Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI

35600 SUNGKAI, PERAK

KERTAS KERJA
SAMBUTAN MAULIDUR
RASUL TAHUN
2022 / 1444H

PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM/B.ARAB
1.         PENDAHULUAN

            Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Sungkai berusaha untuk mengadakan
aktiviti serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini. Sambutan Maulidur
Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah
saw. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat
baginda saw, Sebagaimana Allah SWT bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam
Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. (al-
Qalam:4)

            Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang
diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini, beberapa aktiviti telah dirancang yang akan melibatkan
semua guru dan murid sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu “ 1 Malaysia,1 Ummah.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping
menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid
supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw. Seterusnya
dapat menanamkan perasaan cinta dan kasih terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

           
2.         MATLAMAT

            Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap
tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan cara
hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mencontohi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala
keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

3.         OBJEKTIF

3.1  Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan
besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
3.2  Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
3.3  Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
3.4  Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.
3.5  Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam
pasukan.

4. TARIKH PELAKSANAAN

3 hingga 14 Oktober 2022


3 Oktober 2022 (Isnin) - Pembukaan Program Maulidur Rasul 2022
- Nasyid (Team sekolah)
- Selawat Pra sekolah
- Taklimat Sambutan Maulidur Rasul

4-13 Oktober 2022 (2 minggu) - Pertandingan Mewarna (Tahap 1, Pra, Pend. Khas)
- Pertandingan Tulisan Khat (Tahap 2)
Pertandingan Kuiz (Tahap 2)
5 & 12 Oktober 2022 (Rabu) - Persiapan Sepanduk mengikut Unit Beruniform (waktu Koko)
14 Oktober 2022 (Jumaat) - Perarakan Maulidur Rasul (Pertandingan Sepanduk)-
Tahap2
( 7;30 pagi-12;00 tgh) - Tayangan video (Tahap 1)
- Ceramah Maulidur Rasul
- Penyampaian Hadiah

18 Oktober 2022 ( Selasa ) – Ceramah Perdana “ Maulidur Rasul “ ( P.U Yeob)

5. TEMPAT
Dataran OKC

6.      SASARAN
Murid Islam Sekolah Kebangsaan Sungkai

7.   ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Sungkai

8. JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK

PENGERUSI : PN MARSITA BINTI ABDUL RAHMAN


(GURU BESAR SK SUNGKAI)
NAIB PENGERUSI 1 : PN SURAYA BINTI MOHD LOT
(PK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 2 : PN MUNAH BINTI OTHMAN
(PK HEM)
NAIB PENGERUSI 3 : PN RUSMALIZA BINTI KAMARUDDIN
( PK KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : EN MOHD NAIMI BIN MOHD NOOR
PENOLONG SETIAUSAHA PN NOR HASIMAH BINTI ARBAIN
AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM MAULIDUR RASUL

PENYELARAS PERSIAPAN SEPANDUK PERSIAPAN TEMPAT/BACKDROP


PN SITI FATIMAH BT ABD RAHMAN(K) PN NOR HASIMAH BINTI ARBAIN (K)
SEMUA GURU RUMAH SUKAN PN NUR DALILAH BINTI RAZEMI
EN MOHD FADLI BIN DUL RAZAK
PENGACARA MAJLIS
PN NIK SITI NOUR HIDAYAH BT MOHAMAD PERSEMBAHAN MURID
PN MAZLINA BT CHE YUSUF
PENYELARAS MEWARNA TAHAP 1 PN FARHANA BINTI TUMAR
PN SITI HALIMAH BINTI AHMAD(K)
PN NORMI ZARIFAH BT MOHD ISHA KETUA PERARAKAN DAN SELAWAT
EN MOHD ADLI BIN MOHAMAD(K)
PENYELARAS KUIZ TAHAP 2 EN MOHD NAIMI BIN MOHD NOOR
PN BADARIAH BT AHMAD(K) SEMUA GURU
PN RENNY MAZUIN BIN ABDOLL RAHIM
PENYELARAS PERTANDINGAN KHAT TAHAP 2
TAYANGAN VIDEO TAHAP 1 PN NOR HAZREEN MOHD BASIR (K)
PN NORAINI BT SHAARY PN ROSDA BINTI YUSOFF
PN NORLIZA BINTI ZAINAL ABIDIN
JURU GAMBAR/VIDEO
HADIAH MURID EN MOHD FADHIL BIN IBERAHIM (K)
PN MARIAH BT MOHAMAD PN RAFIDAH BINTI NAZRI
PN HASMITA BINTI ABD MAJID

DISIPLIN DAN KAWALAN MURID SIARAYA/TEKNIKAL


EN BAHARUDDIN BIN HJ BAKAR (K) EN SIRAJUDDIN BIN SALLEH (K)
EN AHMAD SHAFEQ BIN ABDUL RASHID NUR ALINA SYUHADA BINTI ABD RAHIM
EN NIK SYAKHINA AL-ARIFF BIN NIK DAUD
PN SURAYA BINTI SAMIN

9.         SUMBER KEWANGAN

            1.  Sumber Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab

           ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Hadiah pertandingan:
1. Hadiah pertandingan mewarna Pra Sekolah RM4 x 6 murid RM24
2. Hadiah pertandingan mewarna Tahap 1 RM4 x 27 murid RM108
3. Hadiah pertandingan kuiz tahap 2 RM4 x 24 murid RM96
4. Hadiah Pertandingan Tulisan Khat tahap 2 RM4 x 24 murid RM96
5. Hadiah Pertandingan Perarakan (hamper) RM 15 x 4 RM 60
kumpulan RM 60
6. Kain Sepanduk RM 50
7. Runcit
JUMLAH RM494
       
10.      TENTATIF

8.00 pagi : Perarakan Selawat Nabi Bersama Sepanduk (Tahap 2)


Tayangan Video (Tahap 1)
9.00 pagi : Rehat Tahap 1
9:30 pagi : Rehat Tahap 2
10:00 pagi : Ceramah Maulidur Rasul
(Al-Fadhil Ustaz Adli bin Muhammad -Cadangan
11:15 pagi : Penyampaian Hadiah
1. Pertandindan Mewarna Pra sekolah dan Tahap 1
2. Pertandingan Kuiz Tahap 2
3. Pertandingan Khat Tahap 2
4. Pertandingan Sepanduk

12:00 tgh : Bersurai

11.       PENUTUP 
            Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta diberkati oleh Allah Subhanahu Wa
Taala.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,


Mohd Naimi bin Mohd Noor Pn Marsita binti Abdul Rahman
Setiausaha Majlis Sambutan Maulidurasul Guru Besar
SK SUNGKAI SK SUNGKAI
                               

Anda mungkin juga menyukai