Anda di halaman 1dari 7

Agenda TEKSTeks Pengacaraan

PENGACARA MAJLIS Catatan


MAJLIS
Peringatan : ANUGERAH KECEMERLANGAN TASKI 2022
ILSAS BANGI
1- Patuhi SOP 12 FEBRUARI 2023
2- Sentiasa memakai pelitup muka
3- Penjarakan Fizikal
4- Matikan telefon bimbit atau pastikan berada dalam mode
senyap

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj Samian b Mohd


Perasmi Ali dan Sdr Khairuddin b Abad bersama dif-dif kehormat masuk ke
dalam dewan.

Hadirin dipersilakan berdiri.

Marilah sama-sama kita menyanyikan :-

1- Asma Husna
2- Lagu Negaraku
3- Lagu ABIM

Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan alu-
aluan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuallahi
Pengerusi wabarakatuh
Majlis

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Majlis mengalu-alukan kehadiran

Yang berbahagia Tuan Hj Samian b Mohd Ali


Pengarah Pengurusan & Kewangan Yayasan Takmir

Yang Berbahagia Sdr Khairudin Abas


Pengurus TASKI

Yang Berbahagia
Yang Berusaha,

Ibu-ibu, bapa-bapa dan murid-murid TASKI ABIM,

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat yang dihormati


sekalian.

Marilah sama-sama kita mulakan majlis pada hari ini dengan bacaan
Ummul Furqan Al-Fatihah.

Bersyukur ke Hadarat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-


Nya dapat kita bertemu buat sekian kalinya dalam MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN TASKI 2022.

Majlis ini merupakan salah satu program tahunan khasi untuk


meraikan murid-murid 6 tahun yang akan menamatkan sesi pra
sekolah di Taski.

Bacaan Doa Buluh di asah jalinan disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh:

Adik Khairul Adlan b Khairul Anuar (Taski Al Husna). Majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan.

….………………………….Bacaan Doa……………………………………

Amin amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Adik Khairul Adlan b Khairul Anuar (Taski Al Husna). atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

Bacaan ayat- Hadirin sekalian, Seterusnya Majlis dengan penuh takzim menjemput
ayat suci Al- Adik Daiyan Syafi b Shahrulazrin Taski Dar Mumtaz untuk
Quran memperdengarkan bacaan suci ayat al-quran dari ayat Kursi dan akan
diterjemahkan oleh Adik Nusaibah bt Abdul Razak juga dari Taski Dar
Mumtaz. Fa Ya Tafadhol Masykura

Dipersilakan.

*****************Bacaan Al Quran***************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Daiyan Syafi b


Shahrulazrin dan Adik Nusaibah bt Abdul Razak atas bacaan Al Quran
dan terjemahan sebentar tadi. Semoga kita sama-sama dapat
memahami bacaan itu seterusnya menjadi ibrah dalam kehidupan
seharian.

Ucapan Makan nasi di tepi bendang,


Perasmian Bersambal tumis ikan bilis,
Datangkah tuan kami mengundang,
Tampil ke depan merasmi majlis.

Bagi menyerikan majlis pada pagi ini, majlis dengan penuh hormat
dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj Samian b
Mohd Ali Pengarah Pengurusan dan Kewangan Yayasan Takmir untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN TASKI 2022. Majlis dengan sukacitanya,
mempersilakan.

………………………Ucapan Perasmi……………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berbahagia, Yang Berbahagia Tuan Hj Ishak b
Alishah , atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Kini
rasmilah sudah MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TASKI 2022.
Persembaha Bagi menghangatkan lagi suhu majlis kita pada pagi ini, marilah sama-
n Pentomin sama kita menyaksikan Persembahan Pertama hari ini daripada Taski
Bestari Al Hikmah, Surada yang mempersembahkan persembahan
pentomin MAT KILAU. Dipersilakan.

Berikan tepukan gemuruh untuk Taski Bestari Al Hikmah, Surada .


Terima kasih atas persembahan yang sangat menghiburkan sebentar
tadi.

Kini, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil untuk murid-


murid 6 tahun TASKI Al Hikmah Sg Merab
Penyampaian
Anugerah Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn Hj Samian
b Mohd Ali diiringi Yang berusaha Pn Khairani Thanin tampil ke
pentas untuk menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.
Sesi 1 ………………… Sesi penyampaian hadiah………………

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Samian b Mohd Ali


dan Yang berusaha Pn Khairani Thanin , atas penyampaian sijil
sebentar tadi.

Persembaha Sehabis merah daun yang sihat


n Murid Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan istimewa kami persembahkan

Hadirin sekalian,

Bagi terus menceriakan suasana pagi ini, marilah sama-sama kita


menyaksikan persembahan Medley 3 Bahasa yang akan
dipersembahkan oleh adik-adik Taski Al Habib Bandar Baru Bangi.
Dipersilakan

************ Persembahan Istimewa *************

Tepukan gemuruh sekali lagi kita berikan Taski Al Habib Bandar Baru
Bangi

Penyampaian Seterusnya, Penyampaian sijil diteruskan lagi dengan mempersilakan


Sijil Sdr Khairuddin Abas diiringi Yang berusaha Pn Khairani Thanin tampil
ke pentas untuk menyampaikan sijil kepada Taski Dar Mumtaz
Seksyen 7. Dipersilakan.

Sesi 2 ………………… Sesi penyampaian sijil…………………………………..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Sdr Khairuddin Abas


dan Yang berusaha Pn Khairani Thanin , atas penyampaian sijil
sebentar tadi.

Persembaha Hadirin dan hadirat sekalian


n
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan Nasyid yang akan
dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid SEMI Seremban.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Nasyid SEMI


SEREMBAN atas persembahan nasyid yang menarik sebentar tadi.

Penyampaian Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Sijil
Kolah rupanya disangka perigi
Seela dekat ke arah titi
Penyampaian sijil diteruskan lagi
Sesi 3 Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Anugerah Warga cemerlang tersenyum manis


Khas Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Sesi 3
Sebelum itu, majlis mempersilakan YBhgia Tn Hj Mohd Musleh b
Yunos, Ketua Pengarah YTP diiringi Tn Hj Ishak b Ali, Pengarah Taski
YTP untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan Sijil Penghargaan
kepada Jawatankuasa IKSA kali ke 20 tahun 2021.

Hadiah diatur Nampak kemas


Tuan yang berbahagia senyum purnama
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Utama

Syabas dan Tahniah kepada para peserta, guru pembimbing dan


pihak sekolah yang telah bertungkus lumus memberi yang terbaik
sepanjang pertandingan ihtifal ini berlangsung walaupun pelbagai
halangan di hadapi di era pandemic covid 19 ini. Turut tidak
dilupakan kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan kepada anak-anak.

Lagu Sebelum majlis berakhir, marilah sama-sama semua hadirin dan


Perjuangan hadirat untuk kita berdiri dan menyanyikan lagu Perjuangan ABIM.
ABIM Dipersilakan.

Penutup Yang kapas nampaknya telah menjadi benang


Yang benang telah menjadi kain
Yang seinci telah menjadi sekaki
Yang sejengkal telah menjadi sedepa.
Yang busut nampaknya telah menjadi bukit
Yang bukit nyata telah menjadi gunung
Sidang hadirin sekalian,

Dengan ini berakhirlah sudah MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN TASKI 2022. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini terutama
Ybhg Tuan Hj Samian b Mohd Ali dan Sdr Khairuddin Abas serta dif-
dif kehormat. Diharap majlis anugerah ini dapat terus melahirkan
murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum seterusnya menjadikan TASKI ABIM sebagai pilihan yang
terbaik .

Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa yang


terlibat dalam penganjuran MAJLIS ini sama ada secara langsung
mahupun tidak.

Renungilah kata-kata seorang cendikiawan

“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha
secara luar biasa “

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap di maaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Semoga kita berjumpa lagi.

Akhirul kalam, kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah
al-asr..

Sekian, wabilahitaufiq walhidayah ilal liqa ma’as salamah.

Sesi
Bergambar

Anda mungkin juga menyukai