Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM

LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI


SEMPENA PERSARAAN PN. HJH. HAFSAH BINTI ABU SHAH
13 APRIL 2018 (JUMAAT) 8.00 MLM
MARINA BAY TANJUNG EMAS MUAR
Oleh : Ruzila Binti Jamiran

ATURCARA BUTIRAN PENYAMPAIAN CATATAN


Ketibaan Mengumumkan ketibaan yang diraikan Puan Hjh
tetamu & yang Hafsah Binti Abu Shah ke Majlis Lambaian Kasih
diraikan Sanjungan Budi.

MALAM YANG INDAH PENUH CERIA


Ucapan Aluan PENGHULU HARI YANG BERBAHAGIA PENUH
BERMAKNA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha
Cik Hajah Zaharah binti Md Top
Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1

Yang dihormati
En Azman Bin Ali, Guru Pen. Kanan Pentadbiran,
Pn. Rohaizah Binti Abdullah, Guru Pen Kanan HEM,
Pn. Zarinah Binti Mat Yassin, Guru Pen Kanan
Kokurikulum

Yang Dihormati
En. Norhisham bin Mustapha, Yang Dipertua PIBG
SK Sultan Abu Bakar (1).

Yang Dihormati
En Mohd. Hilmi Bin Abd. Rahman, Naib Yang
Dipertua PIBG SK Sultan Abu Bakar 1

Yang Diraikan
Puan Hjh Hafsah binti Abu Shah
Seterusnya
Rakan-rakan guru, staf sokongan, pengusaha kantin,
serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana


mengucapkan selamat datang ke :

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena


persaraan Puan Hjh. Habsah binti Abu Shah.

Kuning Emas masaknya padi


Mawar mekar dahannya berduri
Terima kasih daun keladi
Kerana sudi menghadirkan diri

Bacaan Doa Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Shihan Shah bin Abd
Rauf. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Mohd Shihan Shah bin
Abd. Rauf atas bacaan doa itu tadi.

Jamuan KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA


BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

Untuk itu dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian


menjamu selera didahului dengan bacaan doa makan.
Dipersilakan Ustaz Shihan
Ucapan Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Pengerusi
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang
Dihormati, En Zainudin bin Ahmad, Pengerusi Kelab
Kebajikan Guru dan Staff untuk menyampaikan
ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.


Zainudin bin Ahmad atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Yang Tumbuh selirat bunga melati,


Diraikan Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majlis menjadi kenangan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


diraikan Pn. Hjh. Hafsah binti Abu Shah untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Pn.


Hjh Hafsah Binti Abu Shah

Ucapan GB
BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Cik Hjh


Zaharah binti Md Top, Guru Besar SK Sultan Abu
Bakar 1 untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Cik Hjh Zaharah binti Md Top atas ucapan
itu tadi.
Penyampaian Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan
Hadiah/ cenderamata kepada yang diraikan
Cenderamata
Majlis menjemput Yang Diraikan Pn Hjh Hafsah
Binti Abu Shah dengan diiringi oleh Yang Berusaha
Cik Hjh Zaharah Binti Md. Top untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Majlis dengan
segala hormatnya memepersilakan.

Dijemput Yang Dihormati En Nor Hisyam Bin


Mustapha, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan
cenderamata daripada PIBG SK Sultan Abu Bakar 1.

Seterusnya, Dijemput …………………………………………………….


wakil daripada guru-guru SK Sultan Abu Bakar 1

Dijemput Tn Hj Zainuddin Bin Mahbob mewakili staf


sokongan SK Sultan Abu Bakar 1

Penutup Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan


cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis
Lambaian Kasih Sanjungan Budi untuk kali ini.

Buat Yang Diraikan, Pn. Hjh Hafsah Binti Abu Shah,


jelinglah kami jika rindu masih bertamu
sapalah kami andai mesra akrab berpadu
selamat bersara menjadi guru
semoga allah sentiasa memberkatimu

Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan majlis Lambaian
Kasih Sanjungan Budi pada malam ini.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh

Semua hadirin dijemput ke hadapan untuk sesi


fotografi.

Anda mungkin juga menyukai