Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

CADANGAN MEMBAIK PULIH


SURAU AL-TAQWA SMK SUNGAI ISAP,
KUANTAN

Pengenalan

Surau al-Taqwa SMK Sungai Isap, Kuantan adalah merupakan wadah utama
kepada pelajar muslim dan guru-guru muslim untuk menunaikan ibadah solat secara
berjemaah di sekolah, juga menjadi tempat utama pelajar-pelajar muslim menjalani amali
solat dan slot pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Pendidikan Islam. Membaik pulih
surau ini amat diperlukan kerana binaan tingkap dan pintu terlalu uzur kerana dimakan anai-
anai. Binaan yang sempurna nanti diharapkan agar proses PdP akan lebih sempurna serta
sedikit perubahan yang akan dilakukan nanti akan menjadi salah satu daripada daya tarikan
kepada pelajar untuk menghadirkan diri ke tempat ibadat yang penting ini.

Objektif

1. Surau At-Taqwa, SMK Sungai Isap, Kuantan lebih sempurna dan menarik.
2. Pelajar-pelajar dan staf muslim lebih selesa menunaikan amali ibadat solat.
3. Proses P&P yang dijalankan di surau lebih berkesan.
4. Menjadi salah satu mercu tanda istimewa untuk dilawati di SMKSI.

Cadangan membaik pulih dan penambahbaikan.

1. Menggantikan semua frame tingkap yang dimakan anai-anai.

2. Menukar pintu kayu (dimakan anai-anai) dengan pintu slaiding door.

3. Membaiki tandas yang tersumbat dan menukarkan pintu tandas surau.

4. Meyediakan peralatan ICT khusus untuk surau seperti LCD projektor dan skrin putih
bagi memudahkan aktiviti surau.

5. Menambahbaikan peralatan P&P dan amali di dalam surau seperti papan putih,
kerusi meja, almari dan tempat letak buku dan mushaf al-quran yang lebih baik dan
tahan.

6. Membeli peralatan tambahan untuk solat seperti tempat letak telekung solat
perempuan dan tempat letak sejadah atau karpet.

7. Membeli cat bagi tujuan mengecat bahagian dalam dan luar surau agar lebih cantik
dan membuat mural untuk lebih menarik dan memperlihatkan syiar islam dengan
lukisan mural ayat-ayat al-quran atau hadis.

1
Cadangan membaik pulih dan anggaran kosnya:

Anggaran
Bil Item Kuantiti Jumlah RM
RM
1. Menggantikan frame tingkap yang rosak. RM500.00 RM500.00 X 4 RM2000.00
2. Menukar pintu kayu kepada slaiding door. RM1500.00 RM2200.00 X 2 RM4400.00
3. Membaiki tandas dan pintu tandas surau. RM1000.00 RM1000.00 X 4 RM4000.00
Peralatan ICT:
RM1800.00 RM1800.00 X 1 RM1800.00
4. - LCD projektor
RM100.00 RM 100.00 X 1 RM100.00
- Skrin putih
Peralatan P&P dan amali dalam surau (yang RM200.00 X 20 RM4000.00
5. kekal dan tahan termasuk meja lipat/rehal), RM40.00 X 15 RM600.00
-
almari buku rujukan dan al-quran. RM300.00 X 2 RM600.00
Peralatan unttuk solat (sejadah baru, tempat RM60.00 X 20 RM1200.OO
6. letak telekung perempuan, tempat letak RM500.00 X 2 (almari) RM1000.00
sejadah) RM20.00 X 40 RM800.00
Cat bahagian dalam dan luar surau
7. (mengupah tukang cat luar yang mahir) dan RM200.00 X 6 RM200 X 6 tin cat RM1200.00
cat mural.
8. Tabir pemisah antara lelaki dan perempuan. RM20.00 sekaki RM20.00 x 40 kaki RM800.00
Ganti pintu bilik wuduk lelaki dan
9. RM850.00 RM850.00 X 4 RM3400.00
perempuan.
JUMLAH BESAR RM25,900.00

Sumber kewangan

Bagi menjayakan cadangan membaik pulih dan penambahbaikan surau tersebut kami
memohon sumbangan dari sektor awam dan swasta.

Harapan dan penutup.

Pihak kami amat berharap kertas kerja cadangan ini diterima dan diberi perhatian yang
sebaiknya, semoga ianya dapat direalisasikan demi kelangsungan dan penerusan amal dan aktiviti
Pendidikan Islam sebagaimana Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri yang menginginkan pelajar-
pelajar yang lahir daripada asas pendidikan yang baik menjadi insan berkualiti di dunia dan di akhirat
khususnya pelajar-pelajar islam di SMK Sungai Isap, Kuantan dan juga memberi keselesaan guru-guru
dan staf menunaikan ibadat.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………. …………………………………..…………
(SHARBI BIN ALI) (HJH. NORLIZA BINTI GHAZALI)
Setiausaha Pengetua
Surau al-Taqwa SMK Sungai Isap
SMK Sungai Isap, Kuantan Kuantan

Anda mungkin juga menyukai