Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGKA


PETI SURAT 319
89058 KUDAT
____________________________________________________________________________________
Rujukan : SKNK/PIBG/2022(1)
Tarikh : 29 Jun 2022

MINIT MESYUARAT AGONG PIBG SK NANGKA, KUDAT SESI 2022/2023

Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)


Masa : 1.00 Petang
Tempat : Kelas Tahun 2, SK Nangka Kudat

Kehadiran: Orang (lampiran)

Agenda :

1. Ucapan YDP PIBG


2. Pernyataan Guru Besar
3. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu
4. Perkara Berbangkit
5. Laporan Setiausaha
6. Laporan Bendahari
7. Pembubaran AJK PIBG SK Nangka Kudat Sesi 2021/2022
8. Pembentukan AJK PIBG SK Nangka Kudat Sesi 2022/2023
9. Pemilihan Juru Audit
10. Hal-Hal Lain
11. Penangguhan

Pengacara Majlis : En. Jammir Ajir

Pengacara Majlis memulakan mesyuarat dengan ucapan selamat kepada


semua yang hadir. En Wothy Robin dilantik sebagai Setiausaha Tindakan : Makluman
Sementara.

1.0 UCAPAN YDP PIBG (Puan Suriah Hapat)

1.1 Mengucapkan selamat sejahtera kepada Guru Besar Sk Nangka, para Tindakan : Makluman
Penolong Kanan, guru-guru dan para ibu bapa/penjaga yang dapat
datang pada kali ini.
1.2 Mengucapkan terima kasih atas kerjasama sepanjang sesi 2021/2023 Tindakan : Makluman
walaupun dalam tempoh pandemik para ibu bapa tetap bersatu dalam
aktiviti PDPR demi kepentingan pendidikan anak-anak yang tidak dapat
datang ke sekolah.
1.3 Pengerusi juga menyebut mengenai sumbangan-sumbangan yang telah Tindakan : Makluman
dan akan diterima untuk tabung PIBG daripada wakil rakyat DUN,
Parlimen dan Kerajaan Negeri dan kesemuanya berjumlah RM1500, ini
akan digunakan untuk membantu aktiviti-aktiviti PIBG dan anak-anak
didik SK Nangka.
1.4 Sementara Penambahbaikan kawasan tempat letak kereta akan Tindakan : Makluman
dilaksanakan pada gotong-royong hari Jumaat ini (1/7/2022) oleh para
ibu bapa dari setiap kampong bermula jam 8.00 pagi.
1.5 Pembinaan pondok yang mewakili setiap kampung belum dapat Tindakan : Makluman
dilaksanakan namun akan menjadi keutamaan untuk pelaksanaannya
pada masa terdekat.
1.6 Pengerusi mengharapkan agar kerjasama padu dapat dikekalkan dan Tindakan : Makluman
sumbangan-sumbangan yang diterima menjadi pemangkin kepada
kelancaran pelaksanaan program-program oleh pihak sekolah sepanjang
sesi 2022 dan 2023 ini.

2.0 PERNYATAAN GURU BESAR ( Pn Serimah Hj Santil)

2.1 Mengucapkan selamat petang dan salam sejahtera serta terima kasih di Tindakan : Makluman
atas sokongan dan kehadiran Ketua Kampung, ibu bapa dan guru-guru
yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
2.2 Guru Besar memperingat agar walaupun dalam tempoh endemic sekolah Tindakan : Makluman
masih lagi mengamalkan SOP yang ditetapkan dan memohon agar
ibubapa/penjaga juga dapat mematuhi nya semasa berada di dalam
kawasan sekolah.
2.3 Mengucapkan tahniah kepada Setiausaha PIBG kerana dapat Tindakan : Makluman
mengadakan Mesyuarat PIBG kali ini, juga kepada Pengerusi Puan Suriah
Hapat kerana telah memimpin dengan jayanya PIBG SK Nangka
sepanjang sesi 2021/2022. Sijil kepada semua barisan AJK PIBG akan
diberi di akhir mesyuarat nanti.
2.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Puan Suriah Hapat kerana Tindakan : Makluman
sepanjang sesi 2021/2022 itu Berjaya mendapatkan dana sumbangan
yang telah dinyatakan dan mengharapkan sumbangan itu dapat
memberi kebaikan bersama terutama bagi kepentingan perkembangan
anak murid di SK nangka.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


3.1 Minit Mesyuarat Agong yang lalu telah dibentangkan oleh Setiausaha Tindakan: Pn Muni Jaafar
PIBG dan disahkan.

Pencadang : En Jeffrey Mojulou


Penyokong : En Jammir Ajir

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tidak ada hal-hal yang dibangkitkan dalam minit mesyuarat yang lalu

5.0 LAPORAN SETIAUSAHA


5.1 Pn Muni Jaafar sebagai Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan
laporan ringkas aktiviti PIBG sepanjang sesi lepas dan disahkan. Lampiran

Pencadang :En Abdul Salleh B. Arif


Penyokong : En Rafi Sairul

6.0 LAPORAN BENDAHARI

6.1 Pn Azilah Hussin sebagai Bendahari PIBG sesi 2021/2022 Lampiran


membentangkan laporan ringkas Kewangan PIBG sepanjang sesi lepas
dan disahkan
Pencadang : En Patrick Marasun
Penyokong : Pn Junidey Odadin
7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SK NANGKA KUDAT SESI 2021/2022
7.1 YDP PIBG 2020/2021 mewakili semua AJK mengucapkan terima kasih
atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh semua ahli. Beliau
juga turut memohon maaf atas sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan sepanjang sesi tersebut.

7.2 Dengan kehadiran AJK yang mencukupi petang itu, YDP seterusnya YDP :
membubarkan PIBG sesi 2021/2022 dengan rasminya. Pn. Suriah Hapat

8.0 PEMBENTUKAN AJK PIBG SK NANGKA KUDAT SESI 2022/2023

8.1 Pengerusi : Pn Serimah Hj Santil


SU Sementara : En. Wothy Robin

8.2 Syarat-Syarat sebagai AJK Tertinggi PIBG Tindakan:


1. Warganegara Malaysia SU Sementara
2. Mempunyai MyKad
3. Mempunyai anak yang bersekolah di SK Nangka Kudat
4. Orang ang aktif, boleh membantu membangunkan sekolah
dalam semua aspek.
8.3 En Asgal mencadangkan agar AJK PIBG yang lalu diteruskan sahaja
kecuali AJK yang sudah tidak ada anak yang bersekolah di SK nangka dan
yang tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Pencadang : En Mohd Rafi Gulam


Penyokong : Pn Julia Matjungkil

8.4 Oleh sebab AJK PIBG yang lalu, diterima untuk dikekalkan maka hanya
jawatan Naib YDP[kerana tiada anak bersekolah di SK Nangka pada tahun
semasa], Setiausaha [Status sebagai Guru Pra Sekolah] yang akan diisi.

8.4.1 Jawatan Naib Yang Dipertua PIBG 2022/2023


En Mohd. Rafi Gulam (Kg. Milau)
Pencadang : Puan Suria Hapat Penyokong: Puan mahani Masisadal
8.4.2 Jawatan Setiausaha PIBG 2022/2023
En Wothy Bin Robin
Pencadang: En Mohd. Rafi Gulam Penyokong: Puan Suzie

8.5 Berikut ialah AJK PIBG yang telah dilantik bagi sesi tahun 2022 – 2023

Yang di-Pertua PIBG : Puan Suriah Hapat


Timbalan : En Mohd Rafi Gulam
Setiausaha : En Wothy bin Robin
Bendahari : Puan Azilah Husin

8.6 AJK PIBG


8.6.1 9 orang AJK dilantik mewakili 6 kawasan iaitu SKNK, Kg Milau, Kg
Malamam, Kg Kusilad, Kg Dumpiring dan Kg Birau.
Pencadang : En
Penyokong : Pn
AJK:
1. Pn Karti Binti Darmun ( Kg Milau)
2. En Asgal Bin Mohd Noor (Kg Milau)
3. Pn Roslen Matjunkil (Kg Malamam)
4. En Edward Magumpis (Kg Kusilad)
5. Pn Rajinah Opin (Kg Kusilad)
6. En Samuel Asangku (Kg Kusilad)
7. En Sofrezer Mohigil (Kg Birau )
8. En Jeffery Mojulou (Sk Nangka)
9. En Patrick Marasun ((Sk Nangka)

9.0 Pemilihan Juru Audit


9.1 Penamaan calon bagi jawatan Juru Audit PIBG dibuat dengan 2 orang
calon iaitu Pn Tracy Leslie Duis dan En Jimol Sumbing.

Pencadang : En Edward Magumpis


Penyokong : En Jeffery Mojulou

10.0 HAL-HAL LAIN

10.1 Sumbangan RM10 Setiap Keluarga Setahun


YDP : Apakah perlu diteruskan?
Respons (GB): - Diteruskan dan surat mengenainya akan diedarkan
kepada setiap keluarga sebagai makluman.

10.2 Isu Jadual Waktu, Pelaksanaan TASMIK, Buku Teks, UPSR, PBD & BMI
GB : telah dikuatkuasakan pada 16 April 2022 Yang Lalu
Respons (PK1) : Terdapat pengurangan bilangan Subjek di dalam jadual
dan ada subjek yang sama berulang selepas rehat dan hari seterusnya.
Waktu REHAT diperpanjang ke 30 minit berbanding 20 minit sebelum ini.
Masa kepulangan adalah pada jam 1 petang
10.2.1 Mata pelajaran Pendidikan Jasmani diajar selama 30 minit sehari dan dua
10.2.2 kali dalam seminggu.
10.2.3 RASIONAL perubahan jadual ini berlaku disebabkan oleh telah
lengkapnya [Semakan 2017] pada tahun ini oleh KPM dan membantu
menyelesaikan isu beg berat
10.2.4 Pelaksanaan Tasmik untuk pelajar Muslim selama 30 minit selepas hari Makluman
persekolahan. Murid-murid Muslim digalakan untuk menyertai bagi
menambah ilmu keagamaan .
10.2.5 Buku teks dibalut dan dilabel dengan nama murid yang jelas. Buku boleh
ditinggalkan di dalam laci meja murid dan kelas dikunci tetapi tidak
mewajibkan murid meninggalkan buku tersebut jika ada bantahan
daripada para ibu bapa/penjaga.
10.2.6 Ibu bapa digalakkan membeli buku latihan nipis 80 muka surat.
10.2.7 UPSR telah dimansuhkan. PBD diperkasakan sebagai instrument yang
digunakan untuk melihat kemajuan akademik murid.
10.2.8 Ujian BMI diperkenalkan dan dilaksanakan dua kali dalam setahun.

10.3 GB : sebarang perasaan tidak puas hati ibu bapa mengenai pengurusan
sekolah terhadap sebarang perkara hendaklah disalurkan terus kepada
pihak pengurusan sekolah. Elakkan dari memviralkan sesuatu isu yang
belum pasti kebenarannya.

10.4 En Asgal : Terdapat pokok kelapa yang boleh mengancam keselamatan Makluman
murid di dekat hujung jambatan Kampung
Respon (GB) : PIBG akan memotong kayu tersebut pada gotong –royong
yang akan diadakan pada Jumaat ini.
10.5 GB: mencadangkan agar Pondok RMTS yang semakin uzur diperbaiki
dengan menggunakan sedikit dana PIBG sekiranya tidak ada bantuan
daripada mana-mana pihak.

11.0 PENANGGUHAN
11.1 YDP PIBG menangguhkan mesyuarat tersebut pada 3.30 petang.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

_______________ ______________
( WOTHY ROBIN ) ( SURIAH HAPAT )
Setiausaha PIBG Pengerusi PIBG
SK Nangka Kudat SK Nangka Kudat

Anda mungkin juga menyukai