Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kampong Banting


Jalan Sekolah,
45200 Sabak Bernam, Tel : 03-32162085
Selangor Darul Ehsan. Faks : 03-32162085
Web : www.bba6024.wordpress.com

Ruj.Kami : SKKB(BBA6024)700-2/1/5( )
Tarikh : 7 Februari 2023

Pengurus
Pasaraya TF Sungai Besar
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.

2. Sehubungan dengan itu, kami dari Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah
Kebangsaan Kampong Banting ingin mengadakan aktiviti Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan
di Pasaraya TF seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Februari 2023 (Khamis)


Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Bilangan Murid : 10 orang
Bilangan Guru : 3 orang
Aktiviti : Tugasan membeli barang keperluan dan penggunaan
wang ringgit

3. Berkaitan dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran pihak Tuan/Puan
menggunakan Pasaraya TF sebagai tempat aktiviti tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi
Puan Siti Sri Fairuz binti Shuhada (Penyelaras) di talian 017-2193270.

4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya

Terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
AZMON BIN AMAT KAMARI
Guru Besar
SK Kampong Banting

(Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami)

Sederap Mencipta Kecemerlangan

Anda mungkin juga menyukai