Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KALI KE-65

SK SUNGAI PASIR KECHIL TAHUN 2022

Agenda MC Teks Catatan

Persediaan 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung.


2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang
majlis. Para pengawas dan semua guru diminta memberi
kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
bersorak sepanjang majlis berlangsung.
4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan
keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
5. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa:

i. Sebelum & selepas nyanyian lagu

ii. Sebelum & selepas bacaan doa

6. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC


mengumumkan ketibaan tetamu jemputan

Ketibaan para Mengumumkan ketibaan En. Mohd Asri bin Ahmad Guru Besar AJK
hadirin SK Sungai Pasir Kechil, dengan diiringi En. Azahar bin Ahmad, Protokol
Penolong Kanan Petang, serta para guru masuk ke dalam
dewan.

………………………………………………………………………..

Majlis mengalu-alukan kedatangan En. Mohd Asri bin Ahmad,


Guru Besar SK Sungai Pasir Kechil, En. Azahar bin Ahmad,
Penolong Kanan Petang serta barisan guru-guru ke Majlis
Sambutan Ambang Merdeka kali ke-65.

- Hadirin mengambil tempat duduk masing-masing –

Pembuka Assalamualaikum salam sejahtera AJK Siaraya


majlis
Pembuka kata lidah bicara -lagu

Izinkan saya mulakan acara


Semoga majlis disambut ceria

Yang Dihormati

En. Mohd Asri bin Ahmad, Guru Besar SK Sungai Pasir


Kechil

Yang Berusaha

En. Azahar bin Ahmad, Penolong Kanan Petang

.............................................................................

Yang Berbahagia En Azahar bin Ahmad

Penolong Kanan Petang SKSPK, memerangkap wakil tuan


Guru Besar

..................................................................................................

Yang Berusaha

Pn Siti Rahmah Binti Darus

Pembantu Penolong Kanan Petang

Yang dihormati barisan rakan-rakan guru seterusnya murid-


murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Keluarga


Malaysia serta Selamat Datang ke Majlis Sambutan Ambang
Merdeka kali ke-65 peringkat SK Sungai Pasir Kechil bagi tahun
2022.

Bacaan doa Bagi memulakan majlis kita pada petang ini, marilah kita
bersama-sama memohon kepada Yang Maha Esa agar majlis
kita pada petang ini diberkati oleh-Nya.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,


Megah Berkibar Setiap Hari,

Selalulah Kita Berdoa PadaNya,

Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan Al-


Fadhil Ustaz Mohamad Najib bin Saad untuk memimpin
bacaan  doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa –

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


Mohamad Najib atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan *jika GB tidak


dapat hadir, majlis
perasmian
akan dirasmikan
Daun semulur di pekan sari,
oleh PK Petang,
Cikgu Azahar
Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis


dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan En.
Mohd Asri bin Ahmad, Guru Besar SK Sungai Pasir Kechil
untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Sambutan Ambang Merdeka kali ke-65 bagi tahun 2022.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan Perasmian -

Gimik Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,


perasmian

Majlis kita pada hari ini akan dimeriahkan lagi dengan


persembahan gimik. Untuk itu majlis mempersilakan
persembahan letusan gimik khas,.........dipersilakan

(selesai gimiik)

Satu lagi tepukan gemuruh untuk guru-guru yang terlibat dalam


penyediaan gimik khas itu tadi.

Persembahan AJK
murid Aktiviti /
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Program
Singgah bersantai di tepi jeti

Persembahan murid memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian, seterusnya, mari kita saksikan pula


persembahan murid yang akan dipersembahkan

oleh adik Mohamad Izzul Sofwan bin Romzi dari kelas 3 UKM
dan adik Khadijah binti Anuar dari kelas 3 UM yang akan
mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk

……………………………………………………………

Dipersilakan.

Laungan Laungan keramat oleh Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, AJK
merdeka Tunku Abdul Rahman Putra telah bergema di segenap penjuru Aktiviti /
Padang Kelab Selangor, lebih 65 tahun lalu dan setiap 31 Program
Ogos, kata-kata itu sekali lagi akan dilaungkan. Bagi
membangkitkan lagi rasa jiwa merdeka kita khususnya dalam
memupuk semangat cintakan negara dan menghargai
pengorbanan wira bangsa, majlis menjemput En. Mahyuddin
bin Mohamad bagi mengetuai acara laungan ”Merdeka”.
Dipersilakan.
- Laungan Merdeka -

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mahyuddin atas laungan


Merdeka sebentar tadi. Begitu bersemangat laungan tadi.
Semoga laungan tersebut memberi semangat dan kecintaan
kita kepada negara tercinta.

Nyanyian AJK Siaraya


lagu
Hadirin yang dikasihi sekalian,
“Sehati
Sejiwa”
Tidak lengkaplah sambutan kemerdekaan kita tanpa nyanyian
lagu tema sambutan Hari Kebangsaan 2022. Untuk itu, saya
ingin mengajak para hadirin untuk kita sama-sama berdiri dan
menyanyikan lagu tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”

………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………..

dengan penuh semangat.

- Nyanyian lagu -

Penutup Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di


penghujung majlis.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli


jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan
Sambutan Ambang Merdeka kali ke-65 pada tahun 2022.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua hadirin atas kerjasama yang telah
diberikan.

Saya mewakili jawatankuasa kerja Majlis Sambutan Ambang


Merdeka memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan,
keterlanjuran kata mahupun tersilap bicara sepanjang majlis
berlangsung.

Semoga sambutan ini akan menyemarakkan lagi semangat


patriotisme dalam diri kita terhadap tanah air yang tercinta.

Tenang-tenang air di kali

Tempat mandian putera dan puteri

Sempurna sudah majlis dirai

Salah dan silap harap dimaafi

Sekian, terima kasih.

Teks disediakan oleh,

............................................
(SYAZANA BT ABDUL RAZAK )
Pengacara Majlis

Anda mungkin juga menyukai