Anda di halaman 1dari 1

Bab 1.

1 : Peraturan-peraturan Muamalat

1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t

2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang


lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia.

4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah


dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang seseorang
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini.

5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia.
Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung
akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.

Anda mungkin juga menyukai