaan PA
Sistem adalah penting bagi memastikan kelancaran program yang dianjurkan PIBG bersama pihak sekolah untuk manfaat anak-anak kami .
Oleh itu, saya mewakili semua ibu bapa di sekolah yang merupakan penduduk Kampung Meritam ini mengharapkan keprihatinan dan
perhatian khusus pihak Yang Berhormat berkaitan perkara ini untuk diteliti dengan sewajarnya. Sesungguhnya, penyediaan kemudahan
pendidikan ini adalah sangat penting demi keselesaan, keselamatan murid dan guru serta keceriaan sekolah sejajar untuk mendukung hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia di samping turut seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri sendiri yang sangat menitikberatkan aspek
kemudahan pendidikan yang terbaik sebagai salah satu pelaburan jangka panjang demi pembinaan modal insan kelas pertama anak-anak
Sarawak. Bersama surat ini, saya lampirkan salinan lampiran kertas kerja perbelanjaan bantuan yang dipohon, salinan akaun bank Maybank
PIBG SK Meritam dengan nombor 111029368198 dan beberapa keping gambar keadaan sekolah untuk rujukan pihak Yang Berhormat.
Sebarang makluman lanjut, pihak Yang Berhormat boleh menghubungi saya di talian, 013-810 3190 atau Mohammad Norhisham Bin Wahab ,
Setiausaha Agung PIBG di talian 013-526 2976.

Segala keprihatinan dan perhatian Yang Berhormat dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….................
(ZAILANI BIN JOHARI)
Yang Dipertua ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Meritam Limbang,
98700 Limbang
s.k AMM/ezm
- Fail PIBG

“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”

Anda mungkin juga menyukai