Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN SYARUDDIN BIN KATDERI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan TN HJ SYARUDDIN


BIN KATDERI diiringi Tuan Pengetua EN AZMAN HARUN

KATA ALUAN Yang Berusaha, En Azman Harun, Pengetua SMK Klebang


Besar,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
Barisan Ketua Bidang,
Yang diraikan, Tn Hj Syaruddin Bin Katderi
Barisan guru dan rakan staff sokongan serta para pelajar
yang disayangi.

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Kenaikan


Pangkat”.

BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi berbahagia


ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Al-Fadil Ustaz Khalil.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khalil atas bacaan doa


itu tadi.

UCAPAN Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


PENGETUA Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Hadirin sekalian

Tibalah masa kita mendengar ucapan yang berusaha Tuan


Pengetua, En Azman Harun. Majlis mempersilakan.
***
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan
itu tadi.

UCAPAN TN HJ Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


SYARUDDIN ucapan daripada Yang Diraikan Tn Hj Syaruddin Bin Katderi.
BIN KATDERI Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Syaruddin Bin Katderi atas
ucapan yang begitu bermakna sebentar tdi.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian


CENDERAHATI
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk
mengiringi Yang Diraikan Cikgu Syaruddin Bin Katderi untuk
menerima hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***
BACA SENARAI PENYAMPAI HADIAH
***
Itulah tadi, penyampaian cenderahati kenang-kenangan
khusus buat Yang Diraikan Tn Hj Syaruddin Bin Katderi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderahati sebentar tadi.
PENUTUP Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima
kasih diucapkan kepada Tn Hj Syaruddin Bin Katderi kerana
sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua
mendoakan agar Cikgu Syaruddin ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang sudi


meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai