Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH
KUMPULAN SABK SEM 3 AMBILAN JUN 2012
IPG KAMPUS KOTA BHARU
KELANTAN

Anjuran

UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS KOTA BHARU

Tarikh
12 14 MAC 2015
( KHAMIS - SABTU )

Tempat :
TAMAN REKREASI ,MERANG
SETIU, TERENGGANU

1
1.0 TAJUK PROGRAM

Perkhemahan Wajib Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Kumpulan SABK


SEM 3 Ambilan Jun 2012 IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan

2.0 PENGENALAN

Sebagai bakal pemimpin sesebuah unit di sekolah, aktiviti luar seperti perkhemahan dan
kursus-kursus kepimpinan merupakan satu wadah yang bermakna kepada para guru pelatih untuk
mempelajari cara-cara mengendali sesuatu program.

Berasaskan kepada prinsip asas tersebut, maka pihak Institut merasakan bahawa para
guru pelatih seharusnya didedahkan dengan seluas mungkin ruang dan peluang untuk
berprogram. Dengan cara ini, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi akan dikembangkan
cara teori dan praktikal. Pengalaman berciri insitu dan pelbagai akan mempelbagaikan
pengalaman yang diperolehi.

3.0 RASIONAL :

Sebagai sebuah unit beruniform, aktiviti perkhemahan dan kursus kemahiran amat
dititikberatkan. Melalui aktiviti seumpama ini, bakal-bakal pemimpin sekolah akan didedahkan
kepada pelbagai pengetahuan dan kemahiran asas perkhemahan, seperti mempelajari kemahiran
mendirikan, membuat gajet, pioneering, jenis-jenis ikatan dan simpulan, pengurusan ikhtiar hidup
di hutan, pertolongan cemas serta pelbagai aktiviti sosial kemasyarakatan.

Selain itu, apa yang lebih penting, aktivit perkhemahan ini dirangka dan dilaksanakan bagi
melengkapkan struktur kursus kemahiran yang perlu diikuti dan disempurnakan oleh seseorang
bakal pemimpin KRS. Kursus ini juga merupakan antara syarat asas bagi seseorang pemimpin
unit tersebut untuk mengikuti kursus peringkat kejurulatihan yang lebih tinggi seperti Kursus
Jurulatih Peringkat Kebangsaan.

4.0 OBJEKTIF :

Kursus ini dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif :

4.1 Memenuhi sukatan pelajaran Kadet Remaja Sekolah.

4.2 Memberikan pendedahan lanjut yang lebih bersifat insitu / praktikal kepada ahli-ahli
tentang asas perkhemahan, dan kawad kaki.

4.3 Meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas perkhemahan dan unit


beruniform, seperti :
4.3.1 Kawad kaki.
4.3.2 Gajet dan pioneering: dapur, rak, meja makan, ampaian, lubang sampah.

2
4.3.3 Ikatan dan Simpulan: buku sila, tindih kasih, ikatan seraya dan lain-lain.
4.3 4 Menjalani sesi praktikal : istiadat bendera, menerima sijil dan pingat.
4.4 4. Mengukuh dan mamantapkan ciri dan sikap kendiri kepimpinan serta
memperkayakan lagi pengalaman serta pengetahuan dalam kepemimpinan
Unit Uniform.

5.0 PENGANJUR :

Unit Beruiform, Unit KoKurikulum


Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.

6.0 TARIKH KURSUS:-

12 14 MAC 2015 (3 hari 2 malam).


( Khamis Sabtu )
- Bertolak dari IPG KKB : Jam 8.00 pagi / 12. Mac.2015 ) ( Khamis )
- Bertolak balik ke IPG KKB : jam 12.00 tengah hari / 14.Mac.2015 ( Sabtu )

7.0 TEMPAT :-

Taman Rekreasi Merang ,Setiu , TERENGGANU

8.0 PESERTA KURSUS :-

8.1 Keseluruhan Peserta - 13 orang

9.0 JURULATIH / PEMBIMBING / PENGIRING :-

9.1 Jurulatih / Urusetia

Hj. Wan Mohd. Zil bin Wan Salleh


(Penyelaras Unit Beruniform/ Kem Komanden)
1. En. Abdullah Zawawi bin Che Mat ( Ketua Peralatan )
2. En. Che Hazidi bin Che Wil
3. En. Zamery bin Baba
4. En. Norman bin Mat Nor

3
10.0 PENGURUSAN PENGINAPAN DAN PERSEGARAN :-

10.1 PESERTA :
i. Peserta wajib menginap di dalam khemah
(kos sewaan tapak khemah - tanggungan IPG KKB)
ii. Peserta juga wajib memasak/ menyediakan makanan sendiri.
(bekalan makanan basah & kering akan diuruskan oleh QM
Makanan/ urusetia kursus)

10.2 JURULATIH/PEMBIMBING :
i. Penginapan : Chalet/ dorm :
- Para jurulatih akan membayar kos penginapan terlebih dahulu.
- Tuntutan dibuat mengikut pekeliling/ arahan perbendaharaan.
ii. Makan-minum/ jamuan :
- Para jurulatih akan membayar kos penginapan terlebih dahulu.
- Tuntutan dibuat mengikut pekeliling/ arahan perbendaharaan.

11.0 PENGANGKUTAN :

11.1 Bas IPG KKB :


(Pelajar & Jurulatih/ Pensyarah Pengiring)
11.1.1 IPG KKB MERANG
11.1.2 MERANG - IPG KKB.

11.2 Kenderaan Jurulatih :


- dicadangkan salah sebuah sebuah kereta jurulatih dijadikan
kenderaan rasmi urusetia kursus.
- keperluan : pembelian bahan mentah / peralatan kursus / adhoc /
kecemasan.
- Mohon persetujuan pihak Pengarah tuntutan minyak / perbatuan.

4
12.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA :

Penasihat : Tn.Hj. Hashim bin Deraman (P.S.K) Kelantan


Pengarah IPG Kampus Kota Bharu.

Pengerusi : Dr.Hj. Abdullah bin Yusof


Timbalan Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu.

Pen. Pengerusi : En. Norman bin Mat Nor

Penyelaras : Tn.Hj.Wan Mohd Zil bin Hj.Wan Salleh


Penolong Penyelaras : En. Abdullah Zawawi bin Che Mat

Setiausaha : En. Che Hazidi bin Che Wil

Bendahari : En. Zamery bin Baba

13.0 AHLI JAWATANKUASA PELAJAR : Rujuk Lampiran

14.0 ANGGARAN BELANJAWAN :

14.1 Anggaran Pendapatan


14.1.1 Peruntukan IPG KKB - RM 962.00

14.2 Anggaran Perbelanjaan

14.2.1 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan - RM 962.00

5
14.2.2 Perincian perbelanjaan :

Kos
Bil Perkara Rincian kos Keseluruhan
( RM )

1. Penginapan : i. Sewaan tapak perkhemahan (Peserta)


- RM195.00

RM5.00 X 13 X 3 Hari

2. Peralatan / i. Bahan kursus Buluh untuk membuat gajet


Kemudahan - RM5.00 x 13 batang = RM 65.00
Kursus :

3. Makan minum /
persegaran
i. Peserta
- RM 18 x 13 peserta x 3 hari = RM.00 RM 702.00

4. Pengangkutan : i. Bas IPG KKB


(IPG KKB Merang IPG KKB)
= RM00.00

6
15.0 PENGISIAN KURSUS :

HARI PERTAMA : Khamis ( 12 Mac 2015)

MASA MINIT SDG. TAJUK

9.00 pagi Perjalanan


Pendaftaran peserta /
makan tengah hari
TAKLIMAT / HOUSE KEEPING
* Mesyuarat Jurulatih
Membahagikan Sekawan
Pengagihan alat-alat perkhemahan
Agihan Zon perkhemahan sekawan
Mendirikan khemah
Rehat / Solat / Makan
Memperkenalkan Para Pegawai
Kursus.
8.30malam BANTU MULA

HARI KEDUA : Jumaat ( 13 Mac 2015)

MASA MINIT SDG. TAJUK


5.30 pagi Bangun Pagi / solat
7.00pg Latihan Gerak badan / Kawad
Sarapan pagi
Pemeriksaan Pagi / Kawasan
Berkumpul
10.00pagi KEMBARA
KRAF TANGAN
IKHTIAR HIDUP
Rehat / Solat Jumaat / Makan /
Solat Asar
5.00 petang REFLEKSI KEMBARA / KAWAD
Rehat / Makan / Solat
8.00 malam MALAM KEBUDAYAAN

7
HARI KETIGA : Sabtu ( 14 Mac 2015)

MASA MINIT SDG. TAJUK


0530 pagi Bangun Pagi / solat
7.00 pagi Latihan Gerak badan / Kawad
Sarapan pagi
Pemeriksaan Pagi / Kawasan
9.00 pagi BANTUAN OPERASI MENYELAMAT
(BOM)
Berkumpul untuk Perasmian
11.30 pagi PENTAULIHAN KRS
12.00 tgh PERASMIAN PENUTUPAN
Oleh Pengarah IPGKKB
1.00 petang KEMAS BARANG / JAMUAN RINGAN
BERSURAI

16.0 SENARAI PERALATAN KURSUS: - Cadangan

16.1 PERALATAN PERKHEMAHAN

BIL JENIS KUANTITI


1. Bendera : Bendera Unit
i. Jalur Gemilang
ii. IPG Kampus Kota Bharu

2. Khemah 7 buah

3. Flysheet 7 helai

4. Ground Sheet 5 helai

5. Flysheet ( terbuka 2 helai

6. Kanvas Kem 2 helai

7. Tali Sabut 2 Gulung

8. Tali Rafia ( gulung Besar ) 5 gulung

9. Parang 6 bilah

10. Changkul 6 buah

11. Gergaji 3 bilah

8
12. Parang bersarung 6 bilah

13. Belerang 3 tongkol

14. First Aid Kit 1 buah

15. Plastik Sampah 10 buah

16. Hose Air (panjang) 1 set

17. Skop / Pengali 2 batang

16.3 PERALATAN TULIS :

BIL JENIS UNIT


1 Kertas Mahjung 10 helai
2 Marker Pen 2 kotak
3 Kertas A4 1 rim
7 Double Tape 1 gulung
8 Saleotape 2 gulung
9 Kertas Minyak 10 keping
13 Pen & Pensil 10 batang
14 Stapler 1 buah
15 Paku Tekan 1 kotak
16 Klip Kertas 1 kotak

17.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yang dirancang dapat dilaksana dan seterusnya
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para pelatih / peserta ke arah mempersiapkan
diri menjadi pemimpin unit di sekolah. Selain daripada memperlengkapkan diri dengan
pelbagai kemahiran asas perkhemahan, mereka juga diharap dapat meningkatkan
keyakinan diri dengan pelbagai personaliti karisma berkepimpinan.

Disediakan oleh :

..........................................................
HJ.WAN MOHD ZIL BIN HJ.WAN SALLEH
Penyelaras Unit Beruniform
IPG Kampus Kota Bharu

9
Disemak oleh,

........................................................................
EN.NORMAN BIN MAT NOR
Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Kota Bharu,
Kelantan.

Diluluskan oleh,

............................................................
HJ. HASHIM BIN DERAMAN
Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu,
Kelantan.

10

Anda mungkin juga menyukai