Anda di halaman 1dari 19

SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

TEKS PENGACARA MAJLIS

SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH


SK LELA PAHLAWAN LINGGA, SRI AMAN

ATUR CARA

8.00 pagi - Murid dan jemputan mengambil tempat duduk


0900 pagi - Ketibaan yang diraikan Cikgu Jainuddin bin Haji Hajimi

- Nyanyian lagu Negaraku


- Ibu Pertiwiku

- Lagu Sekolah
- Bacaan Doa

- Kata-kata aluan daripada Guru Besar ( En.Morshidi Bin Uki)


- Ucapan daripada yang diraikan Cikgu Jainuddin bin Haji Hajimi

- Persembahan
- Tayangan memori tercipta

- Penyampaian Cenderahati
- Merarau

- Perbarisan dan lambaian daripada guru dan murid


- Bersurai

Page 1
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

**5 minit Assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi NAEMAH


sebelum
majlis Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua hadirin
ke Majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa


makluman kepada para hadirin.
Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku
program. Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk
tidak mengaktifkan telefon bimbit atau meletakkan nada
’senyap’ bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini.
Mohon kerjasama para hadirin agar berdiri semasa perarakan
masuk tetamu kehormat sebaik sahaja tetamu kehormat tiba.

Me ngumumkan........ SYAMIMI
Ketibaan
yang diraikan Ketibaan Yang Diraikan..En. Jainuddin bin Haji Hajimi Diiringi
Guru besar Sk Lela Pahlawan, masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum waramatullah
hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang berusaha Encik Morshidi bin haji Uki Guru besar Sk Lela
Pahlawan,

Yang Dihormati, Puan Nazarhiyah Binti Rosli .. Yang DiPertua


PIBG,

Yang Dihormati Ayahanda Temenggung Tuan Haji Muhammad

Page 2
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Syah Bin Acang

Encik Noh bin Mik penolong kanan kokurikulum ,

Pn Oktovia anak rampai,penolong kanan HEM

Yang diraikan Encik Jainuddin bin Haji Hajimi

Guru- guru Sk Lela pahlawan, rakan AKP, Barisan Exco Pibg,


wakil ketua2 kaum dan ibu bapa , serta warga dewan yang
dirahmati sekalian,

Selamat Datang ke :
“Majlis Lambaian Budi Sanjungan Kasih”

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu


Negaraku, dan ibu pertiwiku

Para hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Mukadimah NAEMAH
Alhamdulillah…syukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurnianya kita dapat berkumpul pada pagi yang mulia ini dalam
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan Penolong
Kanan Pentadbiran SK Lela Pahlawan, Encik Jainuddin Bin
Hajimi yang akan meninggalkan Sk Lela Pahlawan untuk
menyambung pelajarannya ke peringkat PHD

Page 3
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat NAEMAH


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Adik Aniq Zaqwan bin Zahendi
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan....…

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin,


Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita akan mendapat
rahmat dan barakah sehingga ke penghujungnya.

Guru besar SYAMIMI


Ucapan alu-
hadirin yang dihormati sekalian,
aluan
bukan keris tanpa ulunya
bukan majlis kalau tanpa ucapannya

sebagai pembuka persada ucapan. majlis dengan hormatnya


mempersilakan yang Guru besar Sk Lela Pahlawan, Encik
Morshidi Bin Haji Uki untuk menyampaikan ucapan.

majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Page 4
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

**ucapan aluan

tumbuh selirat bunga melati,


mari direnjis dalam jambangan,
ucapan tersirat seribu erti,
semoga majlis menjadi kenangan.

majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


yang berusaha guru besar atas ucapannya sebentar tadi.
Ucapan yang diraikan ( Encik Jainuddin) NAEMAH

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
.

Warga dewan sekalian,


Seterusnya majlis mempersilakan yang diraikan, Encik
Jainuddin bin Haji Hajimi untuk memberikan sepatah dua kata .
Dengan segala hormatnya dipersilakan,

**UCAPAN
BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Encik Jainuddin Hajimi atas ucapan sebentar tadi.

Page 5
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

.
Persembaha
n
Pisang emas di atas peti,
masak sebiji terus dimakan,
tiba masanya menyaksikan persembahan,
Semoga hadirin terhibur di hati.

SYAMIMI (1) Majlis kita akan diteruskan lagi dengan


persembahan pertama daripada MURID TAHUN 2 …..
dipersilakan…

Sungguh indah persembahan daripada anak-anak murid kita.


Berikan tepukan gemuruh.

NAEMAH (2) Hadirin yang dirahmati sekalian, persembahan


yang kedua kita merupakan persembahan nasyid dari kelas
tahun 6 yang berjudul Guruku.

Berikan tepukan gemuruh.

SYAMIMI (3) Baiklah, Persembahan seterusnya adalah


deklamasi sajak yang akan disampaikan oleh adik dayang
adeena kahesa binti abg fahmi dan adik muhd akmal amanullah
bin Rahman dari kelas tahun 5 di bawah pimpinan cg rabeah
maduni….dipersilakan
Page 6
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

NAEMAH (4) Seterusnya majlis diserikan lagi dengan


persembahan Daripada murid PPKI dan PRA dengan lagunya
Terima Kasih Guru Persembahan ini adalah di bawah pimpinan
Cikgu Siti Fatimah dan Cikgu Emma.
Dipersilakan…..

Sungguh bersemangat sekali persembahan daripada murid PPKI


dan Pra sebentar tadi.

SYAMIMI (5) Baiklah, persembahan terakhir kita adalah


persembahan nyayian daripada murid tahun 5 yang bertajuk
When Well I See You Again ...Dipersilakan…

**berikan tepukan gemuruh kepada anak-anak didik kita atas


persembahan yang begitu bersemangat sekali. Diharap para
tetamu terhibur dengan setiap persembahan yang telah
diberikan.

Tayangan Pakaian dipakai kemas dan rapi, NAEMAH


multimedia
Dihias senyuman manis di muka,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa tayangan memeori tercipta,

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita menyaksikan


persembahan tayangan memori tercipta yang telah disediakan.
Page 7
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Dipersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan tayangan yang begitu menarik sebentar tadi.

Penyampaian Penyampaian cenderamata SYAMIMI


cenderamata
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

Hadirin dan hadirat sekalian,


Atut cara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang kenangan buat insan yang
kita raikan pada hari ini.

majlis menjemput dan mempersilakan yang dihormati, Encik


Morshidi bin Haji Uki dan diiringin oleh puan Nazarhiyyah Binti
Rosli  untuk menyampaikan cenderamata buat kenang-
kenangan kepada Encik Jainuddin bin HajiHajimi. Dipersilakan

Penyampaian hadiah dari setiap kelas yang akan disampaikan


oleh ketua kelas…dipersilakan ketua kelas dari

Page 8
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

pra
ppki
tahun 1
tahun 2
tahun 3
tahun 4
tahun 5
tahun 6

terima kasih diucapkan kepada


atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi..

KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

begitulah tadi ,upacara penyampaian cenderamata kenang-


kenangan khusus untuk Encik Jainuddin bin Haji Hajimi.

Penutup (NAEMAH) Para hadirin sekalian dengan penyampaian NAEMAH


cenderamata itu tadi, maka berakhir lah sudah majlis kita pada
pagi yang mulia ini.,

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Page 9
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu
Jainuddin bin Haji Hajimi akan sentiasa sihat dan menikmati
hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat menyambung pelajaran Cikgu. Segala kenangan akan


terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima
kasih diucapkan kepada Yang diraikan Encik Jainuddin Bin
Hajimi kerana sudi bersama kita pada pagi ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin


yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis ini.

SYAMIMI

Pihak AJK Pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kepada


semua pihak yang memberi kerjasama sehingga majlis pada
hari ini dapat disempurnakan dengan lancar. Ribuan ampun
dan maaf atas segala kekurangan, sepanjang pengendalian
majlis.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Page 10
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Para tetamu kehormat dipersilakan ke


…………………………………………….. untuk jamuan. Ibu bapa
dijemput untuk mengambil makanan di meja belakang dewan.
Murid-Murid dipersilakan mengambil makanan di meja kelas
masing-masing.

Makluman kepada semua murid, selesai sahaja majlis merarau


kita nanti diminta semua beratur disepanjang koridor untuk
sesi bersalaman dan lambaian terakhir kepada PK
Pentadbiran .. Cikgu Jainuddin Bin Hajimi

Sebelum bersurai , kita akhiri majlis dengan bacaan tasbih


kafarah dan surah al-‘Asr.

Sekian sahaja dari kami. Kami akhiri dengan lafaz yang mulia
Wabillahitaufikwalhidayah.. wassalamualaikum wbt.

****** NAMA SPONSER MUN KENA BAGI TAHU******

Page 11
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Persembahan Majlis kita akan teruskan lagi majlis dengan persembahan SYAMIMI
/
daripada
Pertandingan

*terima kasih atas persembahan yang menarik itu tadi.


Persembahan Guru
(1)Nyanyian
Page 12
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Tajuk :
Daripada barisan guru guru lelaki SK Lela Pahlawan…
Dipersilakan…..

Nyanyian yang sangat menusuk kalbu daripada barisan guru


guru kita.

Hadirin yang dirahmati sekalian, persembahan seterusnya


merupakan persembahan nyanyian

Persembahan Guru
(2)Nyanyian
Tajuk : Raya Raya Raya
Daripada barisan guru guru perempuan SK Lela Pahlawan…
Dipersilakan…..

Sungguh bersemangat sekali guru- guru kita. Berikan tepukan


gemuruh.
FATIMAH
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi
pertandingan pakaian cantik kategori murid sempena Ramah
Mesra Aidilfitri dan Pra Gawai.

Pakaian tercantik bagi kategori murid lelaki,


Jatuh kepada

Page 13
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

dari kelas
Dipersilakan untuk naik ke pentas.

Seterusnya, pakaian tercantik kategori murid perempuan


dimenangi oleh
Adik___________________________ dari tahun________
Tahniah diucapkan kepada para pemenang

Pakaian dipakai cantik berseri,


SYAMIMI
Majlis Keraian kita semua,
Majlis ini takkan berseri.
Tanpa persembahan berselang seli.

Persembahan Murid
(3) Tarian Etnik Borneo dan Tarian Joget Warna - warni
Aidilfitri
Di bawah pimpinan Pn Patricia anak Howell…
Dipersilakan…..

Begitulah tadi persembahan tarian daripada murid tahun


3,4,5,6….berikan tepukan yang gemuruh…persembahan yang
sungguh memukau.

Page 14
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Majlis diserikan lagi dengan Persembahan nyanyian daripada FATIMAH


Guru Kafa yang bertajuk ………………………………………………….
(4) Nyanyian
Tajuk:

Dipersilakan…..

**Berikan tepukan gemuruh bagi

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan Permata berlian, SYAMIMI
Tibalah masa pakaian tercantik guru perempuan,
Debar di dada mengharapkan kemenangan

Debar semakin terasa, siapakah guru perempuan berpakaian


paling cantik hari ini?
Pemenang, bagi pakaian tercantik kategori guru dan staff
perempuan..
__________________________
Tahniah diucapkan.

Yang berpakaian paling cantik sudah di umumkan, tiba


masanya untuk pakaian paling bergaya pula. Pemenang
pakaian tercantik kategori guru dan staff lelaki dipersilakan

Page 15
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Persembahan AKP

(5) Nyanyian FATIMAH


Dipersilakan…..

Terima kasih atas persembahan yang begitu memukau itu tadi.

Seterusnya,
Persembahan Murid SYAMIMI
(6) Tarian
Tajuk: Lavida Raya
Daripada: murid tahun 4
Di bawah pimpinan ustazah Naemah
Dipersilakan…..

Cenderamata/ Sidang hadirin sekalian SYAMIMI


cenderahati Sebagai tanda terima kasih, sudilah apa kiranya Yang
Berhormat untuk menerima cenderamata kenang-kenangan
sempena sambutan ramah mesra aidilfitri dan pra gawai SK
Lela Pahlawan tahun 2022 Untuk itu majlis menjemput Guru
Besar SK LELA PAHLWAN untuk menyampaikan cenderamata
tersebut kepada Yang Berhormat DATO SRI HAJAH ROHANI
BINTI ABDUL KARIM, dengan diiringi oleh Yang Berusaha , PK1
SK LELA PAHLAWAN EN Jainuddin bin Haji Hajimi.

Page 16
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Untuk itu dipersilakan……….

Persembahan Murid
FATIMAH
(7) Nyanyian solo
Tajuk:
Daripada:
Dibawah Pn Suriaty
Dipersilakan…..
Persembahan Murid
(8)
Tajuk:
Daripada: murid tahun 1
Dibawah pimpinan pn Rabeah
Dipersilakan…..

Hadiah kelas terbuka SYAMIMI

Acara diteruskan lagi dengan pengumuman pemenang meja


berhias terbaik untuk jamuan Raya Aidilfitri dan Pra Gawai SK
LELA PAHLAWAN bagi tahun 2022.

Tempat pertama:
Tempat kedua:
Tempat Ketiga:
Saguhati:

Dengan penyampaian hadiah itu tadi, berakhir lah majlis kita FATIMAH
pada pagi yang harmoni ini. Sekalung penghargaan yang tidak
terhingga diucapkan kepada yang Berhormat DATO SRI HAJAH
Page 17
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

ROHANI BT ABDUL KARIM, PENASIHAT PREMIER SARWAK


MERANGKAP AHLI PARLIMEN P .201 BATANG LUPAR, atas
kesudian meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini.

Bagi pihak AJK Pengelola mengucapkan ribuan terima kasih


kepada semua pihak yang memberi kerjasama sehingga majlis
pada hari ini dapat disempurnakan dengan lancar. Ribuan
ampun dan maaf atas segala kekurangan, sepanjang
pengendalian majlis.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Lebat rumbia di sungai Kedah,


Sayang Senduduk di tepi Muara,
SYAMIMI
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Sebelum bersurai , kita akhiri majlis dengan bacaan tasbih


kafarah dan surah al-‘Asr.
Para tetamu kehormat dipersilakan ke
…………………………………………….. untuk jamuan.

Sekian sahaja dari kami. Kami akhiri dengan lafaz yang mulia
Wabillahitaufikwalhidayah.. wassalamualaikum wbt.

Page 18
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2022

Encik Ahamad Bin Brahim (Mantan Guru Besar SK Lela Pahlawan)


Encik ismail bin Sili ( Guru besar sk pulau seduku)

Encik Muhd Fuad Augustine Bin Abdullah (Guru Besar Sk Sri Aman)
Encik Yahkup Bin Rahim (Guru Besar SK Agama (MIS) Sri Aman)

Page 19

Anda mungkin juga menyukai