Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK Kota Baharu ( ABA 9003 )


31610 Gopeng
Perak Darul Ridzuan. E-mel : ABA9003@moe.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami :SKKB/700-10/5/3()


Tarikh:28 September 2022 :

Pengurus Besar,
Taman Buaya & Rekreasi Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN HARGA TIKET DAN TEMPAHAN TIKET

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa SK Kota Baharu ingin mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Taman
Buaya, Melaka

3. Berikut adalah maklumat yang kami sertakan:

Tarikh Lawatan :3 November 2022 (Khamis)


Masa Lawatan :2 petang
Bilangan Pelajar :33 Orang
Guru Pengiring : 7 Orang

4. Sehubungan dengan itu,pihak kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk memberikan potongan harga
tiket dan pertunjukkan bagi makan buaya kepada para pelajar dan guru seperti yang dinyatakan diatas.

5. Oleh itu,saya berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan.
Pihak kami amat berterima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan.Bersama ini
disertakan no telefon penyelaras program untuk rujukan pihak tuan (Pn Nor Fauziahtul Fazlin-
019-5544934)

Sekian, Terima Kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………......
(RAHMAH BINTI REDZWAN)
Guru Besar
SK Kota Baharu, Gopeng
‟SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

“MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA”

Anda mungkin juga menyukai