Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Hati-hati membuka peti,


Peti pusaka zaman berzaman;
57 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan
penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara
ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup
bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para
guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat
kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang
patriotik.
Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz MOHD AYOB BIN
BASUKI untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan penyelaras program dipersila,

-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn HAMIDAH BINTI


MISKON selaku KETUA BIDANG SAINS SOSIALSMK DATO SETH untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha TN HJ ABD RAZAK BIN
ABD RAHMAN PENGETUA SMK DATO SETH UNTUK untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Bulan Kemerdekaan 2014 . Dipersilakan.
- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi
merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi.

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,


Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

.
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh TUJUH tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,


Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis PELANCARAN Sambutan
Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih
juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan
majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu
1. Tema
2. Warisan
3. Tanggal 31 Ogos
4. Negaraku.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai