Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI BESAR

34520 BATU KURAU Kod Sekolah : ABA6030


PERAK DARUL RIDZUAN Tel/Faks : 05-8882711
Emel : ABA6030@moe.edu.my

Ruj. Kami :
Ketua Balai Tarikh : 25 OGOS 2022
Balai Polis Batu Kurau
34500 Batu Kurau
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK PROGRAM PERARAKAN


BASIKAL BERHIAS SK PANTAI BESAR 2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, SK Pantai Besar memerlukan bantuan kawalan lalu lintas bagi 2
hari merangkumi 1 sesi latihan dan hari kejohanan. Sesi latihan dan kejohanan tersebut akan
berlangsung seperti maklumat berikut:

2.2 Hari Pertama


Nama Program : PERARAKAN BASIKAL BERHIAS
Tarikh : 1 SEPTEMBER 2022 (Khamis )
Masa : 0730-1010
Tempat : SK Pantai Besar

3. Program ini melibatkan 114 orang peserta bermula dari Dataran Setia SK Pantai Besar dan
melalui Kampung Makmur Pantai Besar dan balik semula ke sekolah. Laluan yang melibatkan jalan
raya ini menjadikan kawalan lintas daripada Pihak PDRM sangat diperlukan.

4. Segala pertimbangan dan sumbangan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan di
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SAIFOBAHRI BIN MD SAAT


Guru Besar
SK Pantai Besar

Anda mungkin juga menyukai