Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK ST. THOMAS 2023


________________________________________________________________________

Tarikh: 28 Februari 2023


Hari: Sabtu
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: “Google Meet” di lokasi masing-masing

Yang Hadir:
1. Cg. Lily Anak Dripin - Pemangku Penasihat
2. En. Maruni Anak Langga - Yang diPertua PIBG
3. Cg. Kamri Bin Hip - Naib Yang diPertua PIBG
4. Cg. Jeshlin Anak Nyahen - Setiausaha
5. Cg. Churchill Joseph - Penolong Setiausaha
6. Cg. Jong Muk Foo - Penolong Bendahari
7. Cg. Suratin Bin Jumiran - Ahli
8. Cg. Joseph Canddy - Ahli
9. Cg. John Ling - Ahli
10. Pn. Rosfarinatul Binti Baharuddin - Ahli
11. En. Ernest Thamly Anak Pinus @ Sara - Ahli
12. Cg. Anthony Jalin - Ahli
13. Pn. Masriah Binti Abdullah - Ahli
14. Pn. Surayawatie Fitrinie Binti Raee - Ahli

Yang tidak hadir (bersebab)


1. En. Yusman Bin Hamlin - Bendahari
2. Marie Ann - Ahli

1.0 Ucapan alu-aluan Pemangku Penasihat


1.1 Cg. Lily mengucapkan selamat pagi kepada semua ahli yang menghadiri
mesyuarat pada kali ini dan sangat berterima kasih kepada PIBG kerana sentiasa
memberi sokongan serta kerjasama terhadap semua program dan aktiviti sekolah
terutamanya dari segi sumber kewangan.
1.2 Cg. Lily juga berharap agar sokongan serta kerjasama dari pihak PIBG
berkekalan.
1.3 Cg. Lily juga mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Tahun Baru Cina kepada
ahli PIBG.

1
2.0 Ucapan alu-aluan Yang diPertua PIBG
2.1 YDP mengucapkan selamat pagi kepada semua ahli yang menghadiri mesyuarat.
2.2 YDP juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun
baru dan Tahun Baru Cina kepada semua ahli.
2.3 YDP ingin mewakili ibu bapa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pihak sekolah kerana telah Berjaya melaksanakan program untuk pembangunan
anak-anak mereka.
2.4 YDP memberitahu kepada ahli tentang permohonan geran peruntukan sumbangan
dari YB Alexander Nanta Linggi kepada PIBG sebaik-baiknya disediakan awal
tahun dan dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu 6 bulan pertama dan 6 bulan
kedua dalam tahun tersebut. Manakala pelaporan fasa 1 akan dihantar pada bulan
Jun sementara pada bulan Julai peruntukan sumbangan 6 bulan kedua akan
diberikan.
2.5 YDP juga memberitahu TPM Dato, Sri Fadillah bin Haji Yusof juga ingin
memberi sumbangan kepada PIBG sekolah dan memerlukan surat untuk tindakan
selanjutnya.
2.6 YDP juga memohon agar untuk sesi AJK PIBG yang baharu untuk tidak
dicalonkan sebagai YDP memandangkan komitmen yang semakin besar terhadap
kerja. Akan tetapi YDP akan sentiasa menyokong serta membantu meningkatkan
taraf PIBG sekolah di masa akan datang.

3.0 Laporan Setiausaha PIBG SMK St. Thomas


3.1 Laporan PIBKS
3.1.1 Ada dua jenis laporan iaitu:
i. E-sukarelawan
ii. Pibks (melibatkan ibu bapa, komuniti dan swasta)
3.1.2 Laporan dibuat 2 kali setahun:
i. Laporan dari bulan Januari – Jun
ii. Laporan dari bulan Julai – November/Disember
3.1.3 SU mengumpul dan melaporkan melaporkan setiap aktiviti / program dan
sumbangan daripada mana-mana pihak .
3.1.4 SU telah menyediakan satu borang untuk diisi oleh guru atau kakitangan
bagi memudahkan sebarang laporan yang berkaitan dengan PIBKS.
3.1.5 Laporan dibuat melalui web atau link daripada Kementerian.
*Sekolah telah berjaya menghantar semua laporan berdasarkan ketetapan
oleh PPD dan juga KPM.

3.2 Jogathon/Kutipan Amal


3.2.1 Permohonan telah dihantar pada bulan September 2022.
3.1.2 Status terkini permohonan masih berada pada pihak polis
3.1.3 Makluman : semua sekolah yang telah memohon larian amal juga sedang
menunggu kelulusan.

2
3.1.4 Proses ini di luar kawalan kita.

3.3 Program Akademik Sekolah


3.3.1 Tahun lepas PIBG ada membantu pelajar untuk peperiksaan STPM seperti
Program Kecemerlangan Panitia Pengajian Am.
3.3.2 Tahun 2023, setakat ini belum ada sebarang permohonan untuk program.

3.4 Hari PIBKS Daerah Kuching


3.4.1 Tahun lepas ada perancangan untuk gabungan semua PIBG mengadakan
Hari PIBKS.
3.4.2 Belum ada sebarang ketetapan. Sebarang maklumat berkenaan program
akan dimaklumkan melalui Telegram.

3.5 Penetapan Tarikh Akhir Mesyuarat Agung Tahunan PIBG


3.5.1 Makluman daripada PPD belum ada ketetapan, sama ada mesyuarat
Agung mesti dibuat sebelum atau pada 31hb Mac.

4.0 Laporan Kewangan


4.1 Cg. Jong Muk Foo melaporkan kedudukan kewangan persatuan setakat bulan
Januari 2022. Kedudukan penyata kewangan PIBG adalah seperti berikut:

i. Wang dalam bank : RM7961.54


- RM2160 (Akaun Tingkatan 6)
- RM4255 (Akaun Tabung Kebajikan Pelajar)
- RM400 (Cuckoo)
- RM1146 (Baki boleh belanja)
ii. Tunai di tangan: RM131

5.0 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023


5.1 Cg. Kamri memberitahu bahawa Mesyuarat Agung kali ini akan diadakan secara
bersemuka. Memandangkan YDP terkini telah pun menyatakan hasrat beliau
untuk meletak jawatan oleh itu Cg. Kamri menyeru semua ahli exco untuk
mencari calon YDP yang baharu.
5.2 Cg. Kamri juga mencadangkan agar YDP masih kekal untuk menjadi sebahagian
exco PIBG sebagai Ahli.
5.3 YDP boleh mempertimbangkan jawatan ahli kerana jawatan tersebut tidak seberat
jawatan YDP disebabkan kekangan kerja beliau yang tidak dapat memberikan
komitmen sepenuhnya untuk menjadi YDP.
5.4 Cg. Kamri memaklumkan bahawa mengikut pekeliling, Mesyuarat Agung PIBG
mesti diadakan selewat-lewatnya pada bulan Mac. Sekiranya diadakan selepas
bulan Mac, pihak sekolah perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada PPD
dan JPN.

3
5.5 Cg. Kamri mencadangkan agar Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada hujung
bulan Mac hari sabtu. (25hb Mac 2023) iaitu selepas cuti hujung sesi
persekolahan.
5.6 Mesyuarat Agung Tahunan adakan mewujudkan sebuah jawatankuasa kecil bagi
melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan yang terdiri dalam kalangan guru-guru
sekolah.
5.7 Semua ahli exco bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan oleh Cg. Kamri untuk
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.
5.8 Sebagai tambahan, maklum balas kehadiran dari pihak ibu bapa untuk menghadiri
Mesyuarat Agung Tahunan akan menggunakan kaedah google form.
5.9 Cg. Jong menjelaskan tentang kewangan semasa PIBG dimana jumlah yang boleh
dibelanja mungkin tidak dapat menampung perbelanjaan makan minum semasa
Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dan mencadangkan agar mendapatkan dari
sumbangan lain.
5.10 Cg. Lily menjelaskan bahawa pembayaran makan minum mungkin dapat
dijelaskan secara perbincangan memandangkan akan disediakan oleh pihak kantin
sementara menunggu sumbangan sebanyak rm20 dari pihak ibu bapa pada awal
sesi persekolahan.

6.0 Hal – hal Lain


6.1 Cg. Suratin memaklumkan Jogathon tidak dapat diadakan memandangkan
kekangan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh itu, pada tahun
ini wajib diadakan bagi mengutip dana PIBG. Sekiranya Jogathon masih tidak
dapat diadakan, program lain seperti Zumbathon dan lain-lain berkaitan dengan
kutipan dana.
6.2 YDP baharu sahaja mendapat maklum balas dari pihak berkuasa (polis) berkenaan
dengan permohonan mengadakan larian amal/Jogathon dimana mereka masih
menunggu jawapan dari KKM dan KPM. Tambahan pula ada 16 permohonan dari
pelbagai sekolah juga sedang menunggu maklum balas tersebut.
6.3 Cg. Kamri mencadangkan sekiranya mana – mana program amal bagi mengutip
dana PIBG sebaik – baiknya diadakan pada masa sebelum Tingkatan 6 atas keluar
dari sekolah ataupun kemasukan Tingkatan 6 rendah kerana akan menambahkan
lagi bilangan pelajar yang ramai.
6.4 Cg. Joseph memberitahu sebaik – baiknya diadakan selepas kemasukan pelajar
Tingkatan 6 rendah memandangkan tarikh terakhir pelajar Tingkatan 6 Atas
berada di sekolah adalah pada pertengahan bulan April.
6.5 Cg. Kamri mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ahli exco PIBG sesi ini terutama kepada para ibu bapa
memandangkan mesyuarat kali merupakan mesyuarat induk kali terakhir bagi sesi
ini.
6.6 Cg. Lily memaklumkan kepada semua ahli tentang program EAC akan diadakan
pada 6hb Februari 2023 (Isnin).

4
6.7 Cg. Suratin juga memaklumkan kepada semua ahli tentang hari kokurikulum yang
akan diadakan pada 10hb Februari 2023 (Jumaat).
6.8 Cg. Kamri menambah makluman kepada semua ahli tentang hadiah 3k yang
diminta dari PIBG (dibawah Cg. Aida) diberikan kepada keceriaan dan
kebersihan kelas bagi memotivasikan pelajar.
6.9 YDP memohon agar surat jemputan ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan
diawalkan bagi mengutip usul – usul yang akan disampaikan semasa mesyuarat.
6.10 Cg. Jeshlin akan berusaha menyiapkan surat jemputan bersama ahli – ahli lain.
Sebagai tambahan, Cg Jeshlin memberi maklum balas terhadap pos mortem
mesyuarat agung lepas dimana semasa google form diedarkan kepada ibu bapa,
ramai yang tidak dapat hadir akan tetapi semasa hari kejadian, ramai ibu bapa
yang datang. Selain itu, banyak usul yang diberikan dan ibu bapa yang
memberikan usul tidak hadir semasa mesyuarat diadakan.
6.11 Cg. John memaklumkan bahawa persediaan kemasukan pelajar tingkatan 1,
berdasarkan tinjauan kepada semua sekolah rendah tadahan dimana ada 184
orang.
6.11 Cg. Kamri memaklumkan kepada semua bahawa pengagihan bantuan
persekolahan akan diadakan pada 1hb Februari 2023 (Rabu) dan surat makluman
sudah pun diedarkan serta dikongsi melalui telegram.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… ……………………..
CHURCHILL JOSEPH SAMUEL MARUNI ANAK LANGGA
Timbalan Setiausaha PIBG YDP PIBG
SMK St. Thomas SMK St. Thomas

Anda mungkin juga menyukai