Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

TAMAN HERBA
SMK BUKIT SELAMBAU

Disediakan oleh:

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAMAN HERBA

LATAR BELAKANG
Sebuah sekolah yang mempunyai lanskap indah serta berinformasi dapat
mewujudkan suasana ceria, tenang dan kondusif untuk meransang minda pelajar.
SMK Bukit Selambau yang mempunyai tanah subur menyediakan peluang terbuka
untuk dieksploitasi persekitarannya buat menzahirkan suasana persekitaran yang
lebih menarik.

RASIONAL
Sebuah taman herba dicadang supaya diwujudkan dalam persekitaran SMK Bukit
Selambau bagi membekalkan para pelajar dengan maklumat tentang tanamantanaman herba yang berkhasiat, bermanfaat selain cantik dipandang. Para pelajar
sebagai generasi muda yang hidup dalam zaman serba pantas kadang kala terlepas
pandang khazanah herba yang merupakan tumbuhan asli yang jarang mendapat
tempat di media-media massa, walhal merupakan bahan-bahan penting dalam
penyediaan juadah tempatan.
Oleh yang demikian, cadangan mewujudkan satu taman herba sebagai menghiasi
pemandangan di SMK Bukit Selambau ini akan berupaya menjadi satu titik fokus
kepada minda pelajar bagi mendapatkan ketenangan, kerehatan serta pendedahan
kepada anika tanaman herba yang berkhasiat dalam lanskap tersusun.

MATLAMAT
Taman herba ini dicadangkan kewujudannya bagi memberi pendedahan kepada
para pelajar SMK Bukit Selambau tentang jenis-jenis tanaman herba sedia ada yang
menjadi elemen dan komponen penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia
selain menzahirkan satu persekitaran ceria dan indah yang berinformatif.

CADANGAN TAPAK TAMAN


Tinjauan sekitar tapak-tapak sedia ada dalam persekiataran sekolah ini
menunjukkan bahawa lokasi paling sesuai dan strategik untuk taman herba ini ialah
di antara kawasan hadapan blok A bersebelahan kedai koperasi sekolah.
Ini memandangkan kawasan tersebut sudah mempunyai satu tapak tersedia yang
berpotensi untuk dibangunkan dengan lanskap lebih tersusun dan padat
memandangkan pada masa ini tapak tersebut secara relatifnya masih agak kosong
dan sedikit hambar.
Selain itu, kawasan ini mempunyai trafik pelajar dan pelawat yang agak tinggi
kerana ia berhadapan dengan jalan utama masuk ke sekolah. Maka matlamat
kewujudan taman herba ini bagi merangsang minda pelajar diharap akan dapat
dicapai.

CADANGAN TATA LETAK TAMAN


Secara kasarnya, pandangan plan tataletak yang dicadangkan untuk taman herba
ini adalah seperti imej di bawah.

Komposisi tanaman-tanaman herba (no. 1,2, 3, 5 dan 6) bolehlah disesuaikan


dengan tanaman-tanaman besar yang telah sedia ada di tapak ini bagi mewujudkan
harmoni. No. 4 merupakan tanaman lanskap sedia ada berupa tanaman bungabungaan berwarna warni. Laluan (paving) berbatu boleh juga diwujudkan
disepanjang laluan no 1.
Memandangkan tapak yang dicadangkan ini telah dilanskap dengan tanaman
berbunga, maka taman herba yang dicadangkan ini akan bergabung dengan taman
bunga tersebut. Keadaan ini, jika dikawal dan disusun dengan teratur dan terancang
berpotensi menghasilkan satu lanskap taman bunga dan herba yang menarik.
Antara cadangan tanaman herba yang boleh dimasukkan ke dalam komposisi
taman ini ialah:

Kunyit
Daun kesum

Halia

Bunga kantan

Daun salam

Daun kemangi

Limau kasturi

Limau purut
4

Pandan

Daun ulam raja

Misai kucing

Mas cotek

Dan lain-lain

Pelbagai jenis pudina boleh ditanam didalam pasu/bekas


Daun sireh boleh disediakan para/pergola untuk dibiarkan menjalar secara terkawal.

KOS PERBELANJAAN
Pada dasarnya, mendapatkan benih bagi tanaman-tanaman herba ini bukanlah
sesuatu yang terlalu mahal kerana ianya boleh didapati dengan amat mudah
daripada sumbangan orang perseorangan. Namun kos yang perlu ditanggung dalam
menghasilkan taman herba ini kebanyakannya ialah dalam penyediaan medium
untuk mempersembahkan herba itu supaya tampak tersusun, terkawal dan
menarik.
Sebagai contoh, pergola mungkin perlu diwujudkan bagi membenarkan tanaman
jenis yang menjalar seperti daun sireh untuk membiak. Selain daripada itu, pasupasu, kayu penanda nama herba, dan lain-lain elemen mungkin perlu ditambah
supaya konsep taman itu dapat direalisasikan.
Sebagai contoh, sila lihat imej-imej di bawah.
Tanaman di
bahagian keliling
kawasan lanskap
dengan
campuran
pelbagai jenis
Penggunaan batu-batu
sebagai sekatan /
borders.

Binaan menggunakan bata merah untuk


medium tanaman herba yang
menghasilkan kesan tinggi kepada herba
yang asalnya tumbuhan rendah.

Penggunaan bekas
besi dan bekas
rotan.
Sebuah taman
herba yang terdiri
daripada campuran
pelbagai saiz dan
bentuk daun-daun.

Contoh binaan papan


tanda.

Kos akhir bagi taman ini bergantung kepada sejauh mana elemen-elemen seperti
contoh yang diberikan di atas hendak dimasukkan ke dalam taman ini. Selain itu,
kos berulang seperti racun dan baja juga perlulah diambil kira.

PENUTUP
Ini merupakan satu kertas cadangan untuk mewujudkan satu taman herba dalam
persekitaran sekolah ini. Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, bagi
mewujudkan suasana ceria, taman herba ini bolehlah digabungkan dengan taman
bunga sedia ada supaya terdapat lebih warna warni selain hijau dalam taman
tersebut.
6

Amat sukar untuk menentukan kos sebenar taman herba ini kerana hal tersebut
hanya dapat dijangka selepas perbincangan lebih mendalam dan lebih terperinci
berkaitan elemen-elemen yang hendak dimasukkan ke dalam taman ini dilakukan.
Sungguh pun begitu, adalah diharapkan agar kertas kerja yang ringkas ini dapat
mencetuskan ide dan perbincangan serius kearah merealisasikan satu taman herba
yang ceria dan berinformatif buat meransang minda warga SMK Bukit Selambau ini.

Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai