Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ruj. Kami : SMKSG(MASY)900-3/1( )


Tarikh : 3 Januari 2020

Yang Berbahagia
YB Muhammad Faiz Bin Fadzil
Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir
Lot 191, Mukim 5, Kampung Petani,
Kubang Semang,
14000 Bukit Mertajam

Yang Berhormat,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SAMA GAGAH


TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan


Merentas Desa peringkat sekolah mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh : 31 Januari 2020


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan SMK Sama Gagah

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati dan penuh takzimnya
menjemput Yang Berhormat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
program tersebut.

4. Kesudian dan jasa baik Yang Berhormat menerima jemputan ini amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

...............................................
(SHAMSUDIN BIN HUSSIEN)
Pengetua
SMK Sama Gagah
Permatang Pauh

Anda mungkin juga menyukai