Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Kali 65

SLOT 1 (7.45 pagi)


Assalammualaikum W.B.T

31 Ogos 1957 negaraku merdeka


Dijajah setelah jatuhnya Melaka
Rakyat jelata semuanya suka
Tua dan muda bersyukur belaka.

Tok Bahaman, Mat Kilau pahlawan terbilang


Dugaan dihadap bukannya calang
Semangat juang tiadanya hilang
Walau usaha sering dihalang.

Alhamdulillah pada pagi ini kita berkumpul bersama-sama untuk meraikan majlis penutupan
bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan tentative
majlis kita pada hari ini. Majlis kita akan dimulakan dengan pertandingan pakaian mengikut
kaum bagi kategori murid dan guru yang akan diadili oleh Pn Azizah bt Ibrahim, Pn Sharifah
Khairiah bt Syed Jaafar dan pekerja swasta.

Seterusnya, pertandingan karaoke kemerdekaan guru yang akan diadili oleh staf sokongan SK
Tanjung Medang. Seterusnya pertandingan basikal berhias oleh beberapa orang murid yang
berani menyahut cabaran. Sesudah selesai ketiga-tiga pertandingan tersebut, kita akan
mengadakan majlis penutupan secara formal.

Untuk itu majlis mempersilakan para jurid untuk mengambil tempat bagi menilai dan
menghakimi pertandingan yang akan dimulakan sebentar lagi. Dipersilakan.

1) Pertandingan Pakaian Mengikut Kaum (murid)


2) Pertandingan Pakaian Mengikut Kaum (guru)
3) Pertandingan Karaoke Kemerdekaan (guru)
4) Pertandingan Basikal Berhias (murid)

Dengan berakhirnya pertandingan basikal itu maka tamatlah slot pertama majlis kita pada hari
ini. Keputusannya akan diumumkan sebentar nanti.
SLOT 2 (9.30 pagi)

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,

Merdeka…Merdeka…Merdeka..
Keramat laungan, lambang kedaulatan negara tercinta, Pantun pembuka menjunjung warisan,
Takkan hilang santun budaya, 31 Ogos takkan dilupa,

Yang Berusaha
Mohamad Sabri bin Othman
Guru Besar SKTM

Yang Berusaha
En. Mohd Zailani bin Kassim
GPK Pentadbiran SKTM

Yang Berusaha
Pn. Sharifah Khairiah bt Syed Jaafar
GPK HEM SKTM

Yang Berusaha
En. Zariruddin bin Ab Manan
GPK Kokurikulum SKTM

guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Ayuh kita hayati tema


Tahun merdeka ke-65
Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Moga negara makmur selama-lama.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dengan penuh kedamaian
dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam
harmoni dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan
kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan murid sekolah ini dapat
seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan
beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Muhd Zulfakar bin Mohd Redzuan untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati.

Hadirin sekalian, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penyelaras Majlis Penutupan
Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2022. Untuk itu majlis dengan penuh
takzimnya menjemput Pn. Siti Nurulain binti Simon untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Siti Nurulain binti Simon atas kesudian
menyampaikan ucapan.
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Raja,
Ucapan Guru Besar dipersila,

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , En. Mohamad Sabri
bin Othman selaku Guru Besar SK Tanjung Medang untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis penutupan bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2022. Dipersilakan.

- Kalungan apresiasi buat En. Mohamad Sabri bin Othman atas ucapan yang dititipkan dan
sudi merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid-murid dan guru-guru SK Tanjung
Medang. Dipersilakan………………………..
(JEMPUT PERSEMBAHAN)
- Begitulah tadi persembahan kemerdekaan yang melambangkan semangat patriotik dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia yang dizahirkan persembahan. Diharapkan agar semangat ini akan terus
berkobar pada masa akan datang.
Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
bermula pada 15 Ogos 2022 yang lalu. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah
kepada pemenang.
-Oleh itu majlis mempersilakan En. Mohd Zailani bin Kassim GPK Pentadbiran untuk menjemput
dan mengiringi tuan Guru Besar En. Mohamad Sabri bin Othman untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.Dipersilakan

( BACA SENARAI PEMENANG)

Sampan kolek menuju ke hilir,


Sarat muatan si buah kelapa;
Jangan berkata hanya di bibir,
Cintakan Negara apa buktinya?

Justeru hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu patriotik yang
telah disediakan dengan penuh semangat.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah ini dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan
kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai