Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

ENCIK ZAINUDIN BIN AHMAD


SK SULTAN ABU BAKAR (1)

HARI : KHAMIS (22 NOVEMBER 2018)


MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN BITARA

PERKARA BUTIRAN CATATAN


Ketibaan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Tetamu
Hari yang indah penuh ceria
Hari khamis yang  berbahagia penuh bermakna
kami bawakan kepada anda “Majlis Lambaian Kasih”
sempena persaraan Encik Zainudin Bin Ahmad

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dahannya berduri,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menghadirkan diri.

Duduk bersimpuh dengar luahan,


Duduk berteduh di bawah titi,
Kesultanan Melayu menjadi pilihan,
Moga teguh jalinan di hati.

Ikan merah ikan kerisi,


Masak bersama daun selasih,
Dewan Bitara menjadi saksi,
Lambaian Kasih Encik Zainudin yang dikasihi.

Buah pulasan di dalam tuan,


Sisip kuini dibawa ke pekan,
Atas alasan persaraan tuan,
Majlis ini kami adakan.

Pastinya meriah majlis hari ini


Bersama insan yang pernah menabur budi
sememangnya”Jasamu Dikenang Budimu Tak Terbilang,
Semangatmu Dijulang”….
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA…

1. Yang Berusaha Cik Hjh Zaharah Binti Md. Top,


Guru Besar, SK Sultan Abu Bakar (1)

2. Yang Dihormati, En. Azman Bin Ali


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

3. Pn. Rohaizah Binti Abdullah


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. Pn. Zarinah Binti Mat Yassin


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

5. Yang Diraikan, Encik Zainudin Bin Ahmad

6. Rakan-Rakan Guru , Staf sokongan Dan Murid-Murid


Yang Dirahmati Allah Sekalian…

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan


keizinannya dapat kita berkumpul pada hari ini ,hari yang
cukup bermakna, bagi mengabadikan kenangan bersama insan
yang banyak menabur jasa dan budi di Sekolah Kebangsaan
Sultan Abu Bakar 1.

Terlebih dahulu, pihak majlis mengalu-alukan kehadiran warga


SK Sultan Abu Bakar 1 atas kebersamaan menjayakan majlis
Lambaian Kasih persaraan En. Zainudin Bin Ahmad

Persembahan ANAK KECIL MENGAIL IKAN,


Murid MENGAIL IKAN DI DALAM TELAGA,
PERSEMBAHAN NYANYIAN KAMI SEMBAHKAN,
SEBAGAI BINGKISAN HALWA TELINGA.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan nyanyian daripada murid-murid pendidikan khas.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada murid-murid


pendidikan khas atas persembahan nyanyian sebentar tadi.
Bacaan Doa MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN,
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN,
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN,
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Dengan itu, majlis mempersilakan alfadhil Ustaz Saiful


Bahri Bin Abd. Rahman untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

*****amin amin ya rabbal ‘alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Saiful


Bahri Bin Abd. Rahman atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian


Wakil Murid
Majlis menjemput saudari Nur Syahirah Balqis AlMujib ,
Ketua Murid Pendidikan Khas bagi mewakili para pelajar
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***************(Ucapan wakil Murid)

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur Syahirah Balqis


AlMujib atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Guru BUNGA DISEMAT BIRU NILA,


Besar MARI DIAMBIL DI TANJUNG BIDARA,
DENGAN HORMAT KAMI PERSILA,
TUAN TAMPIL MENGUNGKAP BICARA.

Hadirin Sekalian,

Persada ucapan diteruskan lagi. Dengan itu, majlis dengan


hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Cik Hjh Zaharah
Binti Md. Top, Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1 untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan ….

******Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha, Cik Hjh Zaharah Binti Md. Top yang atas ucapan
sebentar tadi
Biodata yang SUDAH BIASA KITA DENGARI,
dirai PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI,
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

Seterusnya, izinkan saya untuk membacakan biodata insan


yang dirai ………..

Ucapan Yang DIPETIK TUAN BUAH CEMARA,


Dirai JANGAN DIRENTAP PUCUKNYA MATI,
SUNGGUHPUN TUAN AKAN BERSARA,
SUDIKANLAH SETITIP UCAPAN KAMI MENANTI.

Dengan itu, majlis berbesar hati mempersilakan yang


diraikan puan Encik Zainudin Bin Ahmad untuk menyampaikan
ucapan. dengan segala hormatnya dipersilakan…

******selesai ucapan
BURUNG ARUAN DI DALAM HUTAN,
BINA SARANGNYA DI POHON CEMARA,
BERSARA TUAN DARI PERKHIDMATAN,
IBARAT HILANGNYA SATU MUTIARA.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada yang diraikan Encik Zainudin Bin Ahmad atas
ucapan itu tadi.

Tayangan POHON JATI TEMPAT KELISI,


Multimedia MERBAH BERSARANG DI DAHAN MELATI,
KAMI SEMBAHKAN TAYANGAN INFORMASI,
SEMOGA TUAN SENTIASA DI HATI.

Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan


multimedia ini….

Potong Kek SUDAH TERADAT SI ANAK LELAKI,


MATI BERJUANG, BERUNDUR JANGAN,
BERANI KAMI MENJUNJUNG ADAT;
BUKAN MEMBERI KATA DAN PUJI,
HANYA BUDI DALAM INGATAN,
BUAT KENANGAN SEPANJANG HAYAT.
Majlis seterusnya mempersilakan Cik Hjh Zaharah Binti Md.
Top, Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1, semua guru penolong
kanan, guru-guru dan staf bagi mengiringi yang diraikan
Encik Zainudin Bin Ahmad untuk menyempurnakan upacara
memotong kek dan seterusnya sesi bergambar kenangan.
Dipersilakan

Beri hadiah TEMPURUNG KELAPA DI TANJUNG PURI,


individu BUAT HIASAN JADIKAN BARANGAN,
TIADA APA DAPAT DIBERI,
TERIMALAH BINGKISAN BUAT KENANGAN.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-


kenangan.
Untuk itu, majlis mempersilakan yang diraikan Encik Zainudin
Bin Ahmad diiringi oleh Cik Hjh Zaharah Binti Md. Top untuk
menerima cenderamata tersebut…

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DIMULAKAN


DENGAN :
Tahun 1,2,3,4,5,6 & Pendidikan Khas

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI


MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATI
MAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA
DISEDARI
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH
BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN
INGATAN………...

Pada Encik Zainudin Bin Ahmad yang akan pergi meninggalkan


kami di SK Sultan Abu Bakar 1 ini,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,
Selamat bersara menjadi guru,
Semoga Allah sentiasa memberkati dalam setiap langkahmu…
Walaupun pahit untuk ditelan, namun perpisahan ini terpaksa
kami relakan.
Semoga memori di SK Sultan Abu Bakar 1 terus terpahat di
sanubari….
TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN

Hadirin sekalian ,
Majlis kita telah sampai di penghujungnya.Sebelum bersurai
majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan
Encik Zainudin Bin Ahmad atas kesudian bersama kami dalam
majlis ini.

Akhir kata, majlis mengucapkan terima kasih kepada semua


guru, staf dan murid-murid atas kebersamaan memeriahkan
majlis “Lambaian Kasih “

DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL,


MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI,
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.

SEKIAN.
WABILLAHITAUFIKWAHIDAYAH.
WASSALAMUALAIKUM WBT…

Sesi Semua murid mohon berdiri untuk bersalaman dan


bersalam & Lambaian Kasih
berselawat
Encik Zainudin Bin Ahmad dilahirkan tanggal 3 April 1964 di Muar. Encik
Zainudin merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik-beradik. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Abdullah Sungai Mati.
Kemudian, beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka pada
usia 12 tahun. Seterusnya meneruskan pendidikan peringkat menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Leleh Melaka dan kemudian berpindah ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar Sungai Mati ketika usia 15
Tahun.
Kemudian, Pada tahun 1983 hingga 1984 beliau meneruskan pengajian di
Tingkatan 6 di Sek. Men. Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam Segamat.
Pada tahun 1987 beliau mendapat tawaran daripada Maktab Perguruan Ipoh
Perak dan berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Sijil Perguruan pada
tahun 1989.
Encik Zainudin telah menamatkan zaman bujang pada tahun 1989 ketika usia 24
tahun bersama piihan hatinya iaitu Puan Farhana Binti Mohd. Fadhil. Hasil
perkahwinan, beliau dikurniakan 6 orang cahayamata iaitu 4 orang putera dan 2
orang puteri.
Encik Zainudin telah mula berkhidmat sebagai seorang pendidik bermula dari 1
Disember 1989 di SK LKTP Nitar 2 Mersing selama 10 tahun. Namun, oleh kerana
sukakan cabaran dan sesuatu yang baru, beliau kemudian berpindah ke kampung
halaman dan meneruskan perkhidmatan sebagai pendidik di Sekolah Kebangsan
Rawang, Tangkak pada 1 Januari 2000. Selepas 2 tahun, beliau berpindah pula
ke Sekolah Kebangsaan Sungai Abong, Muar pada tahun 2002.
Selepas 12 tahun, beliau kemudian menukar opsyen mengajar daripada Matematik
ke opsyen Pendidikan Khas dan berpindah ke sekolah ini pada 3 April 2004.
Walaupun hanya 4 tahun berkhidmat di sekolah ini, namun khidmat bakti yang
diberikan kepada sekolah dan murid-murid begitu banyak. Beliau merupakan
seorang guru yang penyayang dan sangat disenangi. Sikap beliau yang suka
bergurau menyebabkan beliau mudah didekati. Walaupun kadang-kadang
menyakitkan hati. Maaf ye bergurau je..Beliau juga seorang yang ringan tulang
dan mudah bertoleransi. Semoga khidmat bakti dan jasa yang diberikan akan
dikenang dan kukuh diingatan.

BANYAK DURI PERKARA DURI,


TIDAK SAMA DURI MENGKUANG,
BANYAK BUDI PERKARA BUDI,
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG.

Anda mungkin juga menyukai