Anda di halaman 1dari 18

TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN

HARI MALAYSIA 2017

- Yang Berusaha Tn Hj. Shaari Bin Yaso’ Guru Besar SK Kulim, Barisan guru penolong kanan Pn. Nor
adilah bt Mohamad, pen kanan Hal ehwal murid, Pn. Haslida bt Ali, Penolong kanan kokurikulum,
seterusnya rakan-rakan guru dan murid-murid sk kulim yang dikasihi sekalian.

Hati-hati membuka peti,

Peti pusaka zaman berzaman;

60 tahun ,marilah kita renungi dan hayati

Malaysia merdeka penuh keamanan.

Ulik Mayang nyanyian asli

Dilagu Si gadis merdu sekali;

Terima Kasih sekalung budi,

Sudi datang ke majlis ini.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-
Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi
menjayakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan ke 60 dengan penuh kedamaian dan keamanan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SK kulim…Sesungguhnya sambutan
kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa seluruh warga SK kulim dapatmenerapkan
semangat patriotik seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-
kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Bacaan doa:

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz
_________________________untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.Semoga majlis nan berlangsung diberkati.

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan penyelaras program dipersila,

Pertandingan nyanyian lagu patriotic

Untuk itu marilah sam-sama kita saksiakan…mohon kerjasama supaya majlis dpt brjlan lancer..

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Tn. Hj Shaari Bin Yaso Guru Besar SK
Kulim untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pentup Bulan Kemerdekaan
Dipersilakan.

- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi
merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan sebentar tadi.

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,

Di halaman rumah pasang pelita;

Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,/tarikh 31 ogos

Tarikh kemerdekaan negara kita./tarikh keramat kemerdekaan Negara kita


Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

-Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian tradisional oleh murid-murid prasekolah dan
Tahun 4.- Begitulah tadi persembahan pakaian tradisional yang melambangkan pelbagai kaum yang
terdapat di Malaysia. Persembahan tadi dibawah bimbingan Pn Nafisah, Pn Zalina dan Cik Amie.

Penyampaian hadiah murid Tahap 1

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,

Bumi bertuah indah permai;

Lima puluh lima tahun kita merdeka,

Rakyat hidup aman damai.

Hadirin sekalian,

-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari
Malaysia bagi Tahap 1. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah.

-Oleh itu majlis mempersilakan______________________________ untuk menyampaikan hadiah


kepada para pemenang.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih ataskesudian…………………………………penyampaian hadiah


kepada para pemenang.
Persembahan Murid

Penyampaian hadiah Tahap 1 dan 2

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,

Bersama kita menyambut merdeka;

Bersatu berazam penuh semangat,

Mari pertahankan kemerdekaan kita.

-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai aktiviti
sepanjang Bulan Kemerdekaan antaranya…pertandingan kelas cantik, pertandingan basikal berhias,
pertandingan mewarna poster,pertandingan melukis poster, pertandingan nyannyian lagu patriotic,
pertandingan pakaian beragam,….. Kini masa yang dinanti-nantikan majlis penyampaian hadiah.
- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn.Hj Shaari bin yaso Guru Besar SK Kulim
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

- Majlis mengucapkan terima kasih tn, guru besar di atas penyampaian hadiah kepada para
pemenang.

Penutup acara:

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah ini dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada
semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

-
BIG BOOK

SUKANEKA TAHUN 6

PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL - TUJU TIN

FUTSAL SEPARUH AKHIR DAN AKHIR- KARNIVAL SUKAN TAH...

KARNIVAL SUKAN TAHUN 6

TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN D...

PENYAMPAIAN HADIAH PAMERAN BERTEMA SEJARAH TEMA DA...

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA...

HARI MALAYSIA

JAMUAN RAYA PUSAT SUMBER SKBANGSAR 2012

NAMA PEMENANG PAMERAN BERTEMA SEJARAH TEMA DAN LOG...

HARI KETIGA UPSR 2012

HARI KEDUA UPSR 2012

HARI PERTAMA UPSR 2012

AMANAT TERAKHIR UPSR 2012

BUKU BARU

HARI KEBANGSAAN 2012

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI , PERSARAAN PN AESAH B...

► August(10)

► July(24)

► June(22)

► May(25)

► April(19)

► March(28)
► February(19)

► January(11)

► 2011(101)

► December(3)

► November(12)

► October(5)

► September(7)

► August(6)

► July(10)

► June(5)

► May(14)

► April(10)

► March(8)

► February(10)

► January(11)

► 2010(107)

► December(2)

► November(7)

► October(9)

► September(11)

► August(6)

► July(6)

► June(12)

► May(17)

► April(7)

► March(13)

► February(8)
► January(9)

► 2009(35)

► December(8)

► November(17)

► October(10)

a1

Simple theme. Powered by Blogger.


contoh teks pengacara majlis ambang
merdeka
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA AMBANG MERDEKA SMK DEMAK
BARU

PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN


SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN YANG AKAN DIMULAKAN SEBENTAR
LAGI……TERIMA KASIH.

IRAMA BERALUN GENDANG DIPALU…


LANGKAH DIAYUN BERPASANG-PASANGAN
60 TAHUN TELAH BERLALU.
MALAYSIA MEGAH MENYAMBUT KEMERDEKAAN..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YG BERUSAHA ______________________________________

YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAIN


PENOLONG KANAN AKADEMIK

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,


TN HJ ALET BIN HAJI ALI,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK


DEMAK BARU.
DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DI PAGI YG


BERBAHAGIA DAN CERIA INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI
MEMERIAHKAN SATU LAGI PROGRAM BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN 5O TAHUN MALAYSIA.

BEGITU PANTAS DETIK MASA BERLALU,KITA BAKAL MENYAMBUT KEMERDEKAAN


MALAYSIA KURANG DARI PADA 24 JAM DENGAN PENUH KEDAMAIAN.INI JELAS
MEMBUKTIKAN BETAPA BERUNTUNGNYA KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA,HIDUP
DI BUMI BERTUAH INI.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR


BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU
NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN ADIK…MOHD ALIF


UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH
KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ADIK MOHD ALIF ATAS
BACAAN DOA ITU TADI.

PARA HADIRIN SEKALIAN,


MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN NYANYIAN 3 BUAH LAGU PATRIOTIK .JUSTERU
ITU,BAGI MENZAHIRKAN RASA BANGGA MENJADI WARGANEGARA
MALAYSIA,MARILAH SAMA-SAMA DENGAN PENUH SEMANGAT MENYANYIKAN
LAGU 31 OGOS,JALUR GEMILANG DAN MALAYSIAKU GEMILANG.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK .

KITA SEBENARNYA TERHUTANG BUDI KEPADA TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN YG


TELAH MENEMPUH PAHIT GETIR UNTUK MEMBEBASKAN NEGARA DARIPADA
BELENGGU PENJAJAH.KEMERDEKAAN YG DIKECAPI MESTI DIPELIHARA DAN
DIPERTAHANKAN.

UCAPAN PENGETUA
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN…
BAGI MENERUSKAN MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PADA PG INI,
DENGAN SUKACITANYA DIJEMPUT YANG BERUSAHA, PN HAJAH JUITA BINTI HJ
SENAWI KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN PENGETUA.

HADIRIN SEKALIAN
MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN PERUTUSAN DARIPADA
MENTERI PELAJARAN YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH EN MADZALAN ZAWAWI
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN MADZALAN ZAWAWI.

SIDANG HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA ,KITA AKAN MENDENGAR DAN SAMA2LAH MENGHAYATI PERUTUSAN


DARIPADA YG DIPERTUAN AGONG,YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PN MISIA HJ
ZAIN.PENOLONG KANAN AKADEMIK.DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA.


DEGUPKANLAH JANTUNG KITA…
NYATAKANLAH DALAM HATI…
KITA BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA…
MARILAH KITA BERTEPUK TANGAN…
MEMBERI SOKONGAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN
MALAYSIAKU GEMILANG….

TERIMA KASIH…..

PENYAMPAIAN HADIAH

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, KINI TIBALAH KE ACARA YANG SETERUSNYA
IAITU ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG
PERTANDINGAN YANG TELAH DILANGSUNGKAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN..

BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA


MEMPERSILAKAN YG DIHORMATI PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENYAMPAIKAN
HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK.DENGAN
SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

DIJEMPUT TEMPAT KEEMPAT KUMPULAN 5 ZAMRUD . SETERUSNYA TEMPAT


KETIGA DIMENANGI OLEH KUMPULAN 8 MUTIARA DARI TINGKATAN 1C.NAIB
JOHAN PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK DIMENANGI OLEH KUMPULAN
BALQIS DARI TINGKATAN 1G.JOHAN PERTANDINGAN DI SANDANG OLEH
KUMPULAN PASRAH YANG TELAH MENDENDANGKAN LAGU BAHTERA MERDEKA
DAN PERAJURIT TANAH AIR.

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PN MISIA BINTI HJ ZAIN.SETERUSNYA MAJLIS


MENJEMPUTSILA YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI KE PENTAS
UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN LAGU
P.RAMLEE .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

JOHAN PERTANDINGAN DUET LAGU P.RAMLEE DIMENANGI OLEH JURAIDAH


IKSAN BERSAMA PASANGANNYA AWANG MOHD FAIZ YANG MENDENDANGKAN
LAGU MLM KU BERMIMPI.

JOHAN PERTANDINGAN SOLO LAGU P.RAMLEE DI MENANGI OLEH MOHD FAZRUL


IZWAN BIN DAHLAN DARI TINGKATAN 2P MENDENDANGKAN LAGU JERITAN
BATINKU.

DIPERSILAKAN PULA,VOKAL LELAKI TERBAIK ,AMIRULLAH BIN JOHARI DARI


TINGKATAN 3 PERMAI.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN HJH JUITA BINTI HJ SENAWI.

PERSEMBAHAN

SAYANG TEBU PATAH SEBATANG


DITEBANG IA DIBUAT GULA
SAAT YG DINANTI TELAHPUN DATANG
PERSEMBAHAN PELAJAR BERMULA.

HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN


PERSEMBAHAN PERTAMA NYANYIAN DUET OLEH AWANG MOHD FAIZ DAN
PASANGANNYA YANG JURAIDAH BINTI IKSAN YG AKAN MENDENDANGKAN LAGU
MALAMKU BERMIMPI.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT KOIR SMK DEMAK


BARU DI BAWAH PIMPINAN AWANG MOHD FAIZ YANG AKAN MENYAMPAIKAN 2
BUAH LAGU IAITU JOGET MALAYSIA DAN PUTERA PUTERI .DIPERSILAKAN PULA
PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS YANG AKAN MENDENDANGKAN LAGU
WARISAN.

HADIRIN SEKALIAN,DEMIKIAN TADI SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR


PENDIDIKAN KHAS.DAN SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM
MAJLIS BERSURAI DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR MENYANYIKAN LAGU IBU
PERTIWIKU.

PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS
DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-
SAMA DALAM SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN INI..
SAMA-SAMALAH KITA LAUNGKAN MERDEKA SEBANYAK 7 KALI

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,
MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA

SIDANG HARDIRAN SEKALIAN DENGAN BERAKHIR NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU


DAN LAUNGAN MERDEKA MAJLIS AKAN BEREHAT SEKETIKA DAN AKAN KEMBALI
BERSAMAPADA JAM 2 PETANG INI UNTUK MENYAKSIKAN PERTANDINGAN AKHIR
POCO-POCO,BOCCE DAN BOLA BALING.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…


JURNAL KEPIMPINAN
Page

 Home
 Coaching & Mentoring
 SKPMg2
 Program TS25

Saturday, September 24, 2011


Teks Ucapan : Majlis Penutupan Bulan Penghayatan
Kemerdekaan 2011
TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA PUAN TAN MOI YAN

PENGETUA SMK KULAI BESAR

SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH 2011

Selamat Pagi dan “Salam 1 Malaysia” kepada warga SMK Kulai Besar.

Yang Dihormati Encik Azman bin Safii, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum.

Yang Dihormati Encik Masaud bin Baharom, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Dihormati Encik Mohd Tahir bin Haji Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini
sempena Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun
2011.

Guru-guru dan murid sekalian,


Sesungguhnya, kehadiran warga SMK Kulai Besar pasti akan menyemarakkan lagi program kita pada
pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam aktiviti yang telah dianjurkan oleh
Panitia Sejarah.
Untuk makluman semua, pada hari ini juga sambutan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan
Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011 sedang berlangsung. Saya amat berharap
majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persefahaman, kemesraan dan
kerjasama sesama kita. Jalinan kesemua faktor ini penting bagi menjamin perpaduan dan
keharmonian warga SMK Kulai Besar khususnya serta rakyat di negara ini amnya.

Terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada ahli jawatankuasa induk serta ahli jawatankuasa kecil sambutan Majlis Penutupan Bulan
Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011 kerana usaha gigih tuan-tuan
dan puan-puan merencana, merancang, menyusun sekali gus menzahirkan pelbagai aktiviti yang
telah direalisasikan pada majlis sambutan ini di peringkat sekolah.

Hasil permuafakatan dan canaian idea yang bernas ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa
kecil Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011
ini maka lahirlah pelbagai program dan aktiviti yang dirasakan cukup mantap dalam melahirkan
warga SMK Kulai Besar yang patriotik serta nasionalis.

Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan kepada satu
matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai
warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya
bagi kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang
tercinta.

Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara
yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan dalam suasana yang harmonis,
aman serta sejahtera.

Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta
bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu
nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.

Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia
dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan. Hatta
SMK Kulai Besar sebagai institusi melahirkan modal insan yang berguna sudah menjadi tugas dan
tanggungjawab kita semua untuk menjadi nadi serta penggerak utama dalam arus pembangunan
negara.

Kita juga seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam mencorakkan murid-murid yang
berjiwa patriotisme dan kental akar umbi nasionalismenya. Mereka inilah yang bakal menjadi barisan
pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.

Pada saat kita berkonvoi mengibarkan Jalur Gemilang, saya menyeru kepada semua warga SMK Kulai
Besar merenung sejenak kepada perjuangan yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan
terdahulu. Dek kerana usaha gigih dan pengorbanan mereka tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran,
kita sebagai anak cucu mereka boleh hidup dalam suasana penuh aman dan damai.

Guru-guru dan murid sekalian,

Apabila kita mengibar Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti, warna kulit yang menyaluti
tubuh badan kita, pangkat atau darjat.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan
betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu
bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan
permuafakatan rakyat.

Elemen-elemen tersebutlah menjadi rahsia dan tonggak kekuatan mereka. Saya amat bertuah dan
berbangga kerana warga SMK Kulai Besar selama hari ini telah menunjukkan sikap yang positif,
saling membantu serta bekerjasama dalam setiap bidang pekerjaan. Ia cukup sejajar dengan budaya
kerja kita yang mementingkan semangat berpasukan.

Benarlah sudah kata bidalan, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan pasti apa jua
pekerjaan yang dilakukan akan berhasil. Dalam setiap aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah,
warga SMK Kulai Besar telah membuktikan permuafakatan dan perpaduan yang telah terjalin
sekelian lamanya menjadi resipi kelancaran penganjuran program tersebut.

Saya amat berharap sikap sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana perjalanan kita
sebagai institusi pendidikan ini masih jauh. Saya ingin menyeru warga SMK Kulai Besar teruskanlah
usaha meggembleng tenaga dan upaya membangunkan SMK Kulai Besar agar menjadi sekolah yang
terbaik.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil yang telah melaksanakan
pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai
Besar bagi tahun 2011.

Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan
Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011.

Sekian, terima kasih.

atSeptember 24, 2011

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:Teks Ucapan

No comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link

Newer PostOlder PostHome

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Followers

Search This Blog


Search

Follow by Email
Submit

en_US
Azmanssblogspotcom

 Home

About Me
AZMAN BIN SAFII

Blog ini pada asalnya ditujukan khas kepada warga SMK Kulai Besar dalam usaha
meningkatkan kecekapan dalam proses penyampaian kepimpinan di sekolah selaku GPK
Pentadbiran (2006 - 2013). Kini sering dengan perubahan peranan selaku Pegawai
SIPartners+, fokus blog ini lebih terarah kepada perkongsian bahan dan catatan berkaitan
kepemimpinan yang diharapkan dapat dimanfaatkan oleh warga kepimpinan di sekolah.
View my complete profile

Arkib Blog

 ► 2017(13)
o ► August(2)
o ► July(3)
o ► June(1)
o ► May(6)
o ► March(1)

 ► 2016(3)
o ► September(3)

 ► 2014(5)
o ► December(1)
o ► November(4)

 ► 2013(11)
o ► August(1)
o ► July(4)
o ► April(1)
o ► February(4)
o ► January(1)

 ► 2012(18)
o ► October(2)
o ► September(1)
o ► August(3)
o ► July(3)
o ► June(4)
o ► April(1)
o ► February(1)
o ► January(3)

 ▼ 2011(43)
o ► November(1)
o ► October(5)
o ▼ September(2)
 Teks Ucapan : Majlis Penutupan Bulan Penghayatan K...
 Hikmah Dari Peristiwa Isra' Mi'Raj
o ► August(7)
o ► July(6)
o ► June(3)
o ► May(5)
o ► March(3)
o ► February(7)
o ► January(4)

 ► 2010(35)
o ► November(6)
o ► October(8)
o ► September(21)

 ► 2009(1)
o ► October(1)

 ► 2008(4)
o ► November(3)
o ► October(1)
Labels

 Curriculum
 ICT
 Kepimpinan
 Kesihatan
 Motivasi
 Pendidikan
 Pengisian Rohani
 Peristiwa
 Program & Intervensi
 Santapan Rohani
 Sastera
 Teks Ucapan
 Ucapan
 Umum

Subscribe To
Atom Posts

Atom Comments

Translate

Powered by Translate

Islamic Hijri Calendar

Free Hijri Date


Total Pageviews
277953

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai