Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENUTUPAN


CERIATHON ILMI 2015.
08-08-15
OLEH : MUZAKKIR MOHD NOOR &
FIKRIL HAKIM
AGENDA
Acara 1

TEKS PENGACARAAN
Mengumumkan ketibaan

Ketibaan
Perasmi

Yang Berhormat Tn Hj Khasim b Abd Aziz


dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke
dalam khemah.

Acara 2

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Ucapan Alualuan
Pengerusi Majlis

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

CATATAN
Muzakkir

Muzakkir

Fikril

Sama-Sama
Muzakkir
FIkril

Yang Berhormat
Tn Hj Khasim b Abd Aziz
ADUN Lembah Jaya

Muzakkir

Yang Dihormati
__________________________
Pengerusi Ahli Lembaga _______________

Fikril

Yang Dihormati
En Sharizan .
Yang Dipertua PIBG ILMI

Muzakkir

Yang Berusaha
Us Mazlan b Awang
Pengetua dan Guru Besar Ilmi

Fikril

Yang Dikasihi
Ustzaz Habib
Pengarah Sambutan Hari Raya dan
Penutupan Ceriathon 2015

Muzakkir

Guru Guru Penolong Kanan, Guru-guru,


Ahli Ahli Jawatankuasa PIBG, para
ibubapa seterusnya para pelajar yang
dirahmati Allah sekalian.

Muzakkir

Fikril
Marilah sama-sama kita mulakan majlis
pada hari ini dengan bacaan Ummul
Furqan Al-Fatihah.

Fikril

Ke Pekan Ampang membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis Bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah
Muzakkir
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita masih diberikan kesempatan untuk
menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa . Syukur juga
kerana kita sama-sama dapat berkumpul
di Dataran ILMI
yang ceria ini untuk
meraikan majlis Sambutan hari raya
Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun
2015 dan juga Majlis Penutupan Ceriathon
2015. Alhamdulillah semoga dengan hasil
kutipan ceriathon pada tahun ini dapat
membantu
meningkatkan
dan
membangunkan insfrastruktur sekolah
yang kita sayangi ini.
Acara 3
Bacaan Al-Quran

Terbang bebas si rama-rama


Teratai mekar di tengah lembah
Mengalunkan suara semerdu irama
Bacaan al-quran kini dipersembah

Fikril

Marilah kita sama-sama menghayati


bacaan Al-Quran daripada Saudara
Muhammad Khair Aqeem b. Rozani dari
Tingkatan 4 Al-Farabi yang mana akan
memperdengarkan bacaanya dari surah
Al-Baqarah .bermula ayat 183 ayat 189.
Dipersilakan.

Muzakkir

Fikril

Begitulah alunan ayat-ayat suci Al-quran


yang dibacakan oleh Saudara Khair
Aqeem . Majlis mengucapkan terima kasih
di atas bacaan Al-Quran itu tadi. Semoga
kita semua dapat memahami maksud
ayat yang dibacakan tadi.
Acara 4
Ucapan
Pengetua

Pulut dihidang enak rasanya


lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan pengetua bermula bicara
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan
dengan ucapan Pengetua dan Guru Besar
Ilmi. Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Ust
Mazlan
b
Awang,
untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
************ ucapan
pengetua****************

Muzakkir

Fikril

Muzakkir

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Yang Berusaha Ust Mazlan b
Awang, atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.
Acara 5
Ucapan
Pengelola

Seterusnya , majlis mempersilakan Yang Muzakkir


Dihormati
_______________________
,
________________ untuk memberi ucapan
sepatah dua kata. Dipersilakan.
************ ucapan
pengelola****************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Dihormati
___________________, atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Fikril

Acara 6
Ucapan
Perasmian

Bertemu Kita Di Pagi Ceria


Menjalin Ikatan Di Aidilfitri
Sambutan Aidilfitri Aktiviti Mulia
Bina Perpaduan Dan Jatidiri.
Berbilang Kaum Hidup Bersama
Bersopan Santun Amatlah Mesra
Tak Kira Bangsa Juga Agama
Aidilfitri Di Sambut Dengan Gembira
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Fikril
Muzakkir
Muzakkir
Fikril
Muzakkir

Kini tibalah kita kepada acara yang


dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu
kehormat. Maka majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Berhormat
Tn Khasim b Abd Aziz untuk
menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Sambutan Hari Raya dan
Penutupan Ceriathon ILMI 2015. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
**************ucapan
persami****************
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Pengetua diiringi Pengarah Program untuk
tampil ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah kepada perasmi.
Dipersilakan.

Fikril

Muzakkir

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Yang Berhormat Tn Hj Khasim b
Abd Aziz , Tuan Pengetua dan Pengarah
Program atas penyempurnaan majlis
sebentar tadi.
Acara 7
Cabutan Bertuah

Majlis diteruskan lagi dengan acara


cabutan bertuah. Hadirin dan hadirat
boleh merujuk nombor cabutan bertuah
yang terdapat pada sampul duit raya yang
diperolehi.
Kita akan mulakan dengan mencabut 5
nombor bertuah. Terlebih dahulu, majlis
mempersilakan Yang Dihormati
__________________________
___________ untuk tampil ke pentas bagi
melaksanakan tugasan tersebut.

Fikril

Muzakkir

Fikril

Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
________________
______________________________________
Acara 8

Hadirin dan hadirat sekalian,

Persembahan
Pelajar

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada


pagi
ini,
marilah
sama-sama
kita
menyaksikan persembahan lagu raya
yang akan dipersembahkan oleh pelajar
Sek Rendah dengan 2 buah lagu yang
bertajuk .. Dipersilakan.
***********persembahan
nasyid***************

FIkril

Muzakkir

Majlis merakamkan ribuan terima kasih


atas persembahan lagu raya sebentar
tadi.
Sebagai
makluman
hadirin,
persembahan hebat tadi merupakan hasil
bimbingan Ustzh _____________. Tahniah
diucapkan.
Acara 9
Penyampaian
Hadiah
Ceriathon

Adat tuan adat berserah


Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Majlis diteruskan lagi dengan Upacara
Penyampaian Hadiah Ceriathon 2015
kepada mereka yang Berjaya mengutip
kutipan yang tertinggi bagi setiap
kategori.

Muzakkir

Fikril

Muzakkir

Sebagai makluman, hadiah ceriathon


terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori
pelajar sebanyak RM3000 ke atas yang
akan menerima hadiah seperti berikut :
Tempat Pertama : Tab
Tempat Kedua : Basikal
Tempat Ketiga : Jam Tawaf
Manakala
kategori guru/staf sebanyak
Rm5000 ke atas akan menerima hadiah

Fikril

seperti berikut :
Tempat pertama : Laptop 14 inci
Tempat kedua : Laptop 10 inci
Tempat ketiga : Smartphone
Samsung

Muzakkir
Jenama

Oleh itu, majlis mempersilakan Yang


Berusaha Ust Mazlan b Awang mengiringi
Yang Berhormat Tn Hj Khasim b Abd Aziz
ke pentas utama bagi menyempurnakan
majlis
upacara
penyampaian
ini.
Dipersilakan.

Sama-Sama
Fikril

************rujuk lampiran ***************


Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berusaha Ust Mazlan B Awang dan Yang
Berhormat Tn Hj Khasim b Abd Aziz di atas
upacara penyampaian hadiah sebentar
tadi.

Muzakkir

Semoga dengan usaha kita bersama


mencari
dana
untuk
pembangunan
sekolah ini dapat menjadi saksi kita di
akhirat kelak. Terima kasih diucapkan
kepada
semua
pencari
dana
dan
penyumbang. Hanya Allah yang layak
membalasnya.
Acara 10
Persembahan
Pelajar 2

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Fikril

Seterusnya, marilah sama-sama kita Muzakkir


menyaksikan persembahan nasyid yang
akan dipersembahkan oleh
pelajar
Maahad Tahfiz ILMI dengan 2 buah lagu
yang
bertajuk
..
Dipersilakan.
************persembahan
nasyid************

Fikril

Majlis merakamkan ribuan terima kasih


atas persembahan nasyid sebentar tadi.
Sebagai makluman hadirin, persembahan
hebat tadi merupakan hasil bimbingan
Ustz _____________. Tahniah diucapkan.
Acara 11
Cabutan Bertuah

Majlis diteruskan lagi dengan acara


cabutan bertuah.
Lagi 5 nombor bertuah yang akan
dicabut . Terlebih dahulu, majlis
mempersilakan Yang Dihormati
__________________________
___________ untuk tampil ke pentas bagi
melaksanakan tugasan tersebut.
Dipersilakan.

Muzakkir

FIkril

Terima kasih diucapkan kepada


________________
______________________________________
Acara 11
Penutup

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di


penghujung acara

Muzakkir

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa


Sambutan Hari Raya dan Penutupan
Ceriathon ILMI 2015 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama terutama Yang
Berhormat Tn Hj Khasim b Abd Aziz dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Terima
kasih sekali lagi kepada para ibubapa dan
pelajar yang turut bertungkus-lumus
mengutip dana ceriathon pada tahun ini.
Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Muzakkir

Akhir kalam,kita tutup majlis kita dengan


tasbih kafarah dan surah al-asr..
Sekian, wabilahitaufiq walhidayah ilal liqa
maas salamah. Selamat Hari Raya. Maaf
Zahir dan Batin.

Fikril
Muzakkir
Fikril
Muzakkir, Samasama

Anda mungkin juga menyukai