Anda di halaman 1dari 4

Teks Juruacara Pelancaran Bulan Kebangsaan

2020
nasa2k August 28, 2019 pengacaraan,

SKRIP PENGACARA MAJLIS –


PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN SKbph 2020
19 Ogos 2020

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku , lagu selamat sultan dan lagu sekolah. Para
hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh ceria.
Yang Berusaha En Khairul Azuwan b Che Kassim,
Guru Besar, Sek.Keb. Bukit Perah

Yang berusaha Puan Rozam bt Yusoff


Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang berusaha Pn. Rosemahani bt Mat Bt Mat Ghani


– Guru Penolong Kanan HEM

Yang beruasaha En Roslan bin Ahmad


Penolong Kanan kokurikulum merangkap pengerusi sambutan bulan
kemerdekaan 2020.

Rakan-rakan guru, dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.


`
-`
Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya

Demikian gema gempita semangat merdeka


Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata

Mengutip sisipan dari puisi Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri


Malaysia yang ke 4, tercipta tanggal 29 Ogos 2001 saya jadikan mukadimah
sebagai pembuka bicara.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat


Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan,
disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa
untuk kita sama-sama berkumpul di dewan ini bagi Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan 2020. Syukur juga kerana dengan izinNya kita berkampung
dalam suasana damai rasa, ceria suasana.
Untuk pengetahun para hadirin dan murid-murid , pada tahun 2020 ini
kita menyambut hari ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 63 dengan temanya ‘
Malaysia Perihatin’. Maknanya sudah 63 tahun kita bebas dari penjajahan orang
asing.Maka mari lah kita sama-sama menjaga kebebasan ini untuk terus kekal di
bumi Malaysia. Dan hindari lah dari terjajah dengan cara baru yang sukar dan
susah untuk dielak iaiitu melalui penjajahan alam maya…

Hadirin Sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

AlFadzi lUstaz Ahmad Nadzarudin bin Ahmad


Untuk melafazkan bacaan doa , dipersilakan.

Selesai habis bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang kita rencanakan ini berlangsung dengan jayanya sehingga usai
segala-galanya.

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku,


Lagu Negeri dan Lagu Sekolah

Diminta semua bersiap sedia

Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan tumpuan


kepada persembahan istimewa dari seorang guru kita , yang juga merupakan
seorang pentadbir sekolah.Dipersilakan PK HEM kita, Puan Rosemahani untuk
mengalunkan bait bait sajak. Sama-sama kita saksikan. Dipersilakan……

Tepukan gemuruh untuk PK Hem kita yg begitu bersemangat…

Habis Gimik

Sambutan Bulan Kemerdekaan SKBPh tahun 2020 akan berlangsung mulai


hari ini 19 Ogos 2020 hinggalah majlis penutupnya pada 17 September
2020 . Pihak jawatankuasa telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua
murid sepanjang bulan kemerdekaan ini berlangsung.

Gunung dan lembah sudah ku redah


Membawa joran mengail ikan
Nyayi sudah, sajak pun sudah
Ucapan pelancaran kita sajikan.

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha


En Khairul Azuwan b Che Kassim,
Guru Besar, Sek.Keb. Bukit Perah untuk menyampaikan bingkisan kata, dan
sekaligus melancarkan Bulan Kemerdekaan SKBPh 2020. dipersilakan.

Dengan ucapan itu tadi, maka bulan Kemerdekaan SKBPh telahpun dilancarkan
dengan rasminya.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

Sebelum kita mengakhiri majlis pada pagi ini , kita akan menyanyikan lagu
2patriotik iaitu Jalur gemilang, tanggal 31 dan keranamu Malaysia.

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan -


pertandingan yang dianjurkan bersempena Bulan Kebangsaan sepanjang
tempoh ini berjalan lancar.

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai