Anda di halaman 1dari 14

Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

PELAJARAN
PELAJARAN44: :FALSAFAH
FALSAFAHDAN
DANSISTEM
SISTEMMUAMALAH
MUAMALAHISLAM
ISLAM

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang
paling tepat.

1 Kegiatan muamalah Islam mengutamakan konsep ta`awun

Kenyataan manakah menerangkan konsep tersebut


A Seseorang itu mudah mendapat harta yang diingini
B Masyarakat hanya mementingkan kehidupan duniawi
C Semangat ta`awun akan berkembang dalam masyarakat
D Pemegang gadai dapat membantu orang yang dalam kesusahan

2 Manakah ciri-ciri muamalah Islam


I Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
II Membebankan golongan tertentu
III Redha antara kedua-dua pihak
IV Adil kepada semua pihak

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 Manakah antara berikut adalah tujuan sistem muamalah Islam


I Mendidik urusan manusia dalam mendapatkan harta
II Membangunkan ekonomi dengan cara diredhai Allah s.w.
III Mengeratkan hubungan persaudaraan antara manusia dengan manusia
IV Melahirkan masyarakat yang mengutamakan keuntungan semata-mata

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4 Sistem al-Mudharabah memberi kemudahan kepada pelabur kerana


A Menjalankan perniagaan melalui modal
B Mempunyai modal serta pakar dalam bidang perniagaan
C Pelabur dapat menjalankan perniagaan dengan modal yang diperolehi
D Pelabur dapat mengembangkan hartanya walaupun tidak mempunyai
kepakaran

5 Berikut adalah persamaan antara sistem muamalah Islam dengan sistem


konvensional

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 1


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

I Memenuhi keperluan hidup manusia


II Memudahkan manusia mendapat harta
III Melicinkan urusan kehidupan manusia seharian
IV Melaksanakan sistem ekonomi berasaskan fahaman kapitalis dan
sosialis

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam
sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi keuntungan

Istilah di atas merujuk kepada


A Al-Wadiah
B Al-Mudharabah
C Al- Murabahah
D Al-Musyarakah

7 Berikut adalah tujuan Islam menyediakan pelbagai jenis muamalah kecuali


A Memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi
dengan berkesan
B Menghadkan penglibatan dalam sesuatu jenis muamalah sahaja
C Menggerakkan ekonomi dengan lebih pesat
D Membantu golongan yang kurang berharta

8 Memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan


hidup mengikut kewangan mereka

Penerangan di atas merujuk kepada


A Al-Musyarakah / al-Murabahah
B Al-Ijarah / al-Bai` bithamanil ajil
C Al-Mudharabah / al-Rahnu
D Al-Wadiah / al-Takaful

9 Manakah antara berikut kesan muamalah Islam dalam meningkatkan kualiti


hidup manusia?
I Menjamin keadilan sejagat
II Menjamin keharmonian hidup
III Membangunkan tamadun manusia
IV Melahirkan generasi yang cekap dan produktif

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10 Ali sebagai peniaga telah mengurangkan sukatan timbangan dalam urusan


jual beli

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 2


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

Kenyataan di atas adalah muamalah yang tidak sah menurut Islam kerana ia
mengandungi unsur
A Penipuan
B Perjudian
C Penindasan
D Barangan yang tidak suci dan najis

11 Berikut merupakan etika muamalah Islam kecuali


A Tekun dan tabah ketika melakukan segala urusan
B Bersikap jujur, amanah dan tidak menipu dalam segala urusan
C Bekerja mengikut hati dan perasaan untuk memuaskan kehendak
sendiri
D Rajin berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan

12 Apakah kesan pengabaian sistem muamalah Islam terhadap individu?


i Melahirkan individu yang kaya
ii Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri
iii Melahirkan individu yang tamak haloba
iv Melahirkan golongan miskin yang terbiar

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

13
Al-Rahn Al-Takaful Al-Ijarah

Manusia

Jenis-jenis muamalah di atas mendorong manusia

I Saling berhubung antara satu sama lain


II Saling berkenalan antara satu sama lain
III Saling bermaafan antara satu sama lain
IV Saling bantu membantu antara satu sama lain

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 14 hingga 39
Lengkapkan pernyataan berikut.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 3


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

Untuk Tandakan ( ) pada pernyataan yang BETUL.


kegunaan Tandakan ( ) pada pernyataan yang SALAH.
Pemeriksa

1 14 Antara syarat sah muamalah ialah pihak yang melakukan


transaksi mesti waras dan sempurna.

1 15 Konsep at-Ta`awun wujud apabila pemilik menyewakan


rumahnya kepada penyewa.

1 16 Al-Ijarah ialah proses yang membolehkan kita membeli


sesuatu barangan dengan bayaran tertangguh.

1 17 Muamalat ialah tatacara perhubungan sesama manusia.

1 18 Monopoli adalah salah satu cara muamalah Islam.

19 Islam membenarkan umatnya menggunakan apa-apa cara


1 sekalipun untuk bermuamalah bagi menjadi sebuah negara
yang maju dan disegani.

Untuk Tandakan ( ) pada pernyataan yang BETUL.


kegunaan Tandakan ( ) pada pernyataan yang SALAH.
Pemeriksa

1 20 Sistem muamalah Islam merupakan syariat yang diturunkan


oleh Allah s.w.t

1 21 Sistem muamalah Islam mengatur kehidupan manusia untuk


mencapai kebahagian dunia sahaja.

1 22 Muamalah Islam memberi kesan ke arah meningkatkan


kualiti kehidupan.

1 23 Bermuamalah secara jujur untuk kebahagian dunia semata-


mata.

1 24 Muamalah secara Islam menghalang manusia mendapat


harta.

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan di bawah Untuk


dalam ruang yang disediakan. Kegunaan
Pemeriksa

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 4


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

2 Mewakilkan sesuatu barangan atau 1


5 harta yang berharga kepada pihak lain
untuk disimpan dan diuruskan.

2 Perjanjian yang membolehkan 1


6 seseorang mengambil faedah atau
manfaat daripada milik orang lain
dengan bayaran tertentu.

2 Suatu akad antara dua orang atau lebih 1


7 untuk berkongsi modal dalam suatu
kegiatan ekonomi dan berkongsi
keuntungan.

2 Bantuan kepada golongan yang kurang 1


8 bernasib baik

2 Pungutan dan pengagihan harta 1


9 diuruskan oleh amil-amil

3 Pertolongan kepada orang yang tidak 1


0 mempunyai wang yang cukup untuk
mendapatkan sesuatu barangan

3 Kemudahan yang disediakan kepada 1


1 orang yang tidak mempunyai harta dan
darurat

Padankan contoh-contoh berikut dengan istilah-istilah Muamalah yang sesuai.

A B C
ar-Rahn al-Ijarah at-Takaful
D E F
al-Murabahah al-Wadiah al-Musyarakah

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 5


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

32 Membayar dengan bayaran tertentu terhadap sesuatu


barang yang membolehkan seseorang itu mengambil
manfaat dari harta milik orang lain

33 Pemilik kereta menyertai satu sistem untuk melindungi


keretanya apabila ditimpa kemalangan

34 Peniaga mencagarkan barang kemas kepada pihak


tertentu untuk menambahkan modal.

35 Dua orang berkongsi modal untuk sama-sama berkongsi


keuntungan dalam kegiatan ekonomi

36 Ahmad menjual rumahnya dengan mengambil


keuntungan sebanyak 10 % dari harga asal rumah
tersebut

Berdasarkan ciri-ciri persamaan yang diberi, tuliskan jenis-jenis Untuk


muamalah yang bersesuaian. Kegunaan
Pemeriksa

Persamaan Jenis Muamalah

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 6


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

3 Satu bentuk simpanan dan pelaburan Al-wadiah 1


7 wang.

3 Kontrak jual beli barangan secara Al-murabahah 1


8 ansuran.

3 Satu cara menolong orang yang Ar-rahn 1


9 memerlukan sesuatu barangan.

KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Jelaskan etika muamalah Islam.

2 Apakah yang dimaksudkan dengan muamalah?

3 Huraikan matlamat muamalah dalam Islam.

4 Nyatakan keistimewaan muamalah Islam.

5 Nyatakan syarat-syarat sah muamalah secara am menurut Islam

6 Berikan contoh muamalah yang dibenarkan dan muamalah yang


dilarang oleh Allah s.w.t

7 Berikan contoh yang membuktikan muamalah melahirkan


masyarakat yang sentiasa tolong menolong.

8 Jelaskan faedah-faedah muamalah Islam.

9 Huraikan perbezaan di antara sistem perbankan Islam dengan


sistem konvensional.

1 Sistem muamalah Islam yang diamalkan mengikut syarak


0 meningkatkan kualiti kehidupan.
Terangkan bagaimanakah sistem muamalah Islam dapat menjamin

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 7


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

keharmonian hidup manusia.

1 Huraikan tujuan Islam menyediakan berbagai-bagai jenis


1 muamalah.

1 Manusia memerlukan pelbagai jenis muamalah untuk memenuhi


2 keperluan hidup mereka.
Nyatakan sebab manusia memerlukannya.

1 Kepelbagaian jenis muamalah memberikan kesan positif terhadap


3 individu,masyarakat dan negara.
Nyatakan kesan positif dari kepelbagaian jenis muamalah kepada
negara.

1 Pengabaian sistem muamalah Islam dalam urusan harian akan


4 mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada individu, masyarakat
dan negara.
Nyatakan tiga kesan pengabaian muamalah Islam terhadap
individu.

1 Apakah implikasi daripada muamalah yang tidak mengikut sistem


5 Islam?

1 Bagaimanakah cara untuk mendorong masyarakat agar


6 bermuamalah secara Islam?

1 Jelaskan ciri-ciri muamalah Islam.


7

1 Melalui sistem muamalah Islam, manusia dapat menjalani


8 kehidupan dengan sempurna.
Jelaskan pernyataan di atas

1 Bagaimanakah muamalah Islam dapat menjamin keharmonian?


9

PELAJARAN
PELAJARAN44: :FALSAFAH
FALSAFAHDAN
DANSISTEM
SISTEMMUAMALAH
MUAMALAHISLAM
ISLAM
KERTAS 1

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 8


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

BAHAGIAN A

1. C 2. D 3. A 4. D 5. A
6. D 7. B 8. B 9. A 10. A
11. C 12. D 13. B

BAHAGIAN B

14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25 Al-wadiah
26 Al-ijarah
27 Al-musyarakah
28 Sedekah
29 Zakat
30 Sewa
31 Berhutang
32 B (al-Ijarah)
33 C (at-Takaful)
34 A (ar-Rahn)
35 F (al-Musyarakah)
36 D (al-Mudharabah)
37 Al-Mudharabah
38 Al-Bai` bithamanil ajil
39 Al-Ijarah

KERTAS 2

1 Etika muamalah Islam ialah

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 9


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

Rajin dan berusaha bersungguh-sungguh


Bersikap amanah
Bekerja untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t
Toleransi
Tidak menjejaskan kepentingan umum
Bertujuan membantu

2 Maksudkan muamalah ialah


Tatacara hubungan sesama manusia berkaitan dengan harta
benda untuk memenuhi keperluan kehidupan mengikut ajaran
Islam

3 Matlamat muamalah dalam Islam ialah


Mewujudkan sebuah masyarakat yang aman
Memudahkan manusia menikmati kurniaan Allah s.w.t dengan
cara yang betul dan diredai
Memastikan segala kegiatan ekonomi diberkati
Menggalakkan manusia bekerja dengan bersungguh-sungguh
Melicinkan urusan kehidupan manusia seharian

4 Keistimewaan muamalah Islam ialah


Menjadikan harta sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t
Menggalakkan manusia melakukan kebajikan
Mengelakkan pembaziran
Tidak menjejaskan kepentingan ramai

5 Syarat-syarat sah muamalah secara am menurut Islam ialah


Persetujuan daripada kedua-dua belah pihak yang menjalankan
transaksi ijab dan kabul
Pihak yang melakukan transaksi mesti waras / sempurna akal
Transaksi yang dilakukan mesti bersih daripada unsur penipuan
Barangan yang diniagakan mestilah milik sah penjual

6 Contoh muamalah yang dibenarkan dan muamalah yang dilarang


oleh Allah s.w.t
Muamalah yang dibenarkan
Al-Ijarah
Ar-Rahn
Al-Bai`

Muamalah yang dilarang


Muamalah yang ada unsur rasuah
Monopoli
Muamalah yang ada unsur riba

7 Contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang


sentiasa tolong menolong ialah

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 10


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

Contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yan


sentiasa tolong menolong seperti:
Al-ijarah (sewa menyewa): orang yang memberi sewa dapat
membantu penyewa yang memerlukan rumah / kenderaan dan
lain-lain.
Al-Bai (jual beli) : Penjual dan pembeli saling memperolehi
keuntungan / barangan yang diperlukan.
Al-Rahn (pajak gadai) : pemegang gadai dapat membantu orang
yang menggadai yang menghadapi masalah kewangan.

8 Faedah-faedah muamalah Islam ialah


Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan seharian
manusia
Mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan
amanah/perjanjian yang dipersetujui.
Mengeratkan hubungan antara individu dengan masyarakat.
Menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan
dengan harta.
Membangunkan ekonomi masyarakat dan negara.
Dapat menyempurnakan tuntutan Islam/fardu kifayah.

9 Huraikan perbezaan di antara sistem perbankan Islam dengan sistem


konvensional.
Perbankkan secara Islam Secara Konvensional
1. menambah bebanan hutang.
1. membantu menyelesaikan
2. berasaskan riba.
masalah kewangan.
3. mengambil kesempatan
2. bebas dari riba.
daripada
3. memberi peluang kepada
simpanan/pelaburan
pelanggan mengembangkan
pelanggan untuk keuntungan
harta melalui konsep pelaburan.
bank.
4. bermatlamatkan keuntungan
4. mementingkan keuntungan
bersama
bank semata-mata.

1 Sistem muamalah Islam dapat menjamin keharmonian hidup


0 manusia.
sistem muamalah Islam menentang sebarang bentuk
penindasan seperti mencuri, merompak, riba dan merampas
harta orang lain. Dengan ini kejadian jenayah akan berkurangan
dan manusia dapat hidup secara harmoni.

1 Tujuan Islam menyediakan berbagai-bagai jenis muamalah.


1

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 11


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

Memberikan peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti


ekonomi mereka dengan lebih berkesan dan tidak hanya
bergantung kepada jenis muamalah tertentu sahaja.
Menggerakkan ekonomi dengan lebih pesat.
Menggalakkan orang yang mempunyai harta yang banyak
membantu golongan yang kurang berharta.
Memastikan stiap manusia dapat menikmati dan memenuhi
keperluan hidup mengikut kemampuan mereka.

1 Manusia memerlukan pelbagai jenis muamalah untuk memenuhi


2 keperluan hidup mereka.
Sebab manusia memerlukannya.
Mengajar manusia supaya sentiasa hidup bersatu padu, tolong
menolong dan bekerjasama.
Memastikan kehidupan manusia sentiasa berperaturan dan
menghindarkan penindasan.
Untuk keselesaan dan kemudahan manusia bagi memilih cara
bermuamalah yang terbaik mengikut keperluan mereka.

1 Kesan positif dari kepelbagaian jenis muamalah kepada negara.


3
Ekonomi negara berkembang dengan pesat.
Negara akan menjadi pusat kewangan yang disegani negara
luar.
Keutuhan ekonomi negara akan diiktiraf masyarakat
antarabangsa.

1 Kesan pengabaian muamalah Islam terhadap individu ialah:


4 Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri.
Kehidupan golongan miskin tidak terbela.
Melahirkan individu yang tamak haloba.

1 Implikasi daripada muamalah yang tidak mengikut sistem Islam


5 ialah
Implikasinya ialah :
Berlaku pergaduhan / permusuhan
Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri / tamak.
Menindas orang lain / penindasan terhadap golongan yang
lemah

1 Cara mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam


6 ialah :
Memberi penerangan tentang kebaikan muamalah Islam.
Menunjuk cara secara jelas melaksanakan muamalah secara
Islam.
Mengadakan ceramah tentang sistem muamalah Islam.
Menyebarkan risalah muamalah secara Islam.

1 Ciri-ciri muamalah Islam


7
Tidak membebankan
Reda antara kedua-dua pihak

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 12


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

Adil kepada semua pihak


Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
Tidak berlaku penipuan
1 Manusia dapat menjalani kehidupan dengan sempurna melalui
8
Zakat : bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik
Sewa menyewa : dapat membantu orang yang memerlukan
sesuatu barangan
Jual beli : untuk mendapatkan keperluan
Al-Wadiah : kemudahan menyimpan dan mengeluarkan wang
melalui bank
Ar-Rahn : memudahkan orang yang terdesak dengan memberi
cagaran
Berhutang : kemudahan bagi orang yang tidak mempunyai harta
untuk mendapatkan wang tunai.

1 Muamalah Islam dapat menjamin kehidupan sejagat


9
Sistem muamalah Islam menentang sebarang bentuk kezaliman
dan penindasan
Pelaksanaan sistem muamalah Islam dapat mengurangkan
kejadian jenayah
Manusia dapat hidup dengan aman dan harmoni

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 13


Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 14

Anda mungkin juga menyukai