Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JARUM


17050 PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 01165733511

Rujukan Kami: SKBJ.100-13/1/4(4)


Tarikh : 29 Ogos 2021.

Ke majlis,

Semua guru dan kakitangan SK. Bukit Jarum,


Semua Ahli Jawatankuasa PIBG SK. Bukit Jarum,
Semua ibu bapa / penjaga murid-murid SK Bukit Jarum.

Tuan/ puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK. BUKIT JARUM KALI KE- 17 , 2021

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menyertai mesyuarat
tersebut pada 11 Sept. 2021 ( Sabtu ), jam 2.30 petang secara atas talian. Pautan (link) akan diberikan
kemudian.

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


2.1 Perutusan YDP PIBG
2.2 Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019
2.3 Perkara-perkara Berbangkit
2.4 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan Yang Berakhir 31 Dis. 2019/ Dis. 2020
2.5 Membubarkan ahli jawatankuasa PIBG 2020/2021
2.6 Melantik Pengerusi mesyuarat- sementara
2.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2021/2022
2.8 Pembentangan dan penerimaan usul (jika ada)
2.9 Ucapan Penangguhan
2.10Hal-hal lain

3. Sekiranya tuan/puan ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincang dan dibahas dalam
mesyuarat tersebut, sila kemukakan kepada Setiausaha PIBG pada atau sebelum 5 September, 2021 melalui
aplikasi wshatapp di talian telefon 013-9337325.

4. Kerjasama dan penyertaan tuan/puan dalam mesyuarat tersebut amat dihargai dan dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD ZAINI BIN MOHAMED HUSAIN @ GHAZALI )


Setiausaha PIBG,
SK Bukit Jarum
17050 Pasir Mas,
Kelantan.

Sk : 1. Guru Besar
2. Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai