Anda di halaman 1dari 10

JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

JALAN JAMBU BOL 4/3E, SEKSYEN 4

40604 SELANGOR DARUL EHSAN

MANUAL

INSTRUMEN SARINGAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
BERKEFUNGSIAN
SEDERHANA DAN RENDAH

1
MANUAL
INSTRUMEN SARINGAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
BERKEFUNGSIAN
SEDERHANA DAN RENDAH

Cetakan PERTAMA 2016

HAKCIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan


mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan
Manual Instrumen Saringan Murid Berkeperluan Khas
(MBK) Berkefungsian Sederhana Dan Rendah ini,
dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara-cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor.

Penulis :

Panel Pembina Instrumen


Unit Pendidikan Khas 2016

Diterbitkan oleh :

Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas


Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

2
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.
Pengenalan 4
2.
Objektif 4
3.
Matlamat 5
4.
Sasaran 5
5.
Arahan manual 5
6.
Penutup 6

7 Penghargaan 7
Lampiran
i. Instrumen Saringan

3
Pengenalan

Manual Instrumen Saringan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Berkefungsian Sederhana


dan Rendah bertujuan memudahkan pentadbir menggunakan ujian instrumen.
Instrumen ini juga dibina bagi menguji dan menentukan keupayaan dalam kemahiran
asas pembelajaran yang perlu dikuasai oleh MBK sebelum mengikuti Kurikulum
Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK). Manual ini mengandungi :

 Bahagian A : Penguasaan 3M
 Bahagian B : Lisan dan Bacaan
 Bahagian C : Kemahiran Asas Vokasional
i. Masakan
ii. Pertanian
iii. Jahitan
 Bahagian D : Pemarkahan, Ulasan dan Cadangan

Adalah diharapkan manual ini dapat membantu pentadbir instrumen


melaksanakan sesi saringan mengikut masa yang sesuai dan berkesan.

Objektif:

1. Manual Instrumen Saringan menjadi panduan dan rujukan melaksanakan


pemilihan kursus kemahiran dalam KSSMPK.

2. Manual Instrumen Saringan dapat membantu guru melaksanakan sesi saringan


secara sistematik dan berkesan.

3. Manual Instrumen Saringan dapat membantu guru merekod ujian kemahiran


asas 3M dan minat MBK secara manual.

4
Matlamat
Manual Instrumen Saringan ini diharapkan dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan MBK seterusnya menentukan penempatan yang sesuai.

Sasaran
MBK yang akan mengikuti KSSMPK.

Arahan manual:

1 Bahagian A dan B perlu dilaksanakan mengikut keupayaan murid.


2 Bahagian C dilaksanakan mengikut bidang yang dipilih oleh sekolah.
3 Sediakan peralatan dan bahan mengikut keperluan semasa penilaian
dilaksanakan.
4 Tempoh masa penilaian dilaksanakan mengikut keperluan.

Instrumen Saringan

Bahagian A : Penguasaan 3M (75 Markah)

Penilai perlu memperbanyakkan instrumen penilaian yang disediakan. Peruntukkan


masa untuk menjawab adalah mengikut keupayaan MBK.

Bahagian B : Lisan dan Bacaan (25 Markah)


i. Calon diminta menjawab soalan secara lisan.
ii. Calon diminta membaca dan menjawab soalan kefahaman.

5
Bahagian C: Kemahiran Asas Vokasional (50 Markah)

i. Masakan
ii. Pertanian
iii. Jahitan

Bahagian D : Pemarkahan, Ulasan dan Cadangan

Penilai perlu melengkapkan Bahagian D dengan pemarkahan, ulasan dan cadangan


berdasarkan ujian serta pemerhatian yang telah dilaksanakan.

Pembahagian Markah :
Bahagian A 75 markah (30%)
Bahagian B 25 markah (20%)
Bahagian C 50 markah (50%)

Contoh pengiraan :

50 X 30% = 20%
75

Penutup

Manual Instrumen saringan ini menjadi bukti kelayakan penempatan KSSMPK mengikut
keupayaan. Kerjasama semua pihak dalam melaksanakan ujian saringan sangat
penting. Sokongan dan keprihatinan semua pihak adalah sesuatu yang sangat bernilai
bagi MBK.

6
Penghargaan

7
Sekalung penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam penyediaan Instrumen Saringan Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Berkefungsian Sederhana dan Rendah.

Bil Nama Tempat Bertugas

1 Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abdul Jalil Jabatan Pendidikan Selangor

2 Encik Azhar Bin Minai Jabatan Pendidikan Selangor

3 Encik Kama Bin Shaffeei Jabatan Pendidikan Selangor

4 Puan Amnah Binti Hussin Jabatan Pendidikan Selangor

5 Tuan Haji Shamsuddin Bin Hassan SMK Bukit Rahman Putra

6 Encik Mohd Sahid Bin Maasum SMK Dato Mustaffa

7 Encik Iskandar BIN Muriani SMK Ungku Aziz

8 Encik Mohd Ali Bin Salleh SMK Sijangkang jaya

9 Encik Mohd Anuar Bin Che Abd Ghani SMK Bukit Rahman Putra

10 Encik Abdul Razak Bin Yahya@Zakaria SMK Sekyen 4 Kota Damansara

11 Encik Habib Bin Ismail SMK Bandar Seri Putra

12 Puan Norhayati Binti Jupri SMK Seri Bedena

13 Puan Normala Binti Misman SMK Kampung Jawa

14 Puan Habibah Binti Hamzah SMK Taman Bunga Raya 1

15 Puan Noraini Bin Ahmad SMK Seksyen 9

16 Puan Rosliza Bin Roslay SMK Pengkalan Permatang

17 Puan Indang Sulbi Binti Abu Bakar SMK Puncak Alam

18 Puan Asmah Bin Abdul Hamid SMK Pengkalan Permatang

19 Puan Yap Eit Moy SMK Jalan Reko

20 Puan Siti Zaimiah Binti Mamat SMK Pengkalan Permatang

8
21 Puan Vasundra Dewi A/P Perumal SMK Jugra

22 Puan Puspa Dewi Kenchana Binti SMK Seri Selayang


Zulkipli

23 Puan Ruhibah Binti Shafei SMK Jalan Reko

24 Puan Hananiah Binti Yusof SMK Kelana Jaya

25 Nik Azmawati Binti Awang SMK Sekyen 27

9
Lampiran

10

Anda mungkin juga menyukai