Anda di halaman 1dari 4

MESYUARAT

PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH DINAMIK


SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) BUKIT SAGU 1 SESI TAHUN 2021

Tarikh : 13 Julai 2020 (Isnin)

Tempat : Pejabat Sekolah

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
2. Penerangan berkaitan cara pemilihan murid
3. Pemilihan murid Prasekolah Dinamik Tahun 2020 berdasarkan merit
4. Penetapan tarikh pendaftaran sesi Tahun 2020
5. Hal-hal lain.

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH DINAMIK


SK (LKTP) BUKIT SAGU 1, SESI TAHUN 2021
Tarikh : 13 Julai 2020 ( Isnin )
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Pejabat

Kehadiran :

1. Pn. Noradilah binti Abd Jalil Guru Besar


2. En. Muhamad Alzairy bin Zainudin GPK HEM
3. En. Khairul Hilmi bin Abdul Razak GPK 1
4. En. Mohd Nawawi bin Abdul Ghani Guru Prasekolah Dinamik

1. Ucapan Pengerusi/Guru Besar ( Noradilah binti Abd Jalil )

1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan guru penolong kanan dan guru prasekolah kerana
dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pemilihan murid Prasekolah sesi Tahun 2021.
1.2 Beliau menyatakan setakat tarikh hari ini seramai 19 orang murid 5 dan 6 tahun telah menghantar borang
permohonan secara dalam talian dan 3 lagi permohonan secara manual. 18 orang sahaja yang
menghantar borang tersebut ke prasekolah untuk disahkan.

Tindakan: Makluman

2. Penerangan Berkaitan Cara Pemilihan Murid Prasekolah.

2.1 Guru besar menyatakan sekolah menerima semua permohonan tidak kira berapa jumlahnya sehingga
tarikh pemilihan dibuat.
2.2 Jika permohonan melebihi 25 orang, sekolah akan melakukan pemilihan berdasarkan kelayakan yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan pendapatan perkapita setiap
keluarga juga peratusan merit keseluruhan.
2.3 Oleh yang demikian, atas persetujuan ahli mesyuarat, beliau memutuskan ke semua 22 permohonan
untuk kemasukan sesi 2021 diterima memandangkan permohonan kemasukan ke prasekolah maksima
adalah 25 orang murid.
2.4 Penjaga dikehendaki membuat pengesahan setuju terima bagi anak-anak mereka sebelum 15 Disember
2020 bagi memudahkan pengurusan dibuat.

Tindakan: Jawatankuasa Pemilihan Murid

3. Pemilihan Murid Prasekolah Dinamik Tahun 2020 Berdasarkan Merit


3.1 Pemilihan murid Prasekolah Tahun 2021 dipilih berdasarkan kriteria pilihan Guru Besar
dan keputusan bersama semua ahli jawatankuasa pemilihan. Walaubagaimanapun,
merit peratusan tetap diutamakan.
3.2 Pilihan yang paling utama adalah murid yang berumur 6 tahun pada tahun hadapan
dan murid yang sudah bersekolah di sini pada tahun ini dikekalkan untuk tahun
hadapan.

Tindakan: Jawatankuasa Pemilihan Murid

4. Penetapan tarikh pendaftaran Prasekolah untuk sesi 2021

4.1 Ahli mesyuarat memutuskan pendaftaran untuk sesi 2021 akan diadakan pada tarikh
18 Januari 2021 bersamaan hari Isnin, jam 8.00 pagi.

Tindakan: Guru Prasekolah dan PPM

5. Hal-hal lain

5.1 Guru besar akan memberi taklimat tambahan mengenai sekolah dan beberapa perkara yang lain kepada
penjaga semasa Pendaftaran Prasekolah nanti.
5.2 Guru Prasekolah juga menyatakan pada hari pendaftaran tersebut sekolah akan mengadakan mesyuarat
bersama ibu bapa dan penjaga.
5.3 Guru prasekolah menyatakan sekolah akan menempah baju seragam murid
sebanyak 2 pasang yang mana ukuran saiz akan dibuat lebih awal.

Tindakan: Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


__________________________________ ________________________________
MOHD NAWAWI BIN ABDUL GHANI MUHAMAD ALZAIRY BIN ZAINUDIN
Guru Prasekolah Guru Penolong Kanan HEM
SK (LKTP) Bukit Sagu 1 SK (LKTP) Bukit Sagu 1

Disahkan oleh,

____________________________
NORADILAH BINTI ABD JALIL
Guru Besar
SK (LKTP) Bukit Sagu 1

Anda mungkin juga menyukai